Tuesday, August 11, 2015

Batalkan niat nak bawa masuk 1.5 juta Bangladesh

TERBONGKOR

Pendedahan adik kandung Ahmad Zahid Hamidi, Abdul Hakim Hamidi berkerjasama dengan syarikat yang menyedikan sistem dalam talian (link) untuk membawa masuk warga Bangladesh ke negara ini tidak mengejutkan, sebaliknya perkara itu sudah diduga sejak awal.

Sebaik sahaja Zahid mengumumkan KDN hendak bawa masuk 1.5 juta rakyat Bangladesh orang sudah dapat membaca apakah tujuan dan maksudnya. Kalau tidak ada mengada, keuntungan kantung sendiri, untuk apa sejumlah sebanyak itu Bangladesh dibawa masuk.

Sebabnya, jumlah Bangladesh yang berada di negara ini sudah lebih daripada mencukupi bahkan kehadiran sesetengahnya membawa keburukan dan lambakan masalah sosial ke negara ini. KDN patut menumpukan membenteras jenayah angkara Bangladeshi daripada menambah bilangan mereka di negara ini.

Tetapi kerana Zahid mungkin ada undang disebalik batu menerusi projeknya itu, maka kemasukan 1.5 juta Bangladesh itu tidak perlu dipertikaikan. Sebaliknya itulah kerja-kerja menteri di Malaysia yang menggunakan kedudukannya untuk kepentingan diri dan kroni. Boleh dikatakan semua menteri mempunyai agenda untuk mengembung poket para kroninya, dan perkara ini sudah menjadi tradisi dalam kerajaan Umno - Barisan Nasional.

Hari ini terdedah yang adik Zahid, bernama Abdul Hakim Hamidi, merupakan pemilik syarikat yang sedang berbincang dengan Dhaka dan Putrajaya untuk menyediakan satu sistem pengurusan kemasukan 1.5 juta Bangladesh seperti mana diumumkan Zahid sebelum ini, menjawab segala dugaan dan agakan negatif itu.

Syarikat bernama Real Time Networking Sdn Bhd, dimana Abdul Hakim adalah pengerusi eksekutifnya yang mencadangkan perkhidmatannya dimana ianya boleh dipantau di Bangladesh dan Malaysia. Dalam kata lain syarikat itu menjadi komunikasi dan pemudah cara kemasukan rakyat Bangladesh ke negara ini.

Fee atau bayaran untuk perkepala menggunakan khidmat itu ialah RM3,000 termasuk tikit penerbangan. Bayangkan berapa banyak wang dikaut oleh syarikat berkenaan? Apakah perolehan kepada syarikat itu juga dianggap sebagai derma seperti mana kemasukan RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi Najib Razak?

Sistem dalam talian Real Time yang dikendalikan sebagai Workforce Management Sdn Bhd dan Networking System (Workman), adalah sama seperti syarikat disediakan oleh Bestine, firma yang dimiliki oleh bekas menteri Dalam Negeri sebelum ini, Azmi Khalid, demikian menurut sebuah portal.

Apa yang didedahkan itu jelas bahawa kemasukan Bangladesh yang dirancangkan Zahid itu boleh dianggap sebagai ada kepentingan tertentu. Bagaimana pun adik Zahid seperti mana dilaporkan menjelaskan, tidak ada kontrak kerajaan yang diperolehi syarikat miliknya berhubung perkara itu sebaliknya ia merupakan kerjasama dengan Persatuan Agensi Pengambilan Pekerja Antarabangsa Bangladesh (Baira).

Syarikat milik Azmi Khalid yang menguruskan kemasukan Bangladesh ke negara ini dibatalkan kerana mengenakan bayaran tinggi.

Ekoran terbongkarnya satu lagi tembelang ini, wajar kalau cadangan Zahid itu dimansuhkan bagi mengelakkan tafsiran buruk terhadapnya dan juga adiknya. Zahid sendiri hendaklah mengumumkan cadangan untuk membawa masuk 1.5 Bangladesh itu dibatalkan serta merta sebagai membuktikan dia seorang yang telus dan jujur.

Tanpa mengambil tindakan berkenaan sudah tentu timbul persepsi yang Zahid juga menyuburkan rasuah dan amalan kronisme yang beliau sebelum ini sangat menentangnya. [wm.kl.2:13 pm 11/08/15]

No comments: