Monday, May 2, 2011

Notis Perbendaharaan

Dua Kawasan Pas Kelantan Bertukar YDP

Semua 14 Pas kawasan di Kelantan sudah selesai mengadakan mesyuarat. Sesetengah kawasan berlaku pertandingan sengit untuk semua jawatan. Bagaimana pun dua kawasan saja yang bertukar YDP baru. Kawasan itu ialah Gua Musang di mana bekas YDP Zulkefli Mohamad dikalah kepada Ketua Pemuda, Abdullah.

Satu kawasan lagi yang mendapat ketua baru ialah Machang, di mana Adun Pulai Chondong, Zulkefli Mamat diamanahkan selaku YDP menggantikan Hassan Mahmod yang berundur secara sukarela.

Kawasan-kawasan lain masih kekal dengan YDP lama, bagaimana ada timbalan YDP dan Naib berubah kepada penjawat baru.

Salah satu timbalan berubah ialah di Pasir Puteh di mana Drs Zainuddin Awang Hamat telah ditewaskan oleh Yuganu Yunus dalam perebutan sengit tiga penjuru.

Laporan penuh dan ulasan mengenai mesyuarat kawasan Pas Kelantan akan dimuatkan dalam Siasah terbaru Jumaat ini. [ttdi.kl 6:53 pm 02/05/11]

No comments: