Friday, February 22, 2013

Ridhuan Tee Terlepas Jadi Calon?

ANALISA ISU                                                                                                                 

Perkembangan yang melingkungi pensyarah Universiti Pertahanan Malaysia (UPM), keturunan Cina Ridhuan Tee Abdullah menjadikan satu-satunya orang Cina bersemangat lebih Melayu dari Melayu itu mungkin terlepas untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Tee Chuan Seng
Ridhuan adalah antara beberapa orang berkeperibadian ustaz (Islamis) yang akan diturunkan oleh Umno dalam pilihan raya akan datang bagi mencerminkan parti nasionalis itu adalah sebuah parti memperjuangkan Islam.

Saya mendengar cadangan ini sejak tahun lepas lagi di mana mediator rancangan televisyen bercorak agama ini diturunkan sebagai calon dalam kategori sebagai winnable candidate. Ridhuan atau nama sebenarnya Tee Chuan Seng beranak lima juga sudah maklum akan kedudukan dirinya itu.
 
Nama-nama lan yang turut dikenal pasti oleh Umno akan diturunkan sebagai calon winnable candidate dari 'ranggas' ulamak bersama beliau ialah, Fatul Bahari Mat Jahya, (yang baru-baru kahwin dengan gadis Filipina), Dr Mohd Asri Zainal Abidin (bekas mufti Perlis), Harusani Zakaria mufti Perak dan lain-lain.


Umno dikatakan sangat berkehendak tokoh-tokoh atau orang ini sebagai calon mereka, di samping ingin menggambarkan parti itu 'kuat' Islam ia juga parti beranggaskan Melayu.

Satu ketika saya mendengar nama Riduhuan sudah hampir disenaraikan sebagai calon, cuma kedudukan kerusi saja yang masih menjadi teka teki. Ada sumber menyebut beliau akan diletak bertanding di Pulau Pinang kawasan popular ialah Permatang Pauh untuk berdepan dengan Anwar Ibrahim.

Bagaimana pun dengan perkembangan terbaru ini yang timbul ekoran tulisannya berjudul; Kesabaran Islam Ada Hadnya - yang disirkan dalam akhbar Sinar Harian dikatakan menghina kaum India menyebabkan peluangnya untuk menjadi calon difikir semula oleh Umno.

Tulisan Ridhuan itu dianggap sebagai menghina komuniti India di negara ini menyebabkan beberapa pemimpin MIC termasuk anak bekas presiden MIC, S Samy Vellu, S. Vell Paari dan juga setiausaha pemuda MIC kebangsaan S Sivarrajh membantah penulisan berkenaan.

Antara beberapa petika tulisan Ridhuan yang menimbulkan kemarahan itu ialah beliau menyoalkan;  apakah mereka (India) akan menjaga dan menghormati sensitivi agama Islam dan dijawab dengan mengatakan kontroversi filem Vishwaroopam jelas menunjukkan mereka langsung tidak sensitif  terhadap agama rasmi negara ini.

Lantara itu Ridhuan mencadangkan supaya dalam pilihan raya ke-13, jika mahukan sangat orang India bertanding di kawasan majoriti Melayu, carilah India Muslim seperti KIMMA dan MIM, tetapi bukan mereka nyang tidak Islam (MIC).

Selain itu Ridhuan juga menulis mereka (India) mendesak diberikan tambahan kerusi. Desakan ini ditemplak oleh Ridhuan kalau (India) benar-benar ikhlas pergillah menawarkan diri bertanding di kawasan majoriti ulta 'kiasu' (Cina).

Kata Ridhuan; apa yang saya lihat, kita sudah memberi segala-galanya bagi menagih simpati dan undi. Negara ini tidak ada lagi identiti. Agenda Islam dan Melayu entah ke mana.  Perkataan "kita" diguna pakai Ridhuan menunjuk seolah-olah beliau juga Melayu dan lupa darah cair Cina dalam tubuhnya.

Apa yang mungkin paling dimarahi India ialah apabila Ridhuan mempertikaikan keistimewaan yang diperolehi India selepas pilihan raya 12. 

Katanya, "tetapi selepas PRU 12, keadaan jauh berubah. Mereka mendapat peruntukan sana sini, pusat dan negeri. Rumah ibadat kecil menjadi besar, tombol rendah menjadi tinggi dan berwarna-warni,"Kenyataan ini sangat menyengat orang India - Hindu.

Tidak cukup itu bakal calon Umno itu juga mengimbau mengenai suasana perayaan Thaipusam yang tidak menyenangkan. Katanya; "Seminggu sebelum [Thaipusam], seluruh kawasan sekitar Batu Caves sesak. Kenderaan diparkir sesuka hati. Lautan manusia satu warna berhimpun, seolah-olah tidak ada warna lain lagi di negara ini."
 
Reaksi komuniti India paling lantang ialah dari S Vell Paari yang memberi kata dua sekiranya tindakan tidak diambil ke atas Ridhuan beliau akan menggunakan kuasa dan saluran yang ada - parti MIC untuk mengarahkan pengundi India agar tidak mengundi calon BN.

Dalam perkembangan lain surat akhbar Sinar Harian, yang menyiarkan tulisan Ridhuan itu telah memohon maaf atas penyiaran rencana berkenaan. Ketua pengarangnya Abdul Jalil Ali membuat permohonan maaf itu dihadapan sekumpulan komuniti India yang menunjuk perasaan di ibu pejabat akhbar berkenaan hari ini.

Keberanian dan sikap sarkastik Ridhuan itu telah menjejaskan peluang untuk terjun dalam arena politik seperti mana diharapkan. Sudah pasti Umno terpaksa memikir semula untuk mengambil Ridhuan sebagai calon dari ranggas ulamak. [wm.kl.5:18 pm 22/02/13]

4 comments:

Unknown said...

Betulkah dia ini Islam??? Setahu saya Islam tidak pulak mengajar umatnya memburuk-burukan bangsa dan agama orang lain. Inilah yg dibanggakan oleh BN/UMNO Islam.

Unknown said...

Apa yg sebenarnya bermain di benak beliau?seorg cerdik pandai boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu.Anyway saya hormat beliau,kolum beliau dlm al islam selalu saya tatapi cuma mcm saudara MSO ckp,kalau statement tentang politik beliau menjadi over melayu dr melayu sendiri.

Anonymous said...

Saya sebagai seorang chinese muslim merasakan Dr Riduwan Tee mempunyai tanggungjawab untuk menjernihkan masalah Islam dan Melayu di negara ini. Semangat ini didorong oleh sebab seperti masalah banyaknya orang Cina yang tidak berminat dgn agama Islam kerana melihat akhlak bangsa Melayu itu sendiri. Ini sudah menjadi lumrah cara perspektif manusia menilai sesuatu perkara terutama pada zahirnya sebelum mengambil keputusan mengubah nilai hidupnya terutama pada agama. Sesiapa pun tidak perlu dipersalahkan.

Cuma Dr Riduwan mengambil jalan "politik" ini sebagai wasilah dgn harapan dapat menjernihkan agama Islam itu sendiri. Semangatnya yang kelihatan kononya berlebihan oleh sesetengah orang merasakan dia macam sedang mempertahankan bangsa Melayu, tetapi hakikatnya dia sedang memperjuangkan Islam menggunakan jalan yang dia rasa betul; cuma kerana tidak ada pimpinan guru mursyid, banyak yang salah dan silap dalam perjuangannya.

Ini adalah akibat kita sendiri apabila menggunakan cara yang lain dari kehendak Allah SWT dan acuan Rasul SAW dalam memperjuangkan Islam.

Baginda Rasul SAW sudah berpesan umatnya suatu hari nanti akan terikut-ikut sistem hidup Yahudi dan Nasrani sehingga termasuk ke lubang biawak. Padahal sistem itu sengaja musuh Islam bawakan untuk melagakan kita, yang jahilnya kita masih menganggap demokrasi itu jalan penyelesaian umat Islam. Tuhan kita sudah beri warning jangan terikut cara hidup Yahudi dan Nasrani kerana mereka tidak akan redha selagi umat Muhammad SAW tidak mengikut agama(cara/sistem hidup) mereka.

Dengan sistem itu, mereka dapat dunia tetapi kita dapat lubang biawak sebab tak faham. Tak faham agama sendiri dan tak faham cara Yahudi. Terjadilah umat Islam kini terhina dan merempat di negara sendiri seperti Allah firmankan dalam Al-Baqarah ayat 85. Tuhan ancam kita dengan hinaan di dunia kerana mengamal sebahagian isi kitab tetapi membelakangkan sebahagian yang lain. Perjuangkan Islam, entah Islam ke mana, perjuangkan bangsa tetapi semakin terhina.

Solusinya hanya satu, Rasululah SAW suruh kita mencari kebenaran kalau nak selamat di dunia dan akhirat walau merentasi gunung yang tinggi sekalipun hingga terpaksa merangkak di atas salji iaitu mencari dan berbaih kepada satu thoifah yang menZAHIRkan Islam dalam kehidupan dan mereka itu adalah golongan ASING di mata masyarakat. Tetapi Islam diperjuangkan sangat syumul dan disukai serta kehadiran mereka disenangi ramai.

Unknown said...

Saya pula sebagai salah seorang petugas PAS di Pulau Pinang mendapat maklumat bahawa Dr Asri akan ditawarkan oleh PAS untuk bertanding di DUN Sungai Acheh yang sebelum ini pernah ditandingi PAS pada 2004 & PKR pada 2008.