Wednesday, January 13, 2010

Reileks Minda

Kepercayaan Kepada Orang Politik Untuk Jaga Agama & Bangsa Tidak Sampai 50%

KEPERCAYAAN atau keyakinan terhadap orang politik untuk menjaga kedaulatan agama dan bangsa ternyata tipis sekali. Dalam poll yang dilancarkan seminggu lalu di blog ini dari seramai 804 penjenguk yang mengambil bahagian sebanyak 227 (34%) telah memberi keyakinan di bawah 24% kepada orang politik boleh diharap menjaga agama dan bangsa.

Sebanyak 184 (22%) pula meletakkan kepercayaan dibawah 25% hingga 40% terhadap orang politik mampu atau boleh diharap untuk menjaga agama dan bangsa.

Sebanyak 148 (18%) pula menyatakan keyakinan mereka antara 40% hingga 70% kepada orang politik mampu menjaga agama dan bangsa.

Manakala mereka yang meletakkan kepacayaan melebihi 71% hingga 90% sebanyak 195 (24%), di mana kurang 10% daripada mereka yang menyakini kepada orang politik di bawah 24%.

Dari poll ringkas ini dapat dirumuskan bahawa kepercayaan dan keyakinan kepada orang politik untuk diserahkan tanggungjawab dan amanah agama dan bangsa membimbangkan. Justeru satu wadah dan mekanisme baru mungkin perlu difikir untuk diharap memikul amanah dan tanggungjawab untuk mendaulatan agama dan bangsa.

Terima kaish kepada penjenguk yang ikhlas dan jujur mengambil bahagian. [wm.kl. 8:40 pm 12/01/10]

1 comment:

Mohd Shahrizal said...

Kembalikan sistem kekhalifahan islam di bumi islam ini... Demokrasi warisan penjajah bukanlah jawapan dalam mempertahankan bangsa dan agama dizaman yang serba-seribinya mencabar ini...