Monday, January 7, 2013

PERHATIAN: Untuk Memberi Komen

Saya menghargai pandangan tambahan kepada mana-mana posting saya asalkan ianya berfakta dan tujuan baik. Begitu juga kritikan atau pun teguran kepada saya dan blog saya dari sesiapa saja. Namun saya menghadapi masalah untuk menyaring komen-komen yang diberi. Dua minggu lepas saya telah membuka ruang komen untuk dikomen oleh sesiapa saja. Tetapi kerana pengomen seperti tidak sedia memberi kerjasama (enggan menyertakan nama sebenar) menyebabkan saya tutup pintu komen kepada sesiapa saja dan membuka pintu bersyarat seperti perlu ada akaun geoogle atau ada IP sendiri dan sebagainya.

Penutupan ini tidak menggembirakan penjenguk yang kurang faham untuk memenuhi atau memilik kunci untuk melontarkan komen masing-masing. Gara-gara pengomen yang bermasalah tidak dapat memberikan sumbangan idea mereka. 

Sehubungan itu saya sekali lagi akan membuka ruang komen untuk semua. Saya ingatkan hanya komen yang tidak menggunakan Anonymous dan beradat saja disiarkan. Harap maklum. Wassalam.

3 comments:

Kompes Kempos said...

Saya sangat SETUJU..cadangan TUAN itu...kita berada di ABAD 2000 dan kita dah 56 tahun MERDEKA..kenapa kita PERLU LAYAN...orang BODOH berLAGAK SOMBONG..pasak depa KAYA dan jadi KRONI...BN UMNO...Kalo nak KOMEN..bagilah FAKTA dan BUKTI...ini asyik MELUCAH dan MEMAKI sahaja..kita dah 56 tahun..bukan 5 atau 6 tahun..BERUBAH lah...

ahmadyani said...

Nak komen mesti berani 'tunjuk muka' lebih-lebih lagi komen yang 'pedas'.

Ayah Muda said...

setuju tu