Monday, February 27, 2012

Susupan Pagi

Umno Arah Soldadu Upahan Perhebatan Serangan

Kerana untuk bertindak sendiri sudah tidak berdaya dan membawa apa-apa kesan, Umno dikatakan telah mempertingkatkan mengupah soldadu upahan untuk menyerang para pemimpin Pakatan Rakyat dengan apa cara sekali pun.

Pengupahan ini terpaksa dilakukan kerana rakyat sudah tidak mempercayai kepada apa juga penerangan dan penjelasan dari pihak Umno dan oleh para pemimpin mereka.

Semakin kerap pemimpin Umno bercakap ia menjadi tambah buruk. Dosa yang terpalut di leher mereka menjadikan rakyat tidak menyakini apa yang mereka lakukan.

Ada tiga entiti atau puak yang menjadi soldadu upahan Umno. Pertama, ialah dari beberapa orang yang menubuhkan Ngo kemudian bersatu tenaga. Mereka ini menggunakan slogan Melayu dan Islam.

Kedua, dari kalangan mereka yang kecewa ataupun gagal melonjakkan diri dalam parti politik yang bergabung dalam Pakatan Rakyat hari ini.

Manakala unit ketiga dari kalangan cerdik pandai terdiri daripada peguam, pensyarah, artis dan juga veteran politik yang mencari seringgit dua untuk pelihara anak dan isteri.

Unit pertama kebanyakan mereka asalnya Umno tetapi dipecat oleh parti dengan pelbagai kesalahan. Merka cuba menjual muka kepada parti-parti Pakatan tetapi tidak laku kerana maruah dan moral mereka tercemar. Mereka juga dikenal pasti sebagai 'pengandar tahi' dalam parti.

Unit atau puak kedua ialah mereka yang selama ini bergabung dengan parti-parti Pakatan Rakyat. Akhirnya mereka disingkir disebabkan tidak sehaluan dan berpuas hati dengan aspirasi parti. Mereka ini kebanyakan pernah menyertai Umno dan masih menerusi budaya Umno dalam parti baru. Pertentangan pembawaan dan stail merka menjadikan mereka tidak betah untuk bersama dalam politik baru Pkatan Rakyat.

Ada setengahnya berkedudukan penting termasuk menjadi wakil rakyat. Kelemahan diri mereka sendiri tidak dapat membawa diri dalam parti akhirnya mereka menyisih diri menjadikan diri sebagai kera sumbang.

Manakala yang ketiga pula golongan intelektual pencen yang tidak cukup wang. Mereka terpaksa memilih kerjaya baru sebagai soldadu upahan. Mereka sedia melacurkan ilmu dan kajian mereka untuk mengelirukan rakyat bagi menunjukkan Umno masih relevan

Tiga puak atau unit soldadu upahan ini telah dikerah oleh Umno mempertingkatkan usaha provokasi mereka, menyerang peribadi dan membuat kacau pada majlis-majlis ceramah Pakatan Rakyat. Di bawah mereka ada unit-unit kecil yang memainkan peranan masing-masing.

Difahamkan satu mesyuarat dan perbincangan dengan ketiga-tiga unit ini diadakan untuk menerima arahan dari masa ke semasa. Mereka juga dijanjikan jaminan dan pembelaan sekiranya menghadapi apa-apa implikasi undang-undang.

Ketiga unit yang menjadi soldadu umpahan ini tidak termasuk dengan unit perang saraf Umno yang terdiri dari bloger dan cybertrooper yang menerima upahan dari Umno yang bermukim di sebuah bangunan di Kuala Lumpur sejak beberapa bulan lalu.

Kesemua mereka katanya telah diperuntukan kewangan yang tidak ada hadnya. [wm.kl.9:18 am 27/02/12]

No comments: