Tuesday, April 12, 2016

Syarahan Zakir Naik bukan ancaman kepada agama lain

STOP PRESS

Kehadiran pendakwah bebas dari India Zakir Naik (foto) ke negara ini tidak perlu dilihat sebagai ancaman kepada agama lain. Dalam syarahannya, perbandingan antara agama bukan pemikirannya tetapi ia adalah fakta dan hujah yang diambil dalam al-Quran.

Perbandingan mengenai sesuatu fahaman yang menjadi pegangan umat Islam dipadankan dengan pegangan daripada agama lain juga yang diambil dalam kitab muktabar agama-agama berkenaan. Beliau merujuk kepada kitab-kitab muktabar agama lain. Beliau hanya membuat kepasan dan kesimpulan untuk direnung dan difikirkan.

Tidak ada maksud langsung daripada beliau mengajak penganut agama lain meninggalkan kepercayaan mereka dan memeluk Islam. Dalam Islam tidak ada paksaan ke atas sesiapa pun.


Apa yang dilakukan hanya pencerahan, ini sesuatu dengan apa yang dituntut oleh agamanya menerusi Nabi Muhammad agar memberi pencerahan sepanjang masa. Zakir hanya melaksanakan tugas dan amanah yang diletakkan ke bahunya sebagai khalifah Allah. Semua orang kena menghormati tugasnya.

Kepada mereka yang prejudis kepadanya, seelok datang sendiri ke majlis beliau dan bermuzakrah secara rasional. Itu lebih gentlemen daripada menuduh beliau sebagai syaitan dan sebagainya. Semua agama menganjurkan perdebatan dan muzakarah dalam mencari kebenaran.

Dalam pada itu syabas diucapkan kepada kerajaan Melaka yang membenarkan Zakir untuk bersyarah di negeri berkenaan. Mulanya majlis itu dilarang oleh polis atas alasan keselamatan. Tahniah juga kepada Menteri KDN yang juga TPM Ahmad Zahid Hamidi yang prihati dan bijak dalam menyelesaikan isu di Melaka itu. [wm.kl.8:21 pm 12/04/16]

1 comment:

Mat Sidik said...

kritikan terhadap dr zakir telah menyatu padukan umát lslam