Wednesday, December 4, 2013

Patut ramai orang macam Dr Rani Othman

PANGGANG RASA                                                                          

Saya berharap ramai orang-orang macam Dr Rani Othmman, Adun Meru Selangor di dalam Pas yang reda atas apa yang berlaku dan seronok pula dengan apa yang berlaku. Sekiranya orang berpolitik semacam beliau, nescaya dunia politik ini akan reda dan terhindarlah perbalahan atau krisis sesama sendiri yang boleh meretakkan parti kerana merbeut jawatan.

Dr Rani (berdiri) bersama Mat Sabu, isteri dan Prof Che Musa.
Apabila beliau tidak dilantik menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor beliau seronok dan gembira, siap dibuat sedikit kenduri sebagai menyatakan kesyukuran. Kenapa? Tentu bagi orang lain bila digugurkan dari jawatan itu merasa sedih atau terkilan. Apa lagi Pas Selangor dibawah pimpinan Dr Rani mendapat kejayaan cemerlang dalam pilihan raya lalu, sepatutnya jawatan itu terus dikekalkan kepadanya.

Mungkin kalau kedudukannya tidak dijelaskan oleh Setiausaha Agung Pas, Mustapa Ali... bahawa Dr Rani telah minta agar jawatannya sebagai pesuruhjaya Pas Selangor tidak diteruskan selepas muktamar ke 59 lalu, mungkin ada orang menganggap penguguran itu ada sesuatu yang tidak kena berlaku. Tetapi mujurlah Mustapa menjelaskan pengguguran itu adalah atas permintaan Dr Rani sendiri. Menurut Mustapa sebelum muktamar Dr Rani menulis surat kepada presiden agar tugasnya sebagai Pesuruhjaya tidak lagi disambung.

Sebenarnya penolakan seperti itu bukan sekali ini sahaja, (Dr Rani seronok dan redha), tetapi sudah ada kejadian sebelum ini yang memperlihatkan siapa dia Dr Rani sebenarnya. Dia seorang yang tulus dan ikhlas dalam perjuangan dan tidak mengejar pangkat dan kedudukan.

Kalau ikut kepada senioriti didalam parti beliau sepatutnya diangkat menjadi Exco Selangor sebagai memenuhi kouta ditetapkan untuk Pas tetapi itu tidak menjadi. Sewaktu Hassan Ali dipecat dari menjadi Exco kerana dia dipecat oleh Pas, Dr Rani sepatutnya mengambil tempat itu. Tetapi tidak berlaku sebaliknya Dr Yunus yang diambil menjadi Exco.

Dr Rani tidak terkilan dengan apa yang berlaku dan menganggap ia sesuatu yang baik. Beliau tidak menunjukkan apa-apa sikap protes atas kesongsangan itu. Paling anih dan melucukan lagi dia berterima kasih atas apa yang tertakdir.

Pelik dan ajaib perangai Dr Rani. Orang yang mengejar kedudukan dan gila glamour tentu akan 'murih' kepadanya dan tidak faham dengan sikapnya. Tetapi bagi mereka yang menyedari peranan dan tangungjawab seorang pemimpin itu besar, menerima dengan baik pendirian dan sikap itu. Mereka akan puji cara Dr Rani berpolitik. Itulah politician yang sebenarnya dari kaca mata Islam.

Bagi saya apa yang diamalkan Dr Rani itu, itulah sepatutnya dilakukan oleh seorang yang berjuang dijalan Allah. Soal pangkat dan kedudukan atau gaji bukan perkara utama. Yang penting ialah sumbangan bakti kepada agama, bangsa dan negara menerusi wadah perjuangan.

Selagi sumbangan bakti boleh disalurkan tanpa jawatan, untuk apa memegang jawatan. Seseorang yang memegang jawatan bukan mudah tetapi ia amat berat, lainlah kalau menganggap jawatan itu sebagai seorang CEO yang mana perlu kumpul duit sahaja untuk menampakkan prestasi syarikat sihat dan maju serta menunjukkan kehebatan pengurusannya.

Syabas kepada Dr Rani atas pendirian dan sikap yang diambil dan istiqamah pula dengannya. Sejarah akan mengenang Dr Ranis seorang pejuang yang ikhlas dan tidak pernah mengejar kedudukan dan pangkat. Saya mengenai Dr Rani sebagai seorang pramedik yang sering mrnghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa malapetaka di serata dunia. Mungkin profesyennya sebagai doktor menjadikan dia seperti itu. Tahniah sahabat. [wm.kl.11:42 am 04/12/13]

5 comments:

tikam batu said...

peribadi begini sangat sesuai menjadi MB.

Aliff Tan said...

Semoga ianya menjadi pengajaran kepada semua. Rindu dengan senyuman jujur oleh seorang pemimpin serpti Dr Rani.... All the best.

rosli hassan said...

Pas Selangor menunjukkan kecemerlangan semasa kepimpinan Dr Rani yang membuktikan bantuan Allah akan mengiringi pemimpin yang ikhlas tanpa mengira golongan profesional atau ulama,oleh itu semua pemimpin PAS harus menjadikan ia contoh ikutan untuk mengembangkan lagi PAS sebuah gerakkan untuk seluruh rakyat Malaysia dan elakan dari percakaran,mabuk kuasa dan perangai puak Umno dan ambil iktibar kekalahan PAS Kedah dan Trangganu

The Seven Thing said...

Dr Rani aktif dgn NGO islam, memberi bantuan ke negara islam yg ditimpa bencna, perang, penyakit atau bencana alam...yg lebih menarik perbelanjaan kewangan dari poket beliau sendiri...dn ini tidak dilapor dlm tv3.blog or facebook....berita ni sy dgr dr org yg agak rapat dgn Dr Rani dan juga aktif dlm NGO islam

kak fizah said...

sy mengenali dy sebelum dr rani masuk politik...dy seorg yg aktif dlm usrah.sorang yg tidak berkira mesra dgn siapa saje
pemurah sentiasa menziarah sapa2 yg ditimpa musibah... terima kasih ALLAH kerana ade insan semulia dy