Friday, May 20, 2011

Posting Biru

Bagaimana Rasuah Berlaku di Negara Ini?

Sore tadi seseorang menemui saya. Sebelum itu dia menghubungi saya, katanya ada perkara besar untuk diberitahu. Walaupun hari ini kurang sihat, tetapi saya berikan masa untuknya jumpa saya selepas Jumaat.

Tepat pada masanya kami berjumpa. Dia memperkenalkan dirinya. Dia seorang ahli perniagaan filem dan juga pernah terlibat dalam dunia publication, mengendalikan advertising. Umurnya dsalam lingungan 40-an. Berbadan gempal ada misai.

Beberapa orang yang disebutnya memang saya kenali. Salah seorangnya pernah duduk dan minum kopi bersama saya. Saya lupa sepanjang mengenali orang itu dia pernah singgah rumah saya atau pun tidak.

"Apa ceritanya," tanya saya selepas habis dia mentakrufkan -- memperkenalkan diri.
"Saya pilih tuan kerana saya tidak yakin dengan orang lain," dia membuka cerita. Saya dengar dengan suspen. Ditangan terpegang sehelai polio yang didalamnya terdapat beberapa kertas yang dikepil rapi. Dia menghulur kepada saya; "tuan baca dulu, tetapi saya tidak akan lepas setakat baca saja," dia memberi peringatan.

Saya ambil dan membacanya. Setelah dibaca fahamlah apakah maksudnya untuk berjumpa saya dan faham juga dengan isi surat berkenaan. Ia menceritakan bagaimana dia melihat perbuatan najis rasuah berlaku di depan matanya. Malahan dari sisi lain dia juga terlibat dalam episod raqsuah berkenaan.

"Sdr tenguk sendiri?" tanya saya apakah dia tenguk pemberian wang rasuah berkenaan.

"Iya saya tenguk sendiri." jawabnya yakin.

"Macam mana boleh tenguk?' tanya saya.

Dia terhenti sekejap. "Sebenarnya saya tidak diberitahu wang ini dikeluarkan dari bank, tetapi kawan yang bagi tahu. Bila saya pergi ke bank saya tenguk wang itu dalam sebuah kotak terletak di lantai," ceritanya.

Di dalam surat itu yang merupakan surat laporan untuk SPRM diceritakan jumlah wang itu sebanyak RM1.5 juta. Gambar wang itu juga yang masih dalam bundle ada disertakan sama. Menurutnya rakaman perbualan semasa transaksi penyerahan wang itu juga ada dalam simpanannya.

Bersambung..... [wm.kl.8:58 pm 20/05/11]

No comments: