Saturday, November 19, 2011

Perkhabaran dan Permakluman

Selamat Untuk Majlis Saya, Kadar Shah Meninggal Dunia

HARI ini majlis perkahwinan anak perempuan saya. Sejak kelmarin sibuk dan gaduh tidak dapat menghantar apa-apa catatan. InysaAllah selepas ini catatan untuk blog seperti biasa. Di kesempatan ini dikhabarkan juga Subuh tadi saya menerima sms dari Datuk Mazlan Harun yang memperpanjangkan mesej daripada Pn Azmin PA kepada Datuk Kadar Shah Sulaiman Ninan Shah yang memalumkan khabar dukacita pengembalian Kadar Shah ke alam akhirat.

Menurut sms Mazlan, Kadar meninggal jam jam 2:30 pagi di Pantai Medical Center. Jenazahnya akan dibawa ke kediamannya di KGSAAS No 8 Jalan 13/16, Greenville, Sultan Abdul Aziz Shah, Golf Club Shah Alam, Selangor.

Jenazah akan disembahyangkan di masjid Bukit Jelutong selepas Zohor dan akan ke tanah perkuburan Muar. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham. Al Fatihah. [wm.kl.7:18 19/11/11]

1 comment:

M Rajoli Al-Qlantani said...

Selamat Menyambut menantu Pak MSO, semoga kekal hingga ke akhir hayat