Sunday, May 15, 2011

Celoteh Murai 81

Keberanian Yang Bodoh

Lama Murai tidak bercakap fasal Salentia. Apa-apa mengenainya yang dilapor oleh media massa, tidak pun Murai membacanya atau menenguknya. Kerana usahkan tenguk mukanya, dengan namanya pun Murai sudah meluat dan nak termuntah. Begitu pun nampaknya makin sehari makin menjadi-jadi si makhluk ini. Murai sudah berjanji Murai tidak akan duduk diam selagi dia bercakap mengutuk dan membenci dua manusia, yang pada Murai jauh lebih berwibawa daripadanya.

Kenapa Murai berkata begitu kerana kedua tokoh itu pernah membantu dan menyelamatkannya. Kalau bukan kerana mereka, tidaklah duduk Salentia di dalam kloni yang ada hari ini.

Walaupun benci meluat, tapi kali ini Murai terpaksa berbuka puasa bercakap mengenainya. Terpanggil Murai untuk mengulas sikit mengenai kenyataannya semalam dalam satu majlis ceramah di pinggir ibu Kota yang dihadiri 134 orang. Malam tadi Salentia membuat pernyataan akan sedia melancarkan jihad kalau puak Kristian hendak merampas status agama Islam di negara ini sebagai agam rasmi.

Wah berani betul....Murai sokong sesiapa saja yang hendak mempertahankan agama dan bangsa. Pertahankanlah sebab itu adalah jihad kita. Tetapi di sini Murai konfius apakah Salentia faham mengenai apa yang hendak dijihadkan itu. Apakah dia faham mengenai agama dan bangsa, dan bagaimana menegakkannya. Berjuang ini bukan pakai rembak saja tetapi ada rukun-rukun dan peraturannya. Mcamlah nak sumbat keris dalam sarungnya ada tatcara cara dan jampi serapahnya. Jangan pakai sumbat saja.

Kalau menurut Islam sesuatu yang perlu ditegakkan, ia bermula salam diri kita dulu. Misalnya beragama kita tegakk dalam diri kita dulu. Selepas agama tegak dalam diri kita, kita tegakkan dalam keluarga kita. Anak-anak dan isteri kita. Atau isteri-isteri. Selepas itu dalam keluarga dan kampung kita, selepas itu dalam negara dan negeri.

Kalau dalam diri sendiri pun agam tidak tegak macam mana nak tegakan dalam negara. Umpama mudah Murai berikan yang boleh difikirkan semua orang; kalau diri kita sendiri miskin dan senantisa kelaparan macam mana kita hendak bercakap hendak membantu beri makan pada orang lain.

Di sini Murai nak tanya (bukan mendabik dada) apakah Salentia sudah menegakkan agama di dalam dirinya? Iya soal keyakinan dan kepercayaan ini berada dalam hati. Tetapi kita kena faham juga, perbuatan itu menggambarkan niat. Bermulanya gerak itu kerana niat. Bagaimana perbuatan begitulah niat. Subjek (bayang) menunjukkan bagaimana objek itu.

Jadi bila Salentia nak tegak Islam, nak berjihad melawan Krtstian itu agenda besar. Itu perang salib. Sama taraf dengan Salahhudi al Ayubi. Jangan main-main. Apakah Salentia sudah memiliki segala ilmu, kefahaman, ketinggi akhlak seperti Sallahuddin itu maka beliau sedia melancarkan perang jihad? Kalau tidak sampai ke taraf Sallahuddin al Ayubi jangan, nanti boleh merosak badan.

Murai nak sebut dan nak pesan kepada Salentia, dan sesiapa jangan pergi terlalu jauh sangat. Tegak dan perjuangankan Islam dalam diri kuta dulu. Pastikan keimanan kita kukuh, padu dan mantap sebelum melancarkan jihad dengan Kristian. Murai bimbang kalau kita berperang tanpa iman, akhlak, kita akan berperang tanpa senjata. Kalau berperang tanpa senjata ibarat kita akan mati macam katak digilis kereta lah.

Murai cakap ini kerana melihat kepada gelagat Salentia yang rencam dan tidak istiqamah. Tidak konsisten. Malas untuk Murai mengulasnya sebab orang semua sudah tahu perangai dan rupa diri sebenar si Salentia ini. Dia hidup bukan saja dua alam tetapi banyak alam. Dia boleh memecahkan wajahnya bukan saja sembila wajah seperti Tok Kenali tetapi bermacam-macam wajah mengikut situasi dan kondisi di mana bumi dia pijak.

Cakap jangan sebarang cakap. Kena pandang atas bawah, belakang depan. Ingat kata orang rosak pulut kerana santan, rosak badan kerana mulut. Akibat dari kata-kata yang lancang itu ia bukan saja mengena ke atas diri sendiri saja tetapi ia akan terpauk juga terhadap diri orang lain. Kita boleh bercakap seperti itu kerana hari ini kita berada di tempat yang teduh (selamat kerana masih ada kerajaan), tetapi ingatlah kedudukan itu tidak kekal, melainkan kita sudah mati.

Pada Murai biarlah Salentia sudah lama dalam politik, tetapi dia macam unta dan kaldai di Makkah saja. Sudah bertahun mereka membawa karungan kitab tuannya menaiki gunung menuruni lembah, tetapi sepatah haram bahasa Arab dan ilmu Tuhan diketahuinya. Dari generasi awal hingga ke hari ini keldai tetap bodoh. Makanya Salentia ini lebih kurang keladi mamai saja, bercakap tidak fikir, fikir tidak menghalusi, menghalusi tidak temui jawaban, jawaban tidak konkrit, buka mulut cakap dan cakap saja. Inilah orang kata bercakap menggunakan idea mikrofon bukan al akal.

Murai: Kicauan yang merdu mendamaikan jiwa.

1 comment:

Bang Am said...

Pak MSO,

Suruh dia berjihad berhenti hisap rokok dulu.. Lagi afdhal dari dia declare berjihad pada perkara yang dia pun tak pasti sebenarnya..