Friday, January 11, 2013

Perhatian Lagi

Banyak komentar yang diterima dari penjengok yang memberi ulasan, pandangan dan juga teguran kepada saya atau isu yang dibangkitkan. Misalnya posting mengenai bangunan yang tidak siap tetapi sudah diguna. Semua pandangan berkualiti dan bagus. Ia memberi pencerahan. 

Ada juga yang menganggap posting itu satu fitnah dan meminta jangan membuat fitnah. Jelas masih ada anak cucu pengomen yang otak kemetot yang tidak faham tujuan posting berkenaan. Tidak timbul apa-apa unsur fitnah di situ. 

Pada posting itu apa yang hendak diketahui ialah apakah ada prosuder mengenai perkara itu. Saya dah awal-awal katakan ia menjadi tanda tanya disebabkan kekurangan maklumat. Fahamkan erti tanda tanya? Kini dengan ada beberapa penjelasan mengenai hal itu sudah diketahui kedudukannya.  Bagi diri saya cukup faham keadaannya.

Tetapi saya masih persoalkan dari sudut keselamatan kepada pengguna atau orang ramai. Persekitaran yang kotor dan menjejaskan kesihatan. Ini perlu diperbaiki dan tahap keselamatan alam sekitar dan orang ramai perlu ditingkatkan. Kalau kaedah ini tidak mendatangkan bahaya dan ia dijamin secara profesional ok terima saja.

Di maklumkan sekali lagi masih ada yang tidak mahu menggunakan akaun tertentu atau mencatat nama pada hujung komen. Biarpun komennya berkualiti dan boleh membantu kepada penjengok lain saya tidak selesa untuk menyiarkannya. Sayanglah kalau idea dan pandangan anda tidak boleh dikongsikan oleh penjenguk lain.

Diharap mereka yang ingin komen dapat mematuhi syarat ini kalau komen hendak dipublishkan. Dan yang otak kemetot belajar-belajarlah membuat komen yang berkualiti dan hubung kait dengan posting yang dipostkan. Terima kasih atas perhatian dan komitment anda semua.

Salam MSO.

1 comment:

ahmadyani said...

Kena faham keseluruhan isi yang ditulis, kemudian barulah komen. Jangan memberi komen dalam keadaan diri tidak faham. Nanti menjatuhkan maruah diri sendiri sahaja.