Monday, January 14, 2013

Ketua Misi Bantuan Ke Gaza Ditahan Bersama Wang RM500,000 Di Airport?

TERKINI                                                                                                                               

Berita ini belum disahkan secara rasmi oleh pihak berkuasa negara. Seorang ketua NGO yang rapat dengan sebuah parti politik Malaysia telah ditahan di lapangan terbang Cairo dua tiga hari lepas kerana membawa keluar wang sejumlah kira-kira RM500,000 dari negara itu.

Tidak dapat dipastikan wang itu dalam not negara mana, tetapi jumlahnya dikata kira-kira RM500,000.

Wang itu katanya adalah lebihan daripada wang yang dibawa hasil derma orang ramai untuk misi bantuan rakyat Palestin di Gaza.

Menurut sumber yang dapat dengan pejabat kedutaan Malaysia di Cairo, penahanan ketua NGO itu diketuai oleh pejabat kedutaan Malaysia di Mesir dan dipercayai membantu meyelesaikan panahanan berkenaan.

Ketua NGO berkenaan kerap membawa misi bantuan kemanusiaan di beberapa buah negara dan terbaru di Filipina.

Penahanan ketua NGO bersama wang RM500,000 itu menimbulkan persoalan kenapa wang itu harus dibawa balik kenapa tidak dihabiskan saja untuk membantu rakyat Palestin yang sekarang ini dizalimi oleh Israel.

Maklumat penahanan ketua NGO ini katanya telah pun ada ersebar di beberapa Facebook rakyat Malaysia yang berada di Timur Tengah termasuk di Dubai. Berita penahanan ini bagaimana pun masih belum tersebar di kalangan pelajar Malaysia di Mesir, Jordan khasnya.

Mungkin sumber lain dan pelajar di Mesir boleh merisik pihak kedutaan bagi mengesahkan kejadian ini. Berita lanjut sedang ditunggu. [wm.kl.1:15 pm 14/01/13]

17 comments:

C++ said...

Bhai MSO...

Wow... pelik aaa... kenapa tak dihabiskan untuk kegunaan di Gaza... lagipun kutipan tue bukankah untuk Gaza???

Hehehe... macam kenal jer saper...

baretta said...

Sapa tuu??? Jeng jejeng.... Selalunya puak ni lah yg kerap pgi sana...

Anonymous said...

Salam MSO, kalau perjuangan bukan kerana Allah inilah jadinya, sumbangan rakyat dgn mudah diseleweng. Akhirat lain cerita janji dunia mau bagus.

Anonymous said...

itu duit upah diri sendiri

XUMNO said...

Wang derma untuk takyat Palestin berjumlah ratusan ribu ringgit di Melaka apa cerita? Puak2 ni sebenarnya sedang mentahkedarah api neraka!

mahaza said...

dia nak ganti duit melaka tu

Umar Preacher said...

Elok di tunggu berita yang lebih sahih, takut timbul fitnah. Kita harus kosisten dan jujur dalam melaporkan apa jua berita tidak kira dipihak mana, kelak akan ditanya di akhirat.

HjMisaiKontot :الدليل السياحي said...

woitt... USD500,000.00 yg dibawa balik tu habuan amil lah... kihkihkih

mso.im said...

Sudah dinyatakan di awalnya "berita ini belum disah oleh penguasa Malaysia" ertinya ia bukan tuduhan tetapi satu andaian dari satu maklumat. Kalau ia tidak benar ia boleh dibiarkan begitu saja. Berita ini juga tidak menjejaskan sesiapa.
Namun berita ini merupakan tip untuk para wartawan penyiasat membuat siasatan. Dalam satu kaedah pemberitaan untuk mendapat berita iniloah caranya. Orang media cukup faham cara ini. Boleh juga belajar memahami dunai kewartawanan!

~aRe~ said...

Itu duit sumbangan rakyat Palestin untuk parti politik dia tu... Hahaha

insafdoh67 said...
This comment has been removed by a blog administrator.
john said...

Salam pak mso

Ketika di tanah suci, wife saya pernah bercerita ketika dia berbual dengan salah seorang jemaah wanita dari M'sia yang terlibat dengan Palestin. Apa yang diberitahu memang sesetengah kutipan yang berjuta2 ringgit sumbangan tidak pernah sampai seperti yang dipungut! oleh itu perkara seperti ini memang ada kebenarannya. Cuma nak mengesahkannya jika golongan ini dari puak-puak 'puaka' tu memang tidak akan ter'SAH'le jawabnya. Dan bila tidak disahkan maknanya faham-faham ajela. Sebaliknya jika geng-geng PR yang terlibat, sebelum subuh dah keluar di muka hadapan utusan meloya...sekian

john said...

Salam pak mso

Senang je nak tahu sahih ke tak? kalau tidak dapat di 'sah' kan maknanya memeang puak-puak 'puaka' tu lah yang terlibat. Kalau geng-geng mesra PR yang terlibat subuh esok dah jadi tajuk utama media PB.

sizzly7761 said...

Kalau benar berita ni saya rasa RM500 ribu tu mungkin sebagai komisyen atau upah kerana menguruskan kerja-kerja bantuan untuk Gaza secara SUKARELA dan IKHLAS!Haduyaiii.. Duit untuk orang sedang Jihad melawan Yahudi pun nak di PAU ke? He he he...semuanya nak di balun! Kalau betul berita ni..memang sahlah dasar penyamun tarbus!

Anonymous said...

Cerita2 begini sudah menjadi rahsia umum...ada pihak2 yg sentiasa mahu menangguk di air keruh...mentang2lah rakyat negara ini bersifat pemurah...jangan dok percaya sangat dgn geng2 pengutip derma pencacai UBN tu...depa terkenal kaki songlap..

Putra Bertam

Ontahsaponamo said...

Salam Tuan MSO, rasanya betul lah kata hati saya yg amat gusar untuk menyerahkan duit zakat saya kepada pihak berkuasa yang diamanahkan untuk mengutipnya, saya lebih rela meredah hujan dan panas untuk mencari fakir miskin yang mudah sangat diketemui disekeliling masyarakat saya untuk diserahkan terus kepada yang berhak.

Anonymous said...

Kalau zakat tu berjalan mengikut landasan yg telah ditetapkan islam dn yg melaksanakannya faham dan takut hukum allah jika cuai dlm menunaikan amanahnya....masyarakat islam kita x merempat menagih seperti pengemis....Hazri