Wednesday, January 16, 2013

Pujian Najib Kepada HKR Tidak Ikhlas

ULASAN HKR                                                                                                                 

Najib Razak tampaknya cuba hendak menunjukkan baik dengan pembangkang dan dalam masa sama untuk melembutkan hati rakyat apabila beliau mengucapkan terima kasih kepada para peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Sabtu lalu kerana himpunan itu berlangsung dalam keadaan aman dan tidak menimbulkan sebarang kekalutan dan kekacauan seperti sebelum ini.

Yang duduk di kaki lima itu adalah SB.
Kata Najib, dia ucap terima kasih kepada Pakatan Rakyat kerana berjaya berhimpun secara baik, walaupun tegasnya dia tidak bersetuju dengan Pakatan Rakyat. Ucapan terima kasih Najib itu disambut dengan rasa senang hati oleh setiap peserta himpunan dan juga orang ramai yang bersimpati dengan Pakatan Rakyat.

Sejak lebih 10 tahun lalu 'ini kalilah' perdana menteri mengucap terima kasih kepada pembangkang. Cara itu terima kasih itu menunjukkan Najib setidak-tidak ada sedikit telor masak merah. Begitu pun beliau tetap 'bermukah kata' dengan mengatakan kejayaan himpunan itu adalah kerana kejayaan polis kawal keselamnatan.

Pujian terhadap polis itu menjadi pesimis kepada mereka yang menyertai himpunan. Apa yang boleh lakukan pada hari itu, dari bentuk mana kawalan dilakukan polis? Sekali lagi Najib mendapat gambaran serong mengenai peranan polis. Apakah sebuah halikeptor yang berlegar-legar di langit stadium hari itu adalah pasukan polis yang membuat kawalan agar hujan tidak turun?



Walhal yang patut dikalungkan ucapan terima kasih dan syabas di atas kejayaan himpunan itu adalah rakyat dulu (PR) sebelum berterima kasih kepada polis.

Najib perlu memahami faktor utama kejayaan himpunan - tidak kecoh dan berlaku sebarang kekecauan ianya adalah kerana sifat profesional seluruh penyokong Pakatan Rakyat. Selama ini kenapa himpunan menjadi tegang, kecoh dan bagaikan perang ialah kerana sikap polis yang terlalu gila mempertahankan kerajaan UBN atas keyakinan dengan cara itu sajalah rakyat boleh dihambat dan dihalang.

Hari itu saya nampak polis tidak menjadi anjing kepada UBN. Dua tiga puluh anggota yang ada benar-benar bersikap profesional, dan berdiri atas paksi sebagai pasukan keselamatan. Polis yang dihantar juga harus itu berwajah manis, kaya senyum dan bukan bengis macam muka Salleh Kamil atau pun Malik Selamat.

Lantaran itu apakah Najib ikhlas dengan ucapan itu, atau pun ia hanya sandiwara bertujuan untuk nmengambil nhati rakyat. Untuk menunjukkan yang transformasinya  yang dilakunanya berjaya dan memberi kesan ke atas pentadbiran negara. Bahawa dia adalah seorang mesra rakyat.

Ada juga orang mentafsir Najib terpaksa berbuat begitu, menngambil pendekatan lunak bagi melembutkan hati rakyat setelah menyedari pihak kerajaan sudah tidak dapat berbuat apa-apa dengan kebangkitan rakyat. Sama ada disekat atau tidak, rakyat sudah nekad bangkit. Jadi alang-alang rakyat sudah bangkit dan sekatan tidak dapat dilakukan lebih baik bersikap mengalah dan sedia memberi kelonggoran.

Najib mengubah strategi. Sebenarnya bukan saja Najib pemimpin Umno lain yang sebelum ini bersikap macam rimau anaknya dipijak kerbau juga akan memberi ulasan-ulasan bengis terhadap himpunan itu. Adan diputar belitkan semahunya untuk menggambarkan betapa buruknya Pakatan Rakyat.

Hanya Tv nombor tiga bersama media PB saja terus memutar belit fakta dan memberi gambaran himpunan tetap menimbulkan masalah. Tv nombor tiga menamakan himpunan itu sebagai Himpunan Shamsidar. Nampaknya tv itu pun terpengaruh dengan seekor keling yang membenci kepada Anwar Ibrahim.

Berbalik kepada pujian Najib tadi, kalau beliau ikhlas, tidak perlu ada lagi tindakan susulan ke atas himpunan berkenaan. Misalnya cadangan pihak polis untuk mendakwa pihak penganjur kerana melanggar syarat himpunan tidak timbul lagi. Apa perlu mendakwa pengajur kalau himpunan itu berjaya dan berlaku dalam keadaan aman?

Di sini ada sedikit pertentangan. Kalau sikap Najib memuji himpunan itu sebagai signal agar ia tidak diperapa-apakan kerana ia aman dan bersih, kenapa tindakan susulan tetap juga diambil. Apakah disini arahan Najib itu sudah tidak dihormati?

Bila menghalus pertentangan ini macam ada yang tidak balance di antara Najib sebagai perdana menteri dengan Hishamuddin Hussein yang mengawal polis. Sepatutnya mereka bercakap senada. Bila Najib puji himpunan itu maka Hishamuddin juga perlu menokak tambahnya. Di sinilah baru nampak apa yang disuarakan Najib itu ikhlas.

Tetapi bila Najib cakap lain dan Hishamuddin cakap lain, nayata pujian Najib tidak ikhlas dan sengaja mengambil hati rakyat saja. Dari satu segi Najib suka kepada keadaan begitu dan dalam masa sama beliau juga suka kalau himpunan itu diberikan imej yang buruk dan disekat.

Pertentangan kenyataan mereka berdua ini dapat dinilai sebaik mungkin oleh rakyat. Kesimpulannya, pujian Najib jangan disimpan didalam hati kerana ia tidak ikhlas, dan tindakan polis membuka kertas siasatan mengenai himpunan itu perlu diterima dan dianggap siasatan itu selepas himpunan diakui bersih dan aman adalah usaha berterusan UBN untuk menghalang kemkaraan rakyat memberi sokongan kepada PR.

Cuma bezanya kali ini mereka tidak hantar 'Salih Kamil' dan 'Malik Selamat' direct ke atas jalan raya dan lorong-lorong di sekitar stadium Merdeka. [wm.kl.9:56 am 16/01/13]

3 comments:

putra bertam said...

Setuju dgn sdr mso...najib mengubah strategi...pakatan rakyat mesti jaga2...baik ada makna tu..

Putra Bertam

pcbahar said...

Ini najib cakap macam kap lam ya nga la.. Malu kita ada PM macam ni..

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Saya suka ayat ni.

"Apakah sebuah halikeptor yang berlegar-legar di langit stadium hari itu adalah
pasukan polis yang membuat kawalan agar hujan tidak turun?"

Kalau ikut polis nampaknya budak-budak tak bolehlah pergi ikut ibubapa mereka pergi majlis-majlis besar macam sambutan tahun baru, hari kebangsaan, Hari Wilayah Persekutuan dan lain-lain lagi.

saya nak buat laporan polis minggu depan kalau ada orang bawa budak dalam perhimpunan maulidul rasul di Putrajaya dan Thaipusam di Batu Caves. Polis pula jangan bakul sampahkan laporan saya tiu.