Thursday, December 2, 2010

Penganugerahan

Haron Din Tokoh Maal Hijrah Selangor?

TIMBALAN Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din khabarnya akan dinobatkan sebagai tokoh Maal Hijrah negeri Selangor. Anugerah khas yang berupa sijil dan wang akan disampaikan sempena sambutan Maal Hijrah pada Selasa ini.

Pemilihan Dr Haron itu dilihat tepat. Penglibatan beliau dalam bidang dakwah Islamiah bukan baru. Lama sebelum ini semasa menjadi pensyarah di universiti beliau telah menaburkan segala khidmat baktinya khusus dalam bidang agama.

Ketokohan beliau juga tidak ada tolak banding. Selain aktif berdakwah beliau juga merupakan seorang pengamal perubatan Islam (sufi). Haron juga berjaya menulis dan menerbitkan tafisr penuh al-Quran di samping kitab perubatan Islam.

Kemampuan ini menjelaskan beliau seorang ilmuan kerana bukan calang-calang orang mampu mentafsir Quran. Mendahului pengumuman rasmi kerajaan Selangor saya mengalungkan ucapan tahniah dan syabas kepada beliau. [wm.kl.7:30 am 02/12/10]

5 comments:

abu muaz said...

sepatutnya sudah lama beliau memperolehinya.... tapi ketuanan umno tidak memungkinkan ini berlaku.

apapun tahniah Dato'

usin said...

aku setuju sgt dr haron din dipilih menjadi tokoh maal hijrah sgor. pd aku walaupun beliau adalah timbalan presiden pas, ttp beliau tidak terlalu terikut2 & taksub kpd kehendak parti membuta tuli. kehendak parti pd beliau mestilah seiring dgn kehendak agama Islam. beliau tidak tamakkan kuasa & pengaruh. pd beliau perjuangan adalah sesuatu yg suci bersih dan tidak semestinya membuahkan kejayaan sewaktu beliau hidup. tahniah dr. haron din.

MOHD HARIS said...

tahniah. pemilihan seorang calon yang hebat dan amat bersesuaian.

Aspirasi said...

Setuju.. syabas dan tahniah.. semoga dapat perbetulkan orang PAS..

anakzaman said...

Tuan MSO,

Sepatutnya Dr.Harun Din tokoh Maal Hijrah Malysia bukan Maal Hijrah Negeri Selangor.

Fahaman politik di Negara ini boleh menolak orang yang layak kepada orang yang mengampu buntut kerajaan atau tokoh yang banyak bercakap untuk kerajaan.