Friday, July 18, 2014

Kemalangan menimpa MH17 perlu dipikul bersama

TAZKIRAH JUMAAT                                                                        

Sehingga kini belum dipastikan apakah sebenarnya yang berlaku terhadap pesawat Boieng 777 milik Malaysia Airlines (Mas) MH17 yang dilaporkan terhempas di Grabovo Ukraine kira-kira 50km dari sempadan Russia. (Kita berharap masa yang diambil untuk menuntaskan hal ini tidak berpanjangan dan berkelok-kelok seperti kasus MH370). Belum ada kenyataan rasmi mengenai kedudukannya dari mana-mana negara atau pihak apakah ia benar ditembak atau pun terhempas kerana masalah lain?

Gambaran persamaan pesawat IL-96 dan MH17.
Namun majoriti daripada maklum antarabangsa menunjukkan persawat itu ditembak. Ada tiga pihak yang mungkin terlibat melakukan perbuatan sadis itu; Ukraien, puak pemisah pro-Russia dan Russia?

Laporan menyatakan pesawat MH17 yang membawa 280 penumpang berama 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu diterhempas di sempadan 50km dari Ukraie - Russia. Awal pagi tadi Mas telah membuat kenyataan rasmi mengesahkan jumlah penumpang dan telah mengenal pasti identiti para penumpang.

Rakyat Belanda merupakan penumpang teramai 154, Malaysia 43 (termasuk anak kapal), Aurstralia 27, Indonesia 12 (termasuk kanak-kanak), United Kingdom 9, Jerman 4, Belgium 4, Filipina 3, Kenada 1 dan seramai 41 penumpang yang belum dikenal pasti.

Umum kini menanti pengesahan dari mana-mana pihak yang bertanggungjawab berhubung kejadian itu. Kerajaan Malaysia juga bersama beberapa buah negara luar telah menubuhkan pasukan penyiasat. Mas juga katanya telah menghantar skuad khas ke Amsterdam untuk menjalani penyiasatan. Tragedi itu masih mengaburi minda kita walaupun ianya ada tanda-tanda bagi memberi jawaban sebenar.

Yang menjadi persoalnya, kalau ianya benar ditembak, apakah dosa Mas dan kerajaan Malaysia sehingga ia diperlakukan demikian kejam? Jika ia bukan tersalah terget ertinya ada niat jahat ke atas Malaysia? Dan sekiranya ia tersalah target mereka bertanggungjawab seharusnya mengambil tindakan melakukan "harakira" sebagai balasan menyucikan dosa dan kemanusiaan kerana perbuatan mereka sangat kotor dan bajingan.

Pesawat itu adalah pesawat komersial dan bukan pesawat tentera yang boleh dikait dengan sesuatu yang tidak baik, umpamanya bersekongkol dengan mana-mana tiga pihak yang sedang berkelidas.

Menurut laporan rasmi Russia RT News yang banyak dipetik dan dimuatkan dalam media sosial, memberi gambaran apa yang dialami pesawat MH17 itu adalah kerana tersalah sasaran oleh pihak tertentu yang sebenarnya mahu menjatuhkan pesawat IL-96 pesawat khas yang membawa presiden Russia Vladimir Putin. Laporan agensi itu, kedua pesawat itu, Mas dan IL-96 melalui jalan sama. Bagaimana pun pesawat IL-96 terlewat setengah jam daripada MH17. Keduanya dilaporkan bersilang pada satu titik sama.

Kemungkinan salah target itu digambarkan struktur kedua-dua pesawat itu sebagai sama dan ini boleh mengelirukan si pelaku?

Bagaimana pun laporan agensi itu tidak disahkan oleh mana-mana pihak termasuk kerajaan Malaysia dan Mas. Laporan itu juga berbau prejudis dan ada seperti motif tertentu untuk mengelak dari dituduh. Cuma apa yang menjadikan kita boleh terfikir ada sedikit kebenaran daripada laporan itu apabila Vildminir Putin adalah antara pemimpin dunia terawal dilaporkan meminta perdana menteri Mohd Najib Razak menyampaikan salam takziah kepada keluarga terkorban.

Apakah tindakan segera Vladimir Putin itu sebagai penghormatan peribadi beliau ke atas apa yang berlaku, dimana disebabkan tersalah target beliau terselamat? Mungkinkah begitu? Dalam konotasinya Malaysia telah menyelamatkan nyawanya dengan mengorbankan 295 jiwa?

Dalam pada itu kesilapan sasaran itu masih boleh dipersoalkan. Apakah dalam keadaan peralatan ketenteraan yang dipunyai oleh semua negara-negara di dunia dewasa ini semuanya canggih dan moden, kesilapan seperti itu  masih oleh berlaku. Apakah pihak penanggungjawab tidak mempastikan secerap-cerapnya pesawat yang ingin dijadikan mangsa?

Dan sekiranya kejadian itu disengajakan, menyebabkan kita rakyat Malaysia semua akan termenung dan bermahasabh mencari apakah salah dan dosa kita. Selama ini kita tidak ada apa-apa krisis atau pertikaiaan dengan kedua-dua buah negara yang menguasai ruang udara itu, Ukraien dan Russia. Ruang udara itu juga tidak ada apa-apa sekatan yang boleh disalahkan Mas sebagai menceroboh ruang udara terlarang.

Pun begitu di sini ingin dipersoalkan sedikit terhadap sikap Mas khasnya mengenai kepekaan mereka mengenai kesalamatan pesawat. Hari ini selepas berlaku tragedi malang itu Mas telah mengarahkan semua pesawatnya yang ke ke Eropah melalui laluan alternatif. Apakah Mas atau kerajaan tidak menyadari bahawa berlaku pergolakan di Ukraie dan Russia dan ruang udara berkenaan sentiasa dijulangi pucuk api Neraka. Kenapakah laluan alternatif tidak ambil awal. Sepatutnya sebagai sebuah syarikat penerbangan yang dianggap canggih dan dikendalikan oleh para profesional Mas memikirkan kemungkinan-kemungkinan buruk itu bakal terjadi awal-awal lagi?

Kalau hal-hal sebegini mengenai keselamatan pesawat tidak ada dalam ruang kotak pemikiran pihak Mas dan kerajaan, jelas sangatlah keperihatiann kita kepada masalah keselamatan jiwa dan moral sangat rendah dan remeh. Implikasi daripada apa yang berlaku mereka seharusnya bertanggungjawab dan jangan menerima ianya sebagai takdir kedua dan selepas ini akan ada pula takdir ketiga?

Kejadian semalam menambahkan luka kepada Mas dan juga kerajaan Malaysia. Perdana Menteri Mohd Najib Razak adalah orang yang benar-benar bersedih dan patut berasakan dirinya malang. Sebagai PM dia perlu bertanggungjawab memikul segala perasaan dan sekiranya apa yang berlaku itu kerana kesilapan, dia secara automatik menjadi pemikul utama bersama seluruh rakyat.

Malang dan sesuatu yang mendukacitakan bagi Najib dalam perkiraan saya, kerana dalam tempoh setahun lebih ini ada tiga kejadian besar berlaku pada eranya yang boleh dianggap rekod dunia. Pertama ialah pencerobohan ke atas Lahad Datu Sabah oleh orang asing. Dalam kejadian itu seramai 67 orang musuh terkorban dan beberapa anggota pasukan keselamatan.

Kejadian kedua ialah kehilangan pesawat Mas, MH370 yang membawa 227 penumpang berama 12 anak kapal. Pesawat itu dilaporkan hilang dari radar dan berakhir di Lautan Hindi. Seluruh dunia membuat pencarian tetapi masih belum ada tanda-tanda dan khabar berita ke manakah bersembunyi dan berpusaranya penumpang pesawat berkenaan.

Manakala kejadian ketiga sebagai rekod dunia, dan juga tertanda dengan dakwah merah dala diary seorang perdana menteri ialah, kemalangan menimpa pesawat Mas MH17 yang berlaku semalam. Kejadian semalam menambahkan lagi publisiti negara ini di mata dunia dan apakah ia telah diaturkan oleh Khalid sebagai menu tahun melawat Malaysia?

Wajar diambil kejadian sebagai asbab ke atas diri semua orang termasuk Najib. Sekiranya Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedang uzur kini meletakkan keuzuran dialaminya kerana dosa-dosanya, rasanya perlu juga Najib sebagai pemimpin negara mengambil kejadian itu sebagai suatu asab yang boleh menginsafkan dirinya selaku khalifah Malaysia. Kita kena ingat Tuhan menjadi sesuatu takdir itu untuk direnungi dan diinsafi bukan ia dilihat seperti singa tua melihat sang kancil melewati hadapannya dengan mata sayu yang penuh berair. [wm.kl.11:59 am 18/07/14]

1 comment:

azmar said...

Beres! Satu pandangan yg amat menarik. Tq