Saturday, April 28, 2012

Selamat Pagi Bersih 3.0

Hampir 5,000 Sedang Mabit Di Dataran Merdeka

Malam ini saya menjadi lebih tidak mengantuk dari malam-malam sebelumnya. Hairan kaki juga yang terhinjuk-hinjuk kerana diserang hendap gaout itu sejak tiga minggu lalu sembuh dengan tiba-tiba. Seakan ada malaikat dari langit turun menyimbah ke rumah saya membuang segala sengal dan bisa gout. Apakah itu dinamakan semangat?

Warga emas ini juga turut sama mabit.
Tadi saya sudah cuba untuk melelapkan mati awal  bagi merihat tubuh kerana seharian menguruskan perjalanan ke Dataran Merdeka esok. Berjumpa anak buah yang sampai dari segenap penjuru, bagi keperluan dan makan minum kepada mereka. Ingat untuk berihat sejam dua untuk bangun esok dengan lebih sumringah dan gagah.
Simpang jalan berhampiran Dataran Merdeka sesak.

Kenderaan sukar untuk melalui jalan ini tetapi dikawal dengan baik.
Cuba untuk tidur dan membiarkan apa yang berlaku di luar. Saya tahu di kedai-kedai kopi dan warung mamak dipenuhi manusia Bersih yang baru sampai dari segenap penjuru. Lagipun rasanya perjuangan hari ini sudah berbaloi. Tetapi setelah membuka Fb dan meneliti gambar-gambar dan perkembangan di Dataran Merdeka, melihat buakan manusia yang berhimpun di simpang Jalan Raja dan Jalan Tuanku Abdul Rahman, segera letih yang menguasai diri tiba-tiba hilang melayang. Jeritan dan sorakan seakan memanggil-manggil untuk segera mendatangi Dataran Merdeka melihat apa yang berlaku di sana dan untuk menggabungkan diri sama.

Setiap kereta yang melalui jalan ini membunyikan hon tanda sokong.
Di sudut hati kecil rasa bersalah kalau diri ini tidur dan rihat sedangkan insan lain sedang menapak ke arah Dataran Merdeka. Mereka ke sana bukan untuk duduk dan bantah lagi, tetapi untuk memerhati dan mengintai lubang mana mereka harus bolos untuk bertapak di situ esok. Justeru rasa bersalah itu maka menyebabkan saya memaksa diri menampak juga ke Dataran Merdeka untuk melihat rombongan manusia yang sedang 'mabit' di situ.

Lebih 90 yang hadir anak-anak muda bersemangat waja.
Sesampai di simpang jalan Tuanku Abdul Rahman kira-kira 60 meter dari Dataran Merdeka penat dan lelah yang mengelilingi diri tiba-tiba terus hilang. Sakit di hujung jari kaki dan tumit kanan juga ghaib entah ke mana. Sorakan dan laungan Bersih... Bersih... yang berkecamukan dengan pelbagai nada dan butiran sorakan menghilangkan rasa letih. Tiba-tiba setongkol semangat menggupal dalam diri menjadi kuat dan terasa muda 25 tahun.

Polis berada dalam pagar kawat duri mengawal dataran yang kosong. Kan Bengong.
Pada masa saya mengujungi Dataran Merdeka lebih 5,000 berhimpun di situ membuat berbagai aksi. Ada yang duduk, berdiri dan beralun ke sana ke mari tanpa haluan yang jelas. Tepai masing-masing melonjak-lonjak kegembiraan sambil ditangan memegang berbagai banner dan juga sepanduk yang mereka bawa khas. Ada juga bersalaman sesama sendiri menyatakan keseronokan.

Angka ini esok akan meningkat 20 kali ganda.
Sepanduk Stop Lynas dan Bersih bergabung menjadi satu. Melayang-layang diudara dengan penuh kemegahan. Ada juga sehelai dua bendera Pas yang menerawan di dalam gelap, tetapi jelas kecerahannya kerana ia ada bulan purnama. Tidak ada rasa takut dan bimbang di kalanagn para himpunan. Seakan ada jaminan dari pihak polis dan juga DBKL. Semacam ada suara yang melaung dari atas puncak bendera tertinggi di dataran itu, berhimpunlah, berjuanglah menuntut hak anda dan jangan takut kepada cabaran dan merasa hina kepada cacian.

Mereka menjerit-jerit seakan kemenangan sudah berada ditangan. Sepasukan polis dengan kekuataan 200 anggota tidak berbuat apa-apa dan melihat dengan mata terkebil-kebil persis cicak tertelan kapur dari dalam Dataran Merdeka yang dikurung. Keadaan polis tidak ubah seperti haiwan yang diletak di dalam zoo menjadi tontotan orang ramai. Bagusnya tidak ada provokasi dan ejekan orang ramai kepada polis yang memantau mereka.
Sorakan akan bergemuruh setiap kali kereta yang lalu membunyikan hon.
Paling mengejutkan saya lebih 90 peratus yang hadir adalah anak-anak muda yang terdiri dari golongan mahasiswa berbilang kaum. Diwajah masing-masing terpancasr keyakinan atas apa yang mereka usahakan. Bukan sahaja orang Melayu yang dikatakan menjadi alat dan suka berdemo tetapi anak-anak muda Cina, India juga kali ini mendomonasi himpunan. Inilah perubahan yang digeruni oleh pihak tertentu.

Kesian polis hanya mampu melihat gelagat himpunan dengan penuh hormat.
Mereka pula bergerak seiringan, melaung kata-kata Hancur Umno dan BN serentak. Tidak ada perpisahan jarak langkah dan nada dalam melaungkan slogan semangat mahu berubah. Di celah-celah laungan Bersih, Hancur Umno bergema berderai panjang langan kalimah Allahuakbar. Setiap kali kalimah itu bergema, roma saya merinding dan merasakan bahawa kemenangan sudah di hujung jari. Entah... saya sendiri merasakan berada di waktu malam di sebuah dataran begitu seperti sedang mabit di Muzalifah untuk mengutip batu untuk melontar syaitan yang durjana.

Apakah yang akan berlaku esok? Manusia yang berhimpun dan berkumpul di situ esok tentu lebih ramai. Kalau malam ini jumlah lebih 5,000 sudah tentu esok jumlah itu akan mengembangkan menjadi 100,000, 200,000 ataupun 300,000? Saya jamin keadaan itu akan berlalu. Tanpa ada gangguan dan sekatan jalan raya, tindakan polis dan DBKL mempermudahkan untuk himpunan masuk, pasti jumlah himpunan itu esok terbesar berbanding dengan dua Bersih sebelum ini. Jumlah himpunan besok boleh menyebabkan Rosmah Mansor akan terkencing 16 kali sehari!

Setengah mereka tidak akan balik dan akan bermalam di atas jalan.
Alhamudlilah himpunan malam ini sebagai pembetul urat dan muqadimah menunjukkan kewarasan para himpunan. Mereka membuat latihan dengan penuh profesional tanpa menunjuk sikap rakus atau tanda-tanda mereka akan melakukan kekacauan.  Kecualilah menjelang Subuh nanti kalau polis dan DBKL gtiba-tiba menjadi iseng tentu keadaan berubah.

Bergambar kenang-kenangan sambil menunjukkan solidariti.
Selalunya keadaan tegang berlaku bila polis membuat provokasi. Malam ini tanpa provokasi dan sikap polis terkebil-kebil melihat telatah himpunan yang penuh bersemangat, tidak ada apa-apa yang tidak baik berlaku. Walaupun mereka agak menganggu lalu lintas tetapi mereka memberi kawalan baik kepada trafik. Setiap kereta yang lalu dijalan itu pula memberi hon bertalu-talu menandakan mereka sokong himpunan, sokong UBN dihancurkan. Tiada pegawai polis trafik yang mengurus lalu lintas di sutu kecuali SB yang berkeliaran di celah-celah himpun mendengar apakah risik dan riak yang mencurigakan.

Seperti dikatakan tadi dengan jumlah malam ini akan menjadi 10 atau 20 kali ganda, menyebabkan himpunan itu lebih besar dan lebih bersemangat lagi. Apakah esok sesudah jumlah rampai sehingga banjir kilat manusia berlaku di situ, gelong-gelong dawai yang dipasang akan direntak dan ditarik ke belakang akhirnya mereka akan bermukim di Dataran Merdeka?

Tenguklah esok apa akan berlaku. Cuma saya berharap dan berdoa polis tidak mengubah sikap dan pemikiran untuk menjadi gila pada esoknya. Layanlah para himpunan dengan baik nescaya mereka tidak akan sesekali menimbulkan ketegangan dan kekacauan yang mana polis juga akhirnya akan dipersalahkan.

Semoga mentari esok lekas terbit dan membawa bahagia dan rahmat kepada kita semua. Yakin dan percayalah himpunan itu bukan untuk menyusahkan sesiapa tetapi demi membawa kebaikan untuk semua. Siapa di antara kita yang sukakan kepada perbalahan, ketegangan ataupun permusuhan? Hanya golongan bernama musuh saja yang akan melakukan semua itu kerana mereka jahat untuk mengekalkan kuasa secara busuk. [wm.kl.2:20 pagi 28/04/12]

1 comment:

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Cemburunya saya tidak terkira lagi bila mengikuti perkembangan di Dataran Merdeka melalui Facebook dan twitter. Bertuahnya mereka yang punya penglihatan dan kenderaan sedang saya hanya akan nenumpang anak-anak esok pagi menuju ke Dataran Merdeka milik kita semua. Seandainya anak-anak saya telah mempunyai lesen memandu pasti saya akan mengajak mereka ke dataran tadi. Hakikatnya satu keghairahan yang amat meremangkan dalam sebuah perjuangan yang sedang kita lakukan begitu dirasakan.