Sunday, February 3, 2013

Memang Pemimpin PAS Perlu Berpantang

NAP KE BAWAH                                                                              

Permintaan Naib Preiden PAS Husam Musa agar semua para pemimpin PAS atau jurucakap PAS agar berpantang selama 90 hari menjaga karektor, mulut atau kata-kata agar tidak tersasar sehinggakan ia menjadi isu atau pun disunting oleh pihak lawan untuk menghentam PAS satu cadangan yang tepat. Rasanya permohonan itu tidak sukar untuk dipenuhi oleh para pemimpin PAS kerana ia tidak perlu sampai diadakan kursus khas.

Husam: Selalu ceramat mengulas isu.
Bagi Husam kenapa beliau mengajak demikian kerana ada sebab musababnya. Saya sendiri terperasan dengan masalah ini. Sesetengah pemimpin PAS banyak bercakap, yang tidak ubah seperti burung ktitir atau terkukur yang rajin bercakap. Pantang ada peluang dan dihulurkan mikekrofon sikit mereka akan bercakap dan mengulas apa juga isu yang diajukan kepada mereka walaupun ia kurang relevan.

Bersikap mesra wartawan atau media tanpa hujung pangkal dan pandai membaca apakah motif di sebaik pertanyaan wartawan itu tidak baik juga.

Persis burung ketitir atau terkukur kalau berkokok tidak kira hari siang atau malam, boleh menimbul konfius juga. Memanglah tuannya pelihara unggas itu untuk menikmati kemerduan suaranya dan melihat telatah dan tabiatnya sebagai seni hiburan. Tetapi kalau malam siang tidak kira waktu berkokok ia membosankan.


Gara-gara suka bercakap atau selalu salah cakap itu ia menimbulkan masalah kepada PAS. Menyebabkan PAS terpaksa membetul balik implikasi dari salah cakap itu. Seperkara lagi yang hendak mengulas apa-apa yang ditalakan kepadanya tidak bijak atau fatanah. Mereka mempunyai niat yang baik untuk meredakan keadaan, tetapi kerana kurang 'ilmu pangkah', menyebabkan ia menjadi bertele-tele dan menimbulkan masalah pula.

Bila sesuatu itu kepanjangan maka ia memberi kesan tidak baik. Masa akan habis dengan melayan isu itu saja dan sedikit sebanyak ia boleh mendatangkan kekeliruan kepada orang ramai. Apabila sesuatu isu itu sering muncul dan telah dimanipulasikan menyebabkan lama kelamaan orang ramai memandang serong kepada PAS. Jadi kalau kita tidak tahu membawa kereta api, (menangani isu) jangan cuba start enjinnya kerana kalau hidup ia tidak akan mudah untuk berhetnti.

Misalnya terbaru isu kalimah Allah. Tidak semua pemimpin sama ada yang ada autoriti yang diberikan parti atau autoriti dari segi ilmu, bertaraf Mursyidul atau presiden atau apa, tidak perlu mengulas panjang berkali-kali sehingga ia menjadi polemik. Apabila Majlis Syura Ulamak sudah membuat keputusan, terima dan akurlah keputusan itu. Muktamadkan ia tanpa perlu diberi apa-apa pandangan sampingan lagi.

Sama ada Karpal Singh atau mana-mana pihak hendak bercakap, sama ada orang yang sudah kencing PAS hendak mengulas, jangan pedulikan. Semua pemimpin PAS patut kata no commen kepada apa-apa pertanyaan. Ini tidak, hari ini cakap sudah selesai, esok pun cakap sudah selesai lusa pun cakap sudah tutup buku. Selesai dan tutup buku macam mana kalau isu terus dicatat dan bergema dalam media massa dan ianya terus diulas-ditulas-diuls-diulas-diulas dan diulas?

Bak ini pemimpin PAS tidak belajar daripada Najib Razak. Najib memang dia sedari dia buta mengenai isu-isu agama dan (najis muqalazah pun tidak tahu), jadi dia diamkan diri saja. Dia tidak bercakap langsung. Perangai Najib yang satu ini perlu diambil, tirulah macam dia. Orang tidak akan kata kita tidak tidak pandai atau jahlil kalau kita tidak bercakap mengenai isu tersebut.

Kedua, isu yang saya lihat susah untuk mampus ialah isu pemecatan bekas timbalan presiden PAS sebagai ahli majlis syura ulamak. Bertele-tele dan semacam tidak lena tidur pula kalau isu ini tidak diulas. Dia sudah dipecat, tidak perlu PAS melayani pertanyaan pihak lawan yang diwakilkan melalui wartawan untuk menjawabnya. Sedarkan bahawa ada wartawan diupah untuk membuat provokasi?

Wartawan sifatnya memang begitu suka mensensasikan keadaan. Kalau tidak ada berita dan maklumat sensasi surat khabar atau portol mereka akan kosong dan tinggal skrin putih saja. Jadi hendak tidak hendak mereka akan 'mengogeh-ogehkan' juga sesiapa untuk mengulas agar sesuatu itu menjadi polemik. Tidak kira siapa yang bercakap ia memberi nyawa kepada isu itu.

Biarlah pemimpin Umno dan juga mana-mana individu yang sudah tidak berada didalam PAS bercakap isu mengenai 'orang itu' siang malam. Serah kepada mereka. Terima dan dengarlah apa yang hendak mereka lemparkan kepada PAS; tindakan makan diri, tindakan merugikan PAS, tindakan hendak melupuskan ulama dan sebagainya. Jangan ulas. Bila ianya tidak diulas, lama kelamaan ia akan berhenti dengan sendiri. Keretapi betapa ia laju kalau sudah kehabisan minyak ia akan berhenti juga.

Isu didalam politik samalah dengan bola squash. Bola squash tidak akan berhenti selagi kita memukulnya. Kita pukul, lawan pukul, lawan pukul, kita pukul ia tidak akan jatuh dan tamat. Berdentum berdenting naik dan turun. Hinggalah mana-mana pihak salah teknik memukulnya baru bola itu akan jatuh.

Tetapi kalau sudah jatuh diambil lagi dipukul lagi dan lagi dan lagi, maka akan melenting lenting dan hiduplah bola squash sehingga kedua-dua pihak termasuk kita kecapekan. Tanpa kita sedari yang letihnya bukan bola tetapi kita yang memukul.

Jadi elok sangatlah kalau semua pemimpin menerima saranan dan rayuan Husam sagar semua berpihak berpantang dari bercakap dan mengulas apa-apa isu menjelang pilihan raya ini. Tidak lama hanya 90 hari saja. Tidak rugi kalau tidak boleh bercakap 90 hari kerana selepas habis pantang nanti kalau nak bercakap macam radio 24 jam pun boleh.

Saya percaya kalau semua orang mengambil peringatan dan tindakan atas pesanan dan rayuan ini pihak musuh tidak akan ada isu lagi untuk serang PAS. Mereka akan diam dan dunia mereka pun akan sunyi. Hari nini pun musuh PAS bercakap mengikut rentak PAS saja mereka tidak ada isu khusus terhadap PAS.

PAS pula apabila tidak perlu menghabis masa dengan melayani kerenah itu akan dapat menumpukan kepada kerja-kerja lain yang lebih penting. Boleh menyusun strategi bagaimana untuk mempengaruhi rakyat agar memberi sokongan untuk menumbangkan Puterajaya. Boleh merancang pendekatan secara holistik bagaimana memastikan kira-kira 2.3 juta anak muda lebih 60% bersama PAS dan Pakatan Rakyat. [wm.kl.7:27 pm 03/012/13]

7 comments:

bat8 said...

Tuan MSO,

Saya sokong pandangan tuan.

Secara bekkoknya, perkara ni seang sahaja nak dilaksanakan. Ada 2 cara. Pertama jauhkan mikrofon-mikrofon dari pemimpin-pemimpin PAS...hahaha. Pemimpin PAS ni amat alahan dengan mikrofon.Pantang nampak, belior slaluh air lior....hahaha.

Kedua, kena banyak berdoa agar dikuatkan semangat agar tidak mudah tewas bila nampak mikrofon. Kemudian Kena tambah amalan puasa skali iaitu puasa mikrofon, jangan sentuh langsung dalam 90 hari ni....hahaha

Minta maaf deh. Ambo berseloroh je. Dokleh serius sokmo.

Bat8

terjuntiruk said...

Salam...
Bg saya,pemimpin yg dipilih mesti org yg bijak,lebih bijak dr rakyat kebanyakan. Bkn soal alah micophone atau apa,tp pr kena cantik. klw nk jwb,biarlah apa yg ada dlm skop kerja atau kepakaran dia. Klw kptsn yg mlibatkan musyawarah,biarlah diadakan pbincangan dahulu. Faktor nk cpt mjawab ni mgkin nkkan kuasa,atau nk jd hero dlm suatu isu..tp natijahnya,lebih tbelit. Saya gambarkan kpd semua barisan kepimpinan. Xkira parti apa pon.
Wlw bbeza haluan,saya suka baca mso,sbb kritikan blh digunakan kat dua2 pihak..

Maaf Sebut said...

Sbb tu org tua2 ade oyak diam tu tandanya berisi tanda org yg berilmu, tanda org yg merendah diri. Diam bkn bererti pengecut atau takut tp dia tahu krn santan pulut binasa krn mulut badan bidasa.

Tp kalau dh mmg pantang org tanya terus jawab walaupun sbenarnya dia sendiri pun jahil 2K pasal isu ditanya tp jwb jugak sbb nk suruh org kt dia tu bijak bistari, xleh nk cakap apa lah.

motherofpearl said...

Salam pakcik MSO,

Saya respek sungguh pada calon MB Johor PAS semalam apabila disua dengan mikrofon wartawan TV3 minta komen tentang 'orang itu', beliau hanya cakap dia tak ada otoriti untuk ulas perkara tersebut, hanya Presiden PAS dan ahli Majlis Syura yang layak untuk diminta pandangan.

aburazzi said...

Perkara ini sudah lama disebut oleh peringkat akar umbi dalam mesyuarat agung kawasan,tapi itulah masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Asrul Sani said...

Nak pulak yang bercakap tu bodohnya mengalahkan Hassan Ali dan Ustaz Nasa.......kah kah kah

Orang berisi ni dia banyak diam, sesekali dia buka mulut 1 Malaysia kelam kabut dibuatnya macam Tok Guru Nik Aziz.... sensational ..... Saya sedang menunggu di mana suatu hari nanti Tok Guru menegur monyet-monyet UMNO yang suka membaling batu kat ceramah orang dan membakar bendera lawan sebagai mewarisi perangai "MENATE BEGHUK". Pada keesokan harinya membawa kepada beberapa minggu seterusnya media-media prima akan mencanangkan "Nik Aziz sifatkan pemuda UMNo sebagai BERUK". Profesor-profesor kangkung akan dijemput ke studio bagi mengupas istilah tersebut serta berhujah bangang mengampu bodek....

Anyway, saranan Husam Musa tu memang kena pada tempatnya. Kita mesti ingat, puak-puak UMNO ni ketandusan isu dan amat tertekan oleh kisah-kisah penyelewengan pemimpin-pemimpin mereka. Mereka amat memerlukan isu-isu yang dapat mengalih perhatian rakyat dari isu sebenar.

kueh bakar said...


salah satu faktor PAklah menang besar pada 2004, rekod kemenangan paling besar dalam sejarah umno..

pak lah banyak diam. tidak membalas apa-apa kenyataan hadi, anwar, kit siang.

dia diam bukan dia mahu diam, tapi dia tidak tahu jawap, sebab tu dia diam.

pilihanraya 2008. semua orang tahu, dia diam sebab dia tak tahu. dan bila tidak tahu, maka tidak boleh lah jadi PM.

boom..kekalahan terburuk BN.

2 sejarah ini - PAKATAN Kena amik tauladan. jangan jadi bodoh.