Tuesday, February 24, 2015

Pas perlu muktamadkan sikap yang mengelirukan

PANDANGAN                                                                                 

Memerhati segala macam pergolakan dan perkembangan dalam Pas ke belakangan ini tidak siapa boleh menafikan parti itu diamuk dengan masalahnya tersendiri. Kehebatan amukan itu menunjukkan keadaan parti itu tidak boleh dianggap ia mengalami krisis dalaman persis ribut dalam cawan, tetapi berpotensi untuk merebak lebih besar sehingga menjelmakan ribut taufan.

Ahmad dan Najib, salam sudah kemas hati belum tahu.
Adalah silap kalau pimpinan parti itu mengira krisis itu perkara mudah dan biasa saja yang dapat diuraikan seperti mengasingkan minyak dengan air yang ketara dilihat. Sebab perkembangan dan apa yang berlaku kini menjurus kepada kemelut lebih besar jika tidak ditangani dengan fatanah.

Justeru melihat kepada apa yang berlaku kini Pas perlu bertindak segera mengambil keputusan yang tegas bagi meletakkan parti itu ke atas satu landasan dan jalur jelas dan boleh diyakini orang. Perkucaran pandangan politik sesama pemimpin Pas kini menjadikan parti itu bahtera yang bergoyang dan akan hanyut tanpa ada haluan.


Bagi membendung keadaan itu melarak, perkara paling pokok sekali kini, ialah memuktamadkan persespi yang Pas ingin bersama Umno. Agenda yang dilontarkan tahun 2008 dan ia mendapat restu Majlis Syura Ulamak (MSU) sendiri menerusi mekanisme apa dinamakan tahalus syiasi.

Walau pun sudah ada jawaban dan penjelasan demi penjelasan daripada hampir semua para pemimpin tertinggi, tetapi "projek terbangkalai" itu tetap menjadi hantu yang mengusik kepercayaan dan keyakinan orang Pas. Sehingga kini agenda kerjasama dengan Umno itu tidak tamat dan terus diperkatakan.

Perkembangan di Kelantan atau pun stail politik baru diambil oleh Pas Kelantan seakan menafikan jawaban dan penjelasan para pemimpin Pas itu. Pendekatan kerajaan Kelantan berbaik-baik dengan Putrajaya ditafsirkan ia adalah mesej kepada apa yang berada di bilik tabir. Ada orang meletakkan perubahan politik Pas Kelantan dengan Umno itu sebagai roh kepada hubungan lebih besar hingga ke dalam pilihan raya.

MB Kelantan Ahmad Yaakub sudah beberapa kali bertemu dan berjabat tangan dengan Najib Razak. Terbaru ialah petang semalam, MB itu berkunjung ke Putrajaya. Mungkin Pas ikhlas atau pun bertindak mengikut semangat Perlembagaan (federalisme), tetapi apa dibimbangi Pas Kelantan menjadi ralik dan leka berkahlwat dengan Umno sehinga dapat ditangkap basah oleh rakyat. Adalah memalukan kalau Pas berkahwin dengan Umno setelah ia ditangkap basah terlebih dahulu.

Kita memahami kesulitan dan masalah dihadapi Ahmad Yaakub di Kelantan. Dengan masalah kewangan negeri makin meruncing sedangkan isu banjir belum selesai, ia ditambah lagi dengan keadaan hubungan dengan pihak Istana yang sebelum ini umpama seperti isi dengan kuku, tetapi kini dikatakan tidak begitu kondusif. Pertemuan MB dengan Sultan tidak seacap dulu lagi? Inilah menyebabkan Ahmad kehilangan punca dan arah untuk mentadbir negeri.

Apakah kerajaan negeri khasnya Ahmad Yaakub dan timbalannya ada masalah dengan pihak Istana? Sewaktu ulang tahun keputeraan Sultan baru-baru ini tidak ada seorang pun orang politik daripada Pas dianugerahkan darjah kebesaran membawa gelaran Dato'. Hal dan kejadian seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Apabila sudah berjauhan atau pun hubungan kerajaan dengan Istana tidak mesra lagi, sudah pastilah nasihat-nasihat berguna daripada Istana khasnya dalam menjana ekonomi dan kewangan Kelantan tidak ada lagi dan juga boleh melemahkan semangat untuk mentadbir, mungkin inilah menjadikan Kelantan dalam keadaan runcing. Dikatakan kantung kewangan negeri sudah nampak "patak".

Kita fahami jalinan kerjasama Pas dengan Umno itu untuk pembangunan Kelantan dan jika kedua pihak jujur dan ikhlas banyak manfaat bagi rakyat.

Tetapi disebabkan tindakan itu tidak ada restu langsung dari puncuk pimpinan, maksudnya ia dibuat bukan atas arahan parti, menyebabkan rakyat mempunyai tafsiran negatif atas apa yang berlaku. Orang boleh beranggapan kerjasama Pas dengan Umno itu adalah berdasarkan nasfu sekarah MB sahaja untuk kepentingannya untuk mengekalkan kedudukannya sebagai MB sepenggal lagi.

Mungkin Ahmad sudah membuat perkiraan kalau tanpa kerjasama dengan Umno Kelantan tidak boleh dibangunkan dan Pas akan kalah dia akan kehilangan jawatan berprestaj itu.

Makanya adalah elok kalau Pas memuktamadkan perkara ini. Jelas dan terang kepada rakyat secara terbuka dan ikhlas jangan berdolak dalih atau pun bertindak seperti burung Puyuh menyembunyikan diri kepala terlindung tetapi punggung tertungging yang mereka sudah putus untuk bersama Umno.

Untuk ini Pas boleh mengambil keputusan dalam muktamar khas menentukan hala tuju Pas menjelang pilihan raya nanti. Apakah Pas ingin bersama Umno dan meninggalkan Pakatan Rakyat. Sekiranya muktamar itu bersetuju Pas bergabung dan bekerjasama dengan Umno semua pihak harus akur kepada suara majoriti. Dalam hal ini Abdul Hadi Awang sebagai presiden harus berani, tegas dan bersikap gentlemen.

Apabila ada pemuktamadan itu ia menyenangkan penyokong dan rakyat mengambil sikap mereka dan membuat keputusan. Dengan cara itu rakyat juga tidak merasakan mereka ditipu.

Lagi pun pemuktamadan itu juga perlu bagi mengelakkan pergaduhan terbuka di kalangan ahli dan penyokong Pas bawahan. Mereka yang lembab atau tidak cekap politik (genius) akan terus bergaduh apabila Pas tidak ada sikap jelas mengenai hal ini.

Apabila sudah ada sikap (stand) nanti, sudah pasti pergaduhan, perbuatan lebel melebel, menggelar puak itu sebagai babi, jebon, tedung dan sebagainya akan berhenti dengan sendirinya.

Selagi Pas berkeadaan seperti hari ini, tanpa memuktamadkan sikap mereka, selama itulah situasi berkucah kini berterusan. Keadaan hari ini dengan berpecah dan berbagai-bagai penerimaan (persepsi) umum terhadap Pas sebagai sebuah parti politik ia merugikan parti agama itu.

Ditegaskan pemuktamadan ini perlu disegerakan, dan jangan tunggu menjelang pilihan raya. Kalau hendak menjual nangka jangan sampai ianya sudah busuk. [wm.kl.11:47 24/02/15]

2 comments:

bat8 said...

Tuan MSO

Saya amat terkejut dengan pendedahan tuan yang katung kerajaan negeri dah nampak patak. Baru nak masuk 2 tahun Ayma jadi MB dan TMB takkan dah begitu terok.

Ini menimbulkan persoalan. Pertama apakah kerajaan Almarhum telah m3ninggalkan kerajaan negeri kepada Ayma dalam keadaan nak bengkrap? Berat kalu b etul...

Ke ada kena mengena dgn kebolehan mentadbir? Mohon pencerahan. Kat fb tuan pun xpo. Hint2 pun ok......

Salleh - Putrajaya said...

Benih racun yang disemai sejak beberapa tahun yang lepas memberikan kejayaan satu persatu..., bermula tersingkirnya (disingkir) Hassan Ali dan Nasharuddin. Semakin lama semakin bisa racun itu.., jika diizinkan Allah ia akan ia akan melumpuhkan/mematikan sedikit masa lagi...

Maka sepatutnya orang2 yang menyemai racun tersebut mengucapkan syukur....,