Saturday, February 12, 2011

Kematian

Adun Kerdau Meninggal

Berita tv sekejap tadi melaporkan Adun Kerdau, Zaharuddin Abu Kassim telah meninggal dunia petang ini. Beliau dikatakan terjatuh ketika di bilik air.

Zaharuddin baru-baru telah dimasukkan ke hospital dan pernah dilaporkan dalam keadaan kritikal. Bagaimana pun dilaporkan sihat dan mendirikan rumah tangga beberapa bulan selepas itu.

Dalam pilihan raya umum ke-12 lalu beliau mengalahkan calon Pas,
Hassanudin Salim dengan majoriti 1,615. Al Fatihah. [wm.kl.9:00 12/02/11]

No comments: