Thursday, February 7, 2013

Apakah Hajat Besar Haron Din Jumpa Anwar?

SPEKULASI                                                                                              

Tepatnya malam Isnin lalu Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din telah mengadakan pertemuan sulit dengan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim. Pertemuan di antara kedua sosok ini jarang berlaku akhir-akhir ini. Haron Din dikatakan kurang mesra rakyat dengan Anwar tidak seperti diawal-awal zaman reformasi lalu. Lantaran itu jarang kelihatan mereka berada atas pentas sama akhir-akhir ini.

Muktamar PAS Ipoh: Anwar paling kanan dan Haron kiri sekali.
Gara-gara itu menyebabkan pertemuan di antara mereka berdua menimbulkan titik soal kepada sesetengah yang mengetahuinya dan tentulah akan menjadi persoalan umum. Apakah tujuan di sebalik pertemuan itu? Apakah ia ada membawa misi atau agenda besar dalam Pakatan Rakyat? Atau apakah ada pencemaran ke atas konsensus sebelum ini?

Pada pertemuan itu Haron Din dikatakan datang bersendirian manakala Anwar ditemani oleh seseorang yang lain mungkin untuk dijadikan saksi. Pertemuan itu di luar rumah Anwar? Tiada kenyataan akhbar bersama dikeluarkan oleh mereka berdua selepas itu dan ini menguatkan lagi tanggapan ia amat SULIT dan PENTING. Jangan menghiris hati sudahlah...
Sekiranya ia atas urusan Pakatan Rakyat sudah pasti pertemuan itu akan melibatkan salah seorang lagi wakil PR iaitu DAP. Tetapi yang nyata tiada wakil DAP.

Manakala apabila ia tidak ada kenyataan akhbar bersama dikeluarkan menjadikan pertemuan itu misteri dan penuh tanda tanya. Mustahil kalau pertemuan itu mengenai soal pembahagian kerusi kerana perkara itu sudah dilengsaikan. Formula dipakai dalam pembahagian kerusi adalah PKR 120 atau 122, DAP 40 dan PAS 60 atau 63. Apakah ia mengenai kerusi perdana menteri?  Tetapi bukankah secara lisannya Pakatan Rakyat sudah menyetujui Anwar yang akan dilantik menjadi perdana menteri? Atau ada idea baru mengenai jawatan ini?

Semasa muktamar PAS di Kota Bharu lalu ada beberapa perwakilan muktamar memberi pendapat bahawa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang juga layak menjadi perdana menteri? Apakah mengenai perkara itu? Walaupun ia dinafikan oleh PAS tetapi pandangan itu sesuatu yang sedap untuk diilusikan. Kata Abdul Hadi; syok juga kalau jadi perdana menteri.

Persoalan juga timbul apakah kedatangan Haron Din itu membawa mesej daripada bosnya, Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Mursyidul Am atau pun atas inisiatifnya sendiri? Ataupun ia adalah atas permintaan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang? Mungkin sebagai ketua Nik Aziz boleh mengesahkan akan pertemuan ini dalam masa terdekat.

Juga timbul persoalan kalau ia mesej parti, kenapa tidak disampaikan sendiri oleh presiden atau diwakilkan kepada Setiausaha Agung, Mustapa Ali yang dianggap layak dan bersesuaian berbanding dengan Haron Din. Atau kerana Haron Din adalah 'memanda tua' maka beliau dihantar kerana Anwar juga menghormati timbalan musryidul am PAS ini?

Pertemuan yang berlangsung lebih satu jam dan dihidangkan dengan susu pekat panas, buah-bauhan, kopi 'O' serta sandwis itu bakal menjadi isu kalau ianya tidak ditangani secara telus dan terbuka. Maksudnya tidak menjelaskan apakah tujuan di sebalik pertemuan itu.

Adalah tidak elok kalau apa-apa pertemuan yang ada hubung kait dengan Pakatan Rakyat tetapi tidak disertai sama oleh satu lagi fraksi DAP. Lainlah kalau pertemuan itu bersifat terbuka seperti mana pertemuan Nik Abdul Aziz dengan Karpal Singh di rumah pengerusi DAP di Pulau Pinang dua minggu lepas.

Tunggulah hasil pertemuan atau buah butir pertemuan itu akan diketahui juga kelak. Dan selok-eloknya tujuan pertemuan eksklusif pada malam hari itu dihebuhkan kepada umum dan tidak baik kalau sampai ia pecah sendiri.

Orang politik tidak boleh menyimpan buah berbau di dalam rumahnya kerana lama ke lamaan ia akan merebak juga baunya ke luar. Baik jelas sebelum orang tahu dari sumber lain kerana banyak definasinya nanti. Dalam hal ini sebaik-baik pihak yang perlu mendedahkan ialah Haron Din kerana dia yang mendatangi Anwar Ibrahim maka dia dilihat ada hajat besar. [wmk.kl.10:38 am 07/02/13]

3 comments:

M Rajoli Al-Qlantani said...

pertemuan biasa jer tu, lama tak jumpa makan teh sekali..

Unknown said...

Nasihat saya tuan MSO, sebarang spekulasi seperti ini tidak harus di paparkan secara umum kerana biasanya akan menjadi bahan fitnah oleh ejen UBN untuk di manipulasikan.

Yang terbaik adalah biarkanlah ianya di selesaikan antara sesama mereka.

Undi saya bukan rahsia lagi. Saya mengundi demi Allah dan manfaat untuk sekalian ummah.

Unknown said...

salam

pimpinan ibrat burung helang terbangny tinggi, pndganny tjam... dan kita sbg pngikut ibrat brung ciak yg duduk terbng disekitar rumh n bgunan sj..pndgnny sdikit tbatas..

logikny xknlh smua strtegi pimpinan nk dbritahu pd ank2 buah...klu dbgthu tu dh xdpggil strategi...

jdnya dsinilh ujian utk kita sjauh mna nk mltakkn kprcayaan dan baik sangkaan pd pmpinan...

taat kpd mereka slgimna prkara yg dprintahkn itu xbcanggh dr syara'

skian