Tuesday, April 22, 2014

21 NGO Cina bukan saja jahil, tetapi jahat

MURIH TENGAHARI                                                                           

21 buah NGO Cina menyatakan bantahan kepada hasrat Kerajaan Kelantan untuk membentangkan private bill di parlimen bagi membolehkan Kelantan diberikan pengecualian melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (II), hukum hudud. Bantahan juga disuarakan oleh Dewan Perniagaan Cina negeri-negeri, persatuan alumi Cina serta persatuan Budha dan Dong Zong.

Alasan mereka kenapa tidak mahu hudud dilaksanakan kerana negara ini adalah negara sekular dan pernah ditegaskan mahkamah tahun 1998. Alasan dan pandangan NGO berkenaan pelik dan tidak sesuatu yang praktikal dan tidak masuk akal serta berbau prejudis.

Kenapa mereka jadi begitu takut alias membenci hukum hudud. Dalam masa sama ada orang Islam meragui akan keadilan hukum hudud kerana tidak memberi keadilan kepada umat Islam, tetapi orang Cina juga menyatakan hal yang sama. Apakah mereka ini terpengaruh dengan otak Melayu sebegitu?



Misalnya Dr Mahathir Mohamad ragu hudud dapat memberi keadilan kerana hanya orang Islam dipotong tangan dan tidak orang kafir. Situasi itu menjadi alasan kepada Mahathir untuk membantah pelaksanaan hukum hudud. Jadi dimanakah logiknya kalau NGO Cina itu takutkan kepada hukum hudud sedangkan hakikatnya seperti mana kata Mahathir itu.

Apa yang kena faham, kalau pun kerajaan Kelantan dapat dan laksanakan hudud bukan secara automatik negara ini akan jadi negara Islam. Perlembagaanya yang sekular akan bertukar menjadi negara Islam. Yang lebih penting lagi orang Cina perlu faham hudud tidak merampas hak-hak mereka seperti berbudaya, makan babi, minum arak dan main mercun.

Islam menghormati hak-hak orang lain dan perkara ini bukan dongengan tetapi dimaktub di dalam Quran dan Hadith. Tidak ada paksaan di dalam Islam. Alasan mudah kalau ada paksaan di dalam Islam sudah tentu dah lama Allah menghapuskan makanan-makanan haram di sisi Islam tetapi boleh dimakan oleh orang Cina seperti babi, anjing dan arak?

Hukum hudud tidak akan paksa orang Cina mengucap dua kalimah syahadatt kemudian kena pergi masjid ataupun berpuasa. Bahkan orang Islam yang tidak ke masjid pun Islam tidak menghukumnya. Fahaman mengatakan kalau hudud dilsaksanakan "peler" kena potong juga tidak betul. Untuk potong peler tidak perlu hudud dilaksanakan, hari ini pun ramai orang Cina yang potong peler (khatan).

Bagi saya tindakan NGO itu bukan bertolak atas kebenaran dan semangat satu negara, tetapi kerana sentimen politik. Mereka tolak dan pertikaikan kerana hendak memecahkan DAP sahaja. Apabila mereka tolak hudud, DAP yang kini berjinak dan cuba memahami Islam akan ikut sama sangsi dan akhirnya tolak Pas. Itu tujuan mereka, memecahkan permaufakatan sesama Cina.

Percayalah bahawa Islam tidak zalim dan Islam bersikap adil. Kalau Islam itu zalim dan tidak adil, sudah lama orang-orang Cina di negara ini diperang sejak dari dahulu lagi. Sebelum penjajah negara ini telah pun mengamalkan undang-undang Islam. Tetapi apakah ada mana-mana sejarah menyebut orang Tanah Melayu halau Cina.

Tindakan NGO itu juga tidak lebih sebagai satu ujian untuk melihat sejauh mana suara mereka digeruni di negara ini. Ia bukan merupakan satu tindakan pandangan ke arah mengharmonikan keadaan tetapi lebih kepada ugutan. Ugutan itu dituju kepada orang Melayu di dalam Umno.

Orang Islam jangan terpengaruh dengan pandangan berupa ugutan itu dan hendaklah bersatu mempertahankan hak-hak dimiliki bangsa dan hak-hak orang Islam. Kalau ada NGO yang tolol dan fanatik sebelum ini hendak tampar orang itu dan orang ini, 21 NGO itulah yang sepatutnya disergah. [wm.kl.1:17 pm 22/04/14]


1 comment:

IbnAbdHalim said...

Punca bukan Islam tolak hudud ialah UMNO. UMNOlah yang menakut-nakutkan mereka terhadap hudud. Kalau jalan hudud kena potong 'anu' dan tak leh makan babi. Itulah kempen UMNO kepada orang Cina sejak tahun 80an lalu.