Saturday, September 10, 2011

Susupan Malam

Antara Kita Adalah Anjing, Kucing & Rimau

BUDAYA dan sikap yang tidak direnungi dan dipelajari dengan tekun oleh orang Melayu ialah bagaimana tindakan rimau apabila kucing dan anjing bergaduh dan bergomol merebut tulang. Sang rimau memerhati kedua pergaduhan itu penuh minat dan akan bertindak apabila keduanya sudah sakit dan tercedera. Rimau sama sekali tidak akan menegur jauh untuk menghalang supaya pergaduhan itu dihentikan kerana ia ada agenda di sebaliknya.

Bagi rimau menghentikan pergaduhan anjing dan kucing satu kesilapan dan kebodohan yang dilarang oleh datuk nenek mereka.

Apabila kedua haiwan itu letih dan sakit, rimau akan membaham kedua-duanya sekali. Keduanya akan menjadi mangsa rimau tanpa ada simpati. Inilah dikatakan kebijaksanaan dan ilmu yang ada kepada rimau. Sebab itulah rimau selalu kenyang dan menjadi raja di hutan maya ini.

Semasa kucing dan anjing bergomol, mereka tidak mengira yang rimau sedang memerhati lagak mereka. Inilah satu kesilapan berterusan dilakukan kucing dan anjing. Paling malang dan sedihnya mereka menyangka persengketaan mereka itu tidak pun dipedulikan oleh rimau.

Walhal rimau sebagai pemangsa tetap tidak akan lepas peluang dan menunggu mangsanya itu letih atau kunyai. Saat itu ia akan membaham kedua haiwan bodoh itu. Rimau akan senang mendapatnya tanpa mengejar dan membuang masa, memburunya. Rezekinya bergolek didepan mulutnya.

Begitulah yang boleh dianologikan apa yang berlaku di antara dua kumpulan Melayu hari ini, Pas dan Umno campur sikit dalam PKR. Mereka bergaduh macam nak rak untuk menegakkan benda-benda remeh untuk kepentingan politik dinihari. Mereka akan bertengkar dan bersengketa mati-matian terhadap perkara itu yang tidak pun membawa erti dan makna besar kepada mereka. Mereka sebenarnya terpedaya dengan ilusi sedang merebut tulang yang disangkakan merebut gunung emas.

Tenguk isu yang hangat hari ini, macam mana Pas dan Umno bergomol sesama sendiri mengenai persoalan apakah Mat Indera hero atau komunis. Memalukan lagi pergomolan itu di tayang dalam tv dan surat khabar. Di tunjuk kepada umum dan seluruh binatang politik dunia menenguknya.

Pas mempertahankan Mat Indera sebagai hero manakala Umno kata tidak, Mat Indera adalah komunis. Itu saja isunya. Kalaupun jawaban ditemui pada persoalan itu ia tidak memberi apa-apa kesan dan laba banyak kepada kedua pihak pun. Pas belum tentu menang besar dalam pilihan raya, begitu juga Umno belum tentu dapat mempertahankan kerusi dengan isu sejemput dan sudah reput itu.

Sebelum ini isu sebuah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke gereja di Damansara Utama juga menjadi polimek dan sengketa di antara dua puak ini. Sesetengah pemimpin Pas menyalahkan tindakan Jais. Manakala sesetengah pemimpin Umno pula menyokong tindakan itu. Panjang juga rally perdebatan itu. Tetapi apa kesudahannya? Ia senyap sunyi hari ini apabila topik baru dibahaskan iaini Mat Indera dan komunis.

Begitu juga dengan nasib isu Mat Indera ini akan senyap bila timbul pula topik lain. Jadi mereka bergomol dan berbahas bukan hendak mencari konklusi tetapi nak tunjuk jambul siapa panjang, itu saja.

Pergaduhan dan pergomolan antara Melayu Umno dan Pas atas isu yang remeh ini bukan baru. Ia mentradisi. Satu masa dulu mereka bergaduh dan berbahas mencari siapa lebih Islamik di antara keduanya. Pas menuduh Umno kafir, Umno memalingkan tuduhan itu Pas yang kafir. Pergaduhan hampir membawa kepada perdebatan di dalam tv. Akhirnya apa jadi kepada isu berkenaan? Tidak ada kesudahan dan fatwa konkrit mengenainya. Keduanya letih jadilah Pas pun kapir Umno juga kafir atau sebaliknya.

Anihnya di sepanjang perdebatan isu-isu itu, terbaru Mat Indera ini orang Cina diam membisu. Mereka tidak pun bercakap seolah mereka tidak ada hak. DAP tidak bercakap, MCA, Gerakan juga tidak bercakap. MIC yang selalunya macam ibu ayam menjampuk juga turut mendiamkan diri.

Mungkin Pas dan Umno merasakan begitu. Sebenarnya tidak begitu, orang Cina cerdik dan pintar macam rimau itu. Mereka suka kalau Pas dan Umno bergaduh. Bergasaklah sampai berasap atau patah taring aku apa peduli. Bagi Cina mereka akan untung kalau Pas dan Umno bergaduh. Macam sifat rimau yang seronok melihat anjing dan kucing bergaduh. Bila mereka letih, rimau boleh baham keduanya bukan itu saja rimau boleh main telor atau pantak sekali.

Nah demikian dengan pergaduhan Pas dengan Umno yang merebut tulang hari ini. Orang Cina dan bukan Melayu sangat suka. Mereka bertepuk tangan dalam kelambu. Kenapa kerana bila Melayu berpecah kuasa politik Melayu akan renggas, dan mengecil. Orang Melayu akan hilang majoriti. Bila Melayu hilang majoriti maka saat ini orang Cina akan mengambil tempat menjadi parti majoriti. Rimau akan naik atas pusu jadi raja.

Teorinya senang saja. Kerusi Parlimen ada 222 kerusi. Katakan dengan kerencaman politik ini, perbalahan orang Melayu Umno akan menang disekitar 40 atau 45 kerusi saja manakala Pas pula akan menang 30 hingga 35 kerusi dicampur dengan kerusi Melayu PKR 30 hingga 40 kerusi. Kerusi Melayu akan jadi (secara purata) sekitar 100 hingga 120 saja, manakala kerusi Cina atau bukan Melayu akan jadi 102 kerusi. Dengan kedudukan itu Melayu sudah tidak memperolehi dua pertiga lagi.

Keparahan persengketaan dan pengomolan ini boleh menyebabkan kerusi Melayu lebih rendah dari itu. Manakala dengan kekuatan memiliki lebih 100 kerusi orang Cina boleh goreng orang Melayu. Orang Cina boleh menggunakan kuasa itu untuk menjadi beginning power, atau pun kuasa penentu dan tawar menawar.

Mereka boleh tawar dan pilih dengan Melayu mana mereka nak kongsikan kuasa, Melayu Umno atau Melayu Pas + PKR. Saat inilah Cina akan menggunakan kerusi itu menuntut haknya selama ini. Orang Cina boleh pilih Melayu mana yang banyak atau bersedia memberi keuntungan kepada mereka. Kalau Melayu Umno sedia memenuhi harapan mereka, mereka akan bergabung dengan Umno menerusi BN.

Sebaliknya kalau mereka merasakan Pas + PKR dapat memberi laba lebih mereka akan bergabung dengan Pas + PKR menerusi Pakatan Rakyat. Situasi ini jangan dirasakan mustahil. Di dalam politik tidak ada apa yang mustahil ianya serba mungkin.

Adalah silap kalau orang Melayu merasakan ada keikhlasan di dalam hati orang Cina. Mana-mana bangsa dan kaum yang berpolitik tidak boleh dipercayai. Demikian juga orang Cina ke atas orang Melayu mereka tidak meletakan keyakinan seratus peratus kepada Melayu. Dalam politik hatta orang Melayu sendiri boleh kencing kawan dan tinggal gu untuk bersekongkol dengan musuh. Sudah ada enam ekor Melayu yang telah berbuat begitu sebelum ini. Itu adalah contoh terhampir dengan mata kita.

Apa juga yang kena disedari orang Cina mempunyai banyak duit. Lebih banyak dari duit orang Melayu. Mereka boleh beli sesiapa saja. Orang Melayu pula kebetulan pelahap duit dan kurang percaya kepada Tuhan. Pantang nampak duit dan lubang akan diterkam. Apa lagi kalau mereka terdidik dalam politik sekular yang mengamalkan matlamat menghalalkan cara.

Sore ini saya tidak mahu melarang lagi dan meminta agar anjing dan kucing jangan bergomol. Saya suka melihat rimau memakan kedua-duanya kerana selagi mereka wujud atas muka bumi ini mereka tetap bergaduh kerana mereka disyariatkan atas dunia untuk berdengki, bergaduh, mencemuh sesama sendiri hatta membunuh sesama sendiri. Biarlah Melayu merana dengan kebodohannya.[wm.kl.7:00 pm 10/08/11]

* Catatan ini petikan muqadimah buku politik terbaru saya, dilarang untuk dicutpage di mana-mana blog pengumpul. Kerjasama dihargai. - MSO

1 comment:

Kasturi said...

Kalau tengok tulisan ni, nampak nya tiada jalan lain yang terbaik untuk melayu islam kecuali bersatu juga akhirnya, itulah jalannya yang pLing strategik dan terbaik untuk masa depan. Ketepikan perbezaan demi kelangsungan agama dan anak cucu kita di masa depan. Fatah dan hamas lagilah teruk permusuhannya, tetapi akhirnya tersedar juga bahawa ia cuma merugikan masa, tenaga, wang ringgit, yang untung cuma israel.
Isu yang pas timbulkan walaupun remeh nampaknya, tetapi ia penting, kerana menggambarkan isi perut pemimpinnya, apa yang mereka perjuangkan. Daripada memberi simpati kepada puak yang condong kepada perjuangan komunis, lebih baik julang perjuangan yang dilakukan golongan aliran islam dan ulamak terdahulu. Itu lebih relevan untuk parti islam!