Friday, April 6, 2012

Laporan Lewat

Anwar Dikagumi Masyarakat Indonesia

Malam tadi rombongan cendekiawan dan politician dari Indonesia terdiri dari bekas menteri di zaman Yusuf Habibe, pengusaha dan tokoh akademis telah mengunjungi rumah Anwar Ibrahim di Segambut. Rombongan seramai 10 orang itu dalam rangka lawatan Selangor atas undangan MB Abdul Khalid Ibrahim.

Rombongan itu diketuai Adi Sosono bekas menteri kabinet Indonesia, seorang tokoh dalam HMI - Himpunan Mahasiswa Islam Indonesia yang berkebetulan menjadi sahabat karib Anwar sejak tahun 80-an lagi. Kebetulan malam tadi juga berlangsung acara zikir dan solat di rumah Anwar rombongan itu ikut serta bersama kira hampir 80 jemaah.

Dalam kunjungan ringkas tetapi penuh bererti itu Adi Sosono dan rakan-rakannya juga turut sempat meluahkan rasa dan mengimbau masa lalu serta berkongsi pengalaman dalam perjuangan dan pengurusan negara. Antara yang menarik diungkapkan Adi malam tadi ialah mengenai pengertian reformasi dan juga isi perjuangan reformasi itu sendiri.

Katanya reformasi adalah kemanusiaan manakala kuasa dan ekonomi itu adalah kesampingan saja. Makanya perubahan hendak dilakukan mesti bertunjangkan kepada kemanusiaan iaini soal keadilan dan kebenaran serta diredha.

Katanya di dalam reformasi bukan sahaja menjatuhkan regim yang kotor tetapi yang penting refomrasi iu membawa keadilan dan kebenaran. Tidak kira siapa menjadi ketua itulah yang harus ditekannya. Pemerintah pula katanya akan bergilir-gilir dari masa ke semasa.

Di situ juga beliau menekankan perjuangan harus berakhlak tidak dilakukan secara kotor. "Sebabnya bangsa Melayu di rantau ini di mana bangsa yang dilihat berakhlak. Bangsa Melayu adalah tulang punggung, manakala bangsa lain ada sampingan saja. Maka akhlak Melayu hendaklah dijaga", katanya.

Mengenai Anwar, Adi Sosono menghormat tabik kepada apa yang Anwar telah lakukan untuk Malaysia dan pengorbanan kepada rakyat. Apa diterima Anwar adalah ujian dari satu tektik politik yang kotor yang perlu dijauhi sesiapa pun. Mengenai nasib malang diterima Anwar katanya rakyat Indonesia sangat berdukacita dan bersimpati.

Kerana sudah lama mengenali Anwar, tahu akan aspirasi perjuangannya, akhlaknya maka rakyat Indonesia tidak terikut dengan sentimen marah dan benci kepada Anwar oleh segelintir rakyat Malaysia. "Anwar kalau ke Jakarta disambut bukan sebagai narapiadana, tetapi sebagai VVIP bertaraf Perdana Menteri dan diberikan bilik penginapan suite malahan lebih besar dari bilik perdana menteri Najib," ucapanya disambut tepukan dan takbir.

Pak Adi Sosono yang begitu komited dengan gerakan pembaharuan Islam dan secara tidak langusng menjolok hingga jatuhnya Seokarno berpesan apa yang penting dibina bukan negara Madani, tetapi masyarakat Madani dengan orang Islam menjadi contoh menyerlahkan akhlak yang baik dan beriman.

Turut hadir sebagai mengiringi rombongan Pak Adi, dua anggota Exco Selangor Radzih dan Yaacok Sapawi.

Pagi ini rombongan itu akan berdilog menghadiri satu majlis di Shah Alam bersama para usahawa, aktivis sosial, politis, ekonomis dan sebagainya. Malam nanti satu lagi pertemuan ramah mersa dengan pelbagai kelompok dan kepimpinan gerakan sosial dan politik bertempat di Markas Abim di Sungai Ramal, Bangi Selangor. [wm.kl.10:14 am 06/04/12]

No comments: