Saturday, May 29, 2010

Maklumat Ringkas dari Kota Bhjaru

Kongress PKR Di Kelantan

Kongres PKR ke 6 sedang berlangsung di Kota Bharu. Ketika ini Presiden Dr Wan Azizah sedang berucap merasmikan kongress. Kira kira 2,000 perwakilan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak hadir.

Seperti biasa para pemimpin komponen Pakatan hadir. Antara yang hadir, Mursyidul Am Pas Nik Aziz, Setiausaha Agung, Mustafa Ali, Husam Musa, Takyuddin Hassan dan lain lain.
Turut sama hadir pemimpin DAP Lim Kit Siang.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail keanggotaan PKR kini mencecah lebih 200 ribu.

Sempena kongres diadakan ceramah perdana. Malam ini ceramah perdana akan diadakan di Padang Perdana Kota Bharu.

Malam tadi ceramah diadakan di Tanah Merah dihadiri lebih 10 ribu.

3 comments:

Ustaz Haji Fikri Awang Al-Kelantani said...

Salam Tuan MSO... Kalau ceramah di Tanah Merah dihadiri 10 ribu... gelombang ini perlu dikekalkan. Bila kekal jawabnya UBN akan KO...insyaAllah

ANAFAKIR said...

Tahniah PAKATAN..teruskan menyusun strategi.Pedulikan tohmahan UBN tu.Mereka skrg dlm posisi bertahan dah.MIC menjadikan mereka sedikit kelam kabut...nama ANWAR begitu fobia buat mereka sdgkan makin diserang peribadinya makin kuat sokong org2 Cina terhadap Pakatan..PRU13 makin hampir.Kemaskan sistem pertahanan.Calon2 YB utk Pakatan terutama dari PKR perlu diteliti sebaik mungkin demi utk mempastikan kerajaan yg bakal ditubuhkan nanti kekal seperti Kelantan hari ini..bertahan melebihi 20 tahun.Teruji dan tahan diuji..

anakzaman said...

Tuan MSO
Saya harap tuan sertakan gambar perhimpunan tersebut agar rakyat,UBN, dan pengkhianat parti akan dapat melihat keadaan sebenar PKR.

Saya percaya ada pehak terlalu berharap parti tersebut berkubur bersama Anwar Ibrahim .

Dengan melihat gambar perhimpunan tersebut sekurang-kurangnya UBN akan menggelengkan kepala dan berdebar-debar menghadapi pilihanraya akan datang.

Terima kasih.blog tuan akhbar saya.