Thursday, February 11, 2010

Renungan Untuk Najib

Najib Jangan Sayang Bertompok

HARI ini perdana menteri, Najib Razak membuat lawatan ke Petaling Street. Lawatan itu adalah kali kedua sejak beliau jadi PM. Belum sampai 24 jam selepas beliau angakat sumpah sebagai PM beliau turun ke kawasan pelancongan dan lokasi perniagaan kaum Cina itu.
Beberapa hari lalu beliau melawat ke Kampung Baru, Kuala Lumpur. Tempat-tempat awam yang dilawati beliau ialah di perhentian bas Puduraya dan kawasan perniagaan India di Jalan Brickfield. Di situ ada pejabat persatuan Orang-Orang Buta, saya tidak tahu apakah Najib jenguk ke pejabat orang buta atau tidak.

Di Pekan usahlah cerita, anak Mak Limah hujung bendang beranak pun Najib pulang untuk melihatnya. Tidak kisah sebab itu pengundinya. Tidak pulang, pengundi akan lupa, bimbang takut jadi dalam pilihan raya 1999 dulu di mana Najib menang hanya kira-kira 240 undi sahaja. Itu pun di selamatkan oleh Orang Asli. Najib sudah hampir bungkus. Pengalaman iu cukup mengajar dan mengingatkan Najib betapa pengundi perlu diberi perhatian sepanjang masa.

Sebagai rakyat Malaysia saya bangga kalau pemimpin turun ke bawah jenguk longkang atau tenguk sawah yang kering kontang atau padi yang hampir masak tetapi dibaham benda peran. Itulah pemimpin yang prihatin dan mesra rakyat. Apa lagi Najib si anak bangsawan yang membesar dalam rumah dan melihat rakyat dari jendela kaca perlu banyak turun ke bawah.

Najib mungkin kenal pacat dan lintah tetapi Najib tidak pernah merasai bagaimana geli dan pedihnya digigit pacat dan lintah. Maka untuk menghayati penderitaan petani, nelayan dan buruh kampung Najib perlu kerap ke bawah dan bukan sekadar mendengar dan melihat laporan media massa.

Dengan cara itulah baru simpati dan pembelaan Najib akan jadi realistik. Membaca penderitaan Lahuma dan Jeha dalam “Ranjau Sepanjang Jalan” tidak sama dengan melihat Pak Tih Haji yang kena potong kaki akibat kencing manis yang tinggal di Kubang Kual, Kelantan. Kesakitan di luar lebih perit lagi dengan kesakitan dalam media cetak atau skrin tv.
Tenguk sendiri susah payah rakyat. Tenguk sendiri bagaimana berpeluh berpelai rakyat mencari makan untuk dapatkan seringgit dua. Masih ada rakyat bekerja leih 20 jam sehari, pendapatannya cuma RM15.00. Manakala yang lain pula bekerja hanya 20 jam seminggu pendapatan berjuta ringgit termasuk yang songlap duit negara.

Nasib itu adalah ketentuan dan pilihan manusia itu sendiri. Tetapi menjadi tanggungjawab pemimpin untuk membantu rakyat. Memberi ilmu, memberi formula dan memberi semangat dan modal untuk mereka berubah kehidupan mereka. Nama lagi pemimpin, ia kena memimpin rakyat yang tidak berkeupyaan.
Pemimpin yang hebat itu sama seperti pengasah besi tumpul menjadi senjata tajam. Keupayaan seseorang pemimpin terletak di sini. Kalau setakat jadi pemimpin untuk diayung, dipikul dan dipuja menerusi banner, billboard, papan iklan atau diarak dengan bunga manggar, itu bukan pemimpin yang boleh merubah kehidupan dan pemikiran rakyat. Apakah Najib mampu berbuat begiu?

Najib telah mempelopori pendekatan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. Kita berharap slogan itu lebih bererti dengan pelaksanaanya secara menyeluruh, tulus dan ikhlas dan tidak dijadikan retorik politik. Kalau slogan itu hanya untuk dipamer dan dibacakan oleh Rais Yatim setiap jam di radio ia tidak ke mana, ia tidak merubah bangsa dan negara ini ke arah kemajuan.

Di sini saya nak tanya atau nak kemukakan cadangan kepda Najib. Tidak mungkin beliau akan dapat round ke seluruh negara untuk menghayati slogan beliau itu, mendekati rakyat dan mengenali rakyat. Dalam sehari hanya ada 24 jam dan dalam sebulan hanya ada 30 hari. Malaysia terlalu luas. Tidak mungkin dalam janga masa dan waktu amat terhad itu beliau dapat pusing ke seluruh negara.

Makanya saya harap Najib dapat membuat tinjaun rambang ke kampung-kampung naif dan miskin yang ada di seluruh negara. Beliau boleh adakan lawatan mengejut tanpa diheboh-hebohkan terlebih dahulu. Jangan ada sambutan dan lawatan buatlah seolah-olah seperti untuk menyiasat.

Selalunya kalau pemimpin hendak turun ke luar bandar ia dihebohkan. Maka sibuklah pejabat daerah dan agensi kerajaan menyiapkan segala keperluan termasuk prasarana diperbaiki. Jalan yang berlubang diturap dengan tar. Cara ini tidak sesuai lagi. Biarlah pemimpin melihat sendiri bagaimana keadaan sebenar sesuatu tempat itu. Cara itulah baru realistik.

Berbalik kepada kunjungan Najib ke kawasan China Town hari ini apakah keperluannya sampai dua kali dalam masa tidak sampai dua tahun. Apakah Najib merasakan perlu memberi fokus lebih kepada para peniaga dan penduduk di situ.

Apakah kunjungan itu kerana politik nak ambil hari orang Cina? Hati orang kampung bagaimana. Ia kena juga kena ambil sama. Atau pun kerana hati orang kampung (kecil) mudah dipujuk maka ia tidak perlu diberi perhatian berlebihan. Mungkin orang Cina mempunyai aset dan dapat memberi pulangan kewangan banyak kepada negara maka mereka perlu diberi keutamaan. Begitukah?

Tetapi Najib perlu ingat bahawa nilai undi antara orang Cina dengan orang Melayu di kampung sama saja. Undi seorang korporat Cina sama saja dengan undi seorang petani yang capek dan kaki kudong di kampung. Sama-sama satu undi saja.

Pada saya rakyat yang perlu didahlukan ialah rakyat kampung. Mereka perlu ditenguk dan dimesrakan. Cara Najib mengujung Petaling Street itu bagi saya satu tindakan sayang bertompok kasih terpilih.

Benar Najib sudah ada 221 orang wakil di seluruh kawasan parlimen. Tetapi percayalah tindakan wakil-wakil itu, baik wakil rakya atau Pengarah DUN dan Parlimen tidak begitu berkesan. Bayangkan bagaimana untungnya rakyat setempat apabila Najib (perdana menteri) mengunjungi mereka. Sewaktu beliau kunjung ke Selangor, beliau meluluskan RM5 juta untuk baiki flat. Kunjung ke Kampung baru, lulus RM2 juta juga untuk baiki flat.

Rakyat nun jauh di kampung kediaman mereka lebih daif, busuk dan huduh dari itu. Masih ada orang kampung yang tidak memiliki tanah, memiliki rumah dan makanan pun sekali sehari. Orang-orang inilah yang sepatutnya menjadi tumpuan dan fokus Najib bukannya rakyat yang sudah ada perniagaan atau pun tempat untuk menjual CD haram, barangan tiruan yang tidak pun membayar cukai kepada kerajaan.

Saya yakin kalau Najib membuat tinjau ke kampung-kampung pedalaman sudah pasti rakyat akan mendapat rezeki tersepak hasil lawaan itu seperti mana yang berlaku di tempat-tempat lain yang beliau pernah kunjungi.

Untuk permulaan saya cadangkan kepada Najib buatlah lawatan ke daerah saya di Rantau Panjang, Kelantan. Tenguk keadaan peniaga di sana. Masalah sosial, penyeludupan, penagihan dadah dan sebagainya. Hampir suku generasi mudah di sana di baham najis haram syiatn dadah. Sikap mengatakan itu negeri Kelantan dan Pas parlu bertanggungjawab, sudah lapok. Kita sudah berada pada era politik tahap kedua moden di mana segala pembangunan rakyat perlu diberikan tanpa di batasi sepadan dan ideologi politik. Najib juga perlu kepada pendekatan, fahaman dan amalan politik baru.

Harapnya para pegawai Najib mengambil kira perkara ini. Kita mahu bukan saja orang Pekan, Petaling Street aau Kampung Baru yang puji Najib tetapi orang di hulu Kelantan, hulu Pahang, Hulu Terengganu atau Kuala Kedah juga memuji Najib sebagai perdana menteri berjiwa rakyat kalau beliau dapat memenuhi undangan ini! [wm.kl. 8:00 pm 11/02/10]

6 comments:

Faizal Tajudin said...

Amat bersetuju dengan pandangan tuan mengenai fokus yang seharusnya diberikan kepada mereka yang daif di "bawah" yang lebih memerlukan perhatian dari "atas".

Mungkin pendekatan yang PM lakukan ini sedikit sebanyak cuba untuk membuka mata dan hati YB-YB yang lain untuk turut serta membudayakan amalan turun ke bawah melihat sendiri isu dan permasalahan apa yang berlaku dalam kehidupan rakyat jelata. Saya fikir bukan YB sahaja, tetapi bos-bos di peringkat agensi dan jabatan sendiri pun patut sekali sekali buat 'spotcheck' di bawah melihat anak-anak buah.

Semoga lawatan yang dilakukan bukan sekadar lawatan seorang pemimpin semata-mata kepada rakyat dipimpin tetapi juga diharapkan dapat membawa impak dan kesan mendalam baik kepada membentuk jalinan hubungan bersama dan juga tindakan-tindakan selanjutnya yang perlu untuk membela nasib rakyat setempat.

ANAFAKIR said...

Tuan, memang begitu sikap UMNO.Mereka cuma mendekati mereka yg boleh membawa pulangan kepada keuntungan politik mereka semata-mata.Kasih sayang bertompok sudah sebati dengan UMNO sejak merdeka dan akhir-akhirnya semakin mencengkam sikap kasih demikian.

Mereka bukan ikhlas pun cuma sekadar ingin menampakkan keikhlasan kepada rakyat semata-mata.Media perdana akan membuat liputan, menemuramah beberapa orang penduduk seolah-olah mewakili semua rakyat yg tinggal di tempat tersebut.Sedangkan bila menteri atau pembesar pulang tinggallah rakyat dengan kawah gulai tidak berbasuh, khemah yang belum berbayar, rumah yg rosak kekal begitu untuk beberapa lama lagi, entah bila akan dibaiki.Umum peruntukkan itu modal politik, Jambatan Ke-2 Sultan Yahya dah hampir 5 tahun, patutnya lama dah siap tetapi sekarang masih merayap-rayap bergerak..

Media perdana akan memainkan lagu lama untuk melenakan rakyat sedangkan rizab negara pun makin tenat.Berapa banyak peruntukan untuk badan-badan kerajaan dikurangkan melebihi separuh..ada hati nak jalankan projek berbilion ringgit...peruntukan semasa mentadbir pun tenat.Sekejap kata duit tak ada, gaji polis boleh pulak dinaikkan.Bonus untuk kakitangan awam tidak diberi..sedangkan gaji tu seumur hidup lagi banyak perbelanjaannya.

Kerajaan memang pandai main, polis sudah 3 kali naik gaji dalam masa 5 tahun ni.Kejap-kejap naik gaji.Kenapa polis dijaga sebegitu rapi tu?.ada apa-apa ker?...benar kata tuan MSO, kasih sayang jangan bertompok, kelak undi pun bertompok-tompok...baru tau.

firdaus said...

ada masanya tidak perlu difikir pasal soal parti lagi

sekiranya PM Najib membaca nukilan tuan mso, mungkin sudah tiba masanya beliau memikir tentang batas seorang politican dan tentang batas seorang negarawan

sekiranya moto RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN menjadi azimat sudah sampai masanya bagi Najib mengotakan tanpa main-main lagi

ya memang orang kampung susah dan memang ada orang kampung masih tak bertanah...

mengenangkan Najib teringat tentang watak Harvey Dent dalam filem The Dark Knight diantara babak skripnya menyebut.. "sama ada anda mati sebagai hero atau hidup cukup lama untuk melihat diri sendiri menjadi penjahat"

Najib tak perlu rasa terikat kepada sesiapa lagi, sejarah kamu mungkin menjadi milik rakyat atau mungkin sebaliknya

janji mungkin mudah tapi kalau mulut dah berkata.........

Unknown said...

nak tanya,betul ker rumah flet yg rosak bumbung kat sgor adalah rumah kosong milik org yg berharta dan tujuan mereka beli rumah hanya utk disewakan..kalau begitu,kenapa krajaan bagi bantuan baiki rumah kpd mereka? byk lagi org kampong x de rumah n rumah yg lebih uzur keadaan.kerajaan x serius utk bela org miskin...

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Masa Najib ke Brickfields, dia tak melawat ke salah satu pejabat orang-orang buta pun walau pun di situ ada 3 pejabat yang berkaitan dengan orang buta iaitu Persatuan Bagi Orang-orang Buta (MAB), Pertubuhan Orang-orang Buta (SBM) dan Majlis Kebangsaan Orang-orang Buta Malaysia (NCBM). Setakat yang pernah sampai ke MAB adalah Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamed (sekarang Tun) ketika menjadi Perdana Menteri dan sempat juga membaca buku cerita untuk kanak-kanak buta. Seorang lagi adalah YAB datuk Hussin Onn tapi setelah jadi bekas Perdana menteri selain Sharizat Jalil.

Sebenarnya saya baru balik dari Kedah dan membuka blog tuan.

Unknown said...

berita malam tadi shafie apdal selaku menteri pembangunan luar bandan/wilayah bagitau..Najib akan mulakan lawatan2 ke kampung2 di luar bandar pula dalam masa terdekat selepas ini hehehehe..ntah2 pegawai2 dia baca blog MSO ni..pastu baru nak bawa najib lawat kg2 yg daif ni pulak...