Friday, January 18, 2013

Tidak Perlu Mahfuz Bermurah Hati Dengan Deepak

JELANG MAGHRIB                                                                                                            

Niat baik Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar untuk menjadi perantara bagi mendapatkan imuniti kepada taukeh karpet Deepak Jaikishan patut dipuji tetapi tawaran atau keperluan itu wajar dipertimbangkan sebaik mungkin. Mafuz tidak sepatutnya bermurah hati menawarkan dirinya untuk membantu Deepak.  Buat apa, dan sudahkah beliau membuat kajian dan penelitian untung dan laba dengan cara itu?

Deepak Jaikishan
Memberi jaminan untuk mendapatkan imuniti kerpada Deepak, bermakna Mahfuz cuba memberi perlindungan - 'suaka' politik kepada Deepak di atas apa yang kononnya beliau akan dedahkan. Sebelum apa-apa ada eloknya kalau Mafuz membuat pemeriksaan ke atas DNA Deepak.

Apakah yang bakal diperolehi dari Deepak untuk kepentingan PAS. Apakah Deepak akan memberi sesuatu lonjakan untuk PAS? Dan relevankah rahsia atau dokumen-dokumen atau maklumat akan diberikan Deepak untuk dijadikan isu.

Tanpa menafikan pendedahan Deepak berhubung urusniaga termasuk pembelian tanah dengan Raja Roopiah dan juga hubung kaitnya dengan Rosmah Mansor dan Najib Razak, rasanya Mahfuz atau mana-mana pihak dari Pakatan Rakyat tidak perlu ghairah dengan apa yang didedahkan itu. Mereka perlu berwaspada dan melihatnya dari berbagai dimensi.



Deepak boleh mendedah apa saja yang dia tahu, bukan saja setakat perihal cincin, SD Balasubramaian, atau apa saja tetapi mungkin lebih dahsyat dari itu. Persoalan yang kena timbul dengan Deepak ini apakah yang beliau lakukan itu ikhlas, dan apakah ianya benar? Penting juga apakah maklumat atau modal diberikan Deepak itu halal atau haram.

Dalam dunia hari ini berbagai fitnah berlaku dan manusia boleh mengautakan apa saja untuk kepentingan dirinya. Dalam kes Deepak ini yang diberi muka oleh Pakatan Rakyat saya tidak fikir ia banyak menguntungkan Pakatan Rakyat. Deepak boleh lipat bila-bila masa asalkan apa dikehendaknya dapat.

Kalau apa yang dibuat itu, mendedahkan keburukan untuk kepentingan negara dan juga keadilan semua, kenapa beliau membuat berbagai syarat untuk melakukannya. Beliau mempunyai tanggungjawab sosial dengan apa yang dia tahu, sewajarnya beliau mengambil risiko. Tidak perlu kepada apa-apa jaminan termasuk soal imuniti itu. Deepak tidak perlu takut dan kalau takut dia tidak perlu memulakannya.

Deepak harus jadi seperti orang politik, seperti Rafizi atau Mohamad Sabu atau Mahfuz sendiri yang melakukan pendedahan tanpa meminta apa-apa perlindungan. Buat sesuatu itu atas kepentingan negara. Ingat kata bekas Presiden Amerika, Jhon F Kennady; jangan fikir apa yang negara berikan kepada kamu, tetapi fikirkan apa sumbangan kamu kepada negara.

Terus terang saya katakan, saya sedikit konfius dan kurang percaya dengan sikap Deepak ini. Sebelum ini dia melahirkan rasa kecewa apabila Anwar Ibrahim tidak menunjukkan sikap membelanya. Dalam masa lain beliau menegur tindakan Rafizi Ramli yang mendedahkan dokumen yang dipercayai miliknya berhubung pembelian barang kemas untuk Rosmah. Deepak menafikan dokumen yang didedahkan Rafizi itu bukan darinya dan meminta supaya Rafizi tidak menyibuk. Kenapa?

Di sini bagi saya seolah Deepak sedang melakukan satu perdagangan besar untuk dirinya dan juga diri orang lain. Perkara jual maklumat ini biasa berlaku dalam politik.

Perlu diingatkan mana-mana pihak jangan mudah terliur dan tertarik dengan pendedahan Deepak itu. Kebenarannya perlu disahkan dahulu. Perkara paling pokok ditimbangkan kenapa tiba-tiba dia membuat pendedahan itu. Tentu dia berhadapan dengan masalah. Mendedah kerana berdepan dengan masalah ia bukan dibuat atas tanggungjawab sosial. Dia dibuat kerana tidak puas hati dan kecewa. Keputusan berasaskan itu tidak genuie. Ia boleh berubah dan bertukar warna apabila sampai masanya.

Sebelum hendak mengambil kesempatan dengan masalah Deepak ini semua pihak patut pusing belakang, belajar dan ingat apa yang berlaku sebelum ini. Kena kenal akal budai dan budaya bahasa orang-orang sedarah dengan Deepak. Apakah semua orang sudah melupai watak-watak bernama Nalakarupan dan Gobalakrishnan. Siapa mereka ini dan apa yang mereka lakukan?

Baik Nalakarupan ataupun Gobala adalah antara orang yang bukan duduk di kiri dan kanan Anwar, tetapi ia boleh duduk atas riba Anwar. Anwar menerima sebagai sahabat sehidup semati. Akhirnya apa yang mereka lakukan dan hadiahkan kepada Anwar?

Elok rasanya kalau Mahfuz membuat penialian semula sebelum dia menawarkan khidmat untuk menjadi perantara bagi melindungi Deepak. Biarlah Deepak bergerak sendiri seperti sebelum ini kita tidak pernah tahu apakah kegiatannya. Rasanya tidak rugi besar kalau PAS dan juga PKR tidak mengambil kesempatan atas Deepak. Kalau apa yang didedahkan Deepak itu memberi keuntungan biarlah ia berlaku dalam keadaan nature.

PAS atau Mahfuz harus belajar dari DAP dan harus bertanya di dalam hati kenapa Deepak mencari PAS dan PKR untuk menyelesaikan masalah bukannya DAP. Walhal didalam DAP ada tuan lawyer besar yang boleh diminta tolong hatta termasuk untuk mendapat perlindungan, iaitu Karpral Singh. Kenapa Deepak tidak berjumpa Karpal? Nak tahu cuba tanya Karpal jangan tanya Mat... Mat mana, Mat Maslanlah....katanya isteri mengandung lagi? [wm.kl.4:26 pm 18/01/13]

8 comments:

zakry ali said...

Pak Sayuti,
Memang Pas patut berhati2. Bukan semua musuh Najib atau musuh Umno automatik jadi kawan Pas.
Bagi saya Deepak ialah 'rakan sejenayah' Najib. Dia sedang mencari dahan tempat bergayut sementara mau mencuci dosanya. Sementelahan dia telah rugi banyak duit.
Imuniti berkaitan dgn undang2. Menjanjikan sesuatu yg kita tak ada kuasa banyak bahayanya. Salah langkah boleh membelit leher sendiri.

ayba said...

Kalau Deepak berani berkata dengan apa yang telah dikatanya, tentulah dia berani menerima kesan dari kata-katanya. Biarkan dia.

pok amid littor said...

Masih terngiang-ngiang di benak saya apa yang telah dilakukan oleh 2 orang sedarah dengan Deepak. Setuju benar dengan Tuan MSO tentang hal ini: "Apakah semua orang sudah melupai watak-watak bernama Nalakarupan dan Gobalakrishnan.....Akhirnya apa yang mereka lakukan dan hadiahkan kepada Anwar?"

Cobol said...

Deepak sebenarnya tak memberi apa-apa impak pada PR... buatnya PR tiada tanda untuk menang, apakah Deepak akan 'bercerita'...

PR tidak memerlukan Deepak, Deepak yang memerlukan kita...

kepada Mahfuz, saya percaya kamu sudah ada beban yang berat di dalam menghadapi PRU13 nie, janganlah ditambah lagi beban tu, lebih-lebih lagi beban tu adalah 'batu', yang memang tak de faedahnya untuk digalas...

tikam batu said...

Tidakkah Mahfuz sekadar mahu menjadi Perantara, Orang Tengah.???

insafdoh67 said...

Betul tuan... Nangka walau masak tetap ada getah... Ingat pepatah jangan sampai melatah... Pru 13 tumbang BN.. Kih.kih.kih.. SammG3.

firdaus said...

apa yang tuan katakan ada benarnya
seeloknya pakatan bersikap menangguk di air keroh saja melihat perang saudara antara deepak rosmah dan najib

apakah mahfuz bertindak sendirian tanpa berbincang dgn pemimpin pakatan yang lain..kita tahu apa yang dibuat utk kepentingan rakyat dengan mendedahkan kebenaran..tapi tindakan sedemikian dikhuatiri timbul persepsi lain apabila pakatan mula sibuk nak jaga tepi kain orang padahal isu ini hanya peribadi melibatkan rosmah deepak dan najib saja

orang kebanyakan sesetenganhnya yang terkenal dengan putar belitnya diwajibkan jangan dipercayai langsung

putra bertam said...

Mahfuz orang lama dalam pas tentu faham sangat sepak terajang politik...tapi cuma nak ingatkan jerat tak pernah lupakan pelanduk...pelanduk saja yg kadang2 terpijak jerat...