Monday, April 28, 2014

Ada orang berani kecam Obama selepas dia balik

SENYUM MALAM                                                                                

Bekas ahli parlimen Pasir Mas yang kalah empat kali, hanya berani melaung mengherdik presiden Amerika Syarikat Barack Obama selepas presiden itu terbang meninggalkan negara ini pukul 10:00 pagi tadi.

Semasa Obama berada di negara ini lebih 60 jam, ahli parlimen berkenaan yang juga presiden kepada NGO rasis menikuskan diri tidak "berketek" - senyap tipas.

Ahli parlimen itu marah kepada Obama yang memberi ingatan kepada Najib Razak supaya tidak melakukan diskriminasi ke atas rakyat bukan Islam negara ini sekiranya Najib mahu Malaysia maju.

Kenyataan Obama itu 'dimurih' oleh ahli politik yang kalah empat kali termasuk hilang deposit di Pengkalan Pasir itu dengan mempersoalkan siapakah yang punya bangunan pencangkar langit di Kuala Lumpur. Dia juga mengungkitkan dan bertanya siapa yang membiayai sekolah kebangsaan China walaupun ada yang kata bertentangan dengan Perlembagaan.

Selain itu ahli politik yang tidak tahu mengenang budi juga berkata orang yang mempersoalkan kerajaan tidak adil sebagai tidak waras.

Keberanian ahli politik yang sudah bankrup ini samalah dengan perangai Zahid Hamidi yang membantahkan pandangan Obama selepas presiden Amerika itu balik. Kalau mereka benar-benar berani dan tidak setuju dengan Obama kenapa tidak mengecamnya semasa beliau berada di negara ini.

Sepanjang Obama berada di negara ini tidak kedengaran surak garang mereka dan tidak ada sehelain flayer pun mengecam Obama disebarkan seperti mana sebelum ini. Apakah Dr Mahathir tidak 'hulur' modal?

Lagak bekas ahli parlimen dan Zahid itu samalah dengan perangai Aziz Sattar dalam filem klasik Pendekar Bujang Lapok yang berani melontar batu apabila para penyamun sudah meninggalkan rumah pendekar Mosta. [wm.kl.8:25 pm 28/04/14]

4 comments:

Katu Lutong Pongan said...

Pendekar melayu?

kasim selamat said...

hahaaaaa,,,,hahaaaaa kelakar betul bunyi petikan cerita menteri menyalak...lepas OBAMA balik....dah tak hairan kat malaysia ini bila rumah dah siap maka pahat pun berbunyi la......Mereka... ni menonjolkan kebodohan diri mereka sendiri Rakyat dapat menilai aksi mereka..Habis masa Obama ada semua menteri yang konon nya anti Zionis ni abis melutut kat Obama,,sampai MUfti pun minta tolong pada Obama pasal umat Islam...hisss hisss daifnya kita Orang Islam ini mengapa mufti tak minta Tolong pada negara Islam,,,Semua menikus pada si Dajal...bila Obama balik ada lak 2 ekor anjing meraung sakan...hisssss...hissss daifnya....menteri kita ni

Yusof Sulong said...

Ada satu perkara lagi aku tengok tak ada pulak yang protes bila Obama masuk masjid. Siap imam mengiringinya. Dulu waktu Teo Ni Chin masuk surau gempar satu Malaysia. Siap keluar fatwa lagi. Mana Zul Nordin ni???

razali said...

Budaya yang tak cerdik