Wednesday, January 20, 2010

Celoteh Murai 61

Hanya Buaya Makan Bangkai

PETANG semalam Murai terima satu SMS dari seorang kawan bergelar Datuk dari Kelantan. Dia memberi tahu mengenai satu ceramah bertajuk Royaliti Minyak akan diadakan di perkarangan Sekolah Menengah Panji, Kota Bharu pada 26 Januari. Penceramahnya 'Tok Empat Umno' Kelantan, Mustapa Mohamed, Awang Adek Hussein dan Ibrahim Ali.

Begitu terbaca nama Ibrahim Ali, Murai jadi terperagah dan tidak percaya. Murai hubungi sebelum Datuk berkenaan mengesahkan akan nama itu apakah dia adalah ahli parlimen bebas dari Pasir Mas? Kata Datuk itu, ya dia adalah Ibrahim Ali. Menurutnya dia forward SMS itu yang dikirimkan oleh pegawai Awang Adek.

Murai mengangguk-angguk sendiri apabila menerima pengesahan Ibrahim itu adalah Ibrahim Ali, yang Murai kenal sedikit sebanyak. Murai tidak mahu mempersoalkan lagi tentang kesucian dan kekotoran diri dan gaya Ibrahim berpolitik. Sebab seluruh dunia sudah mengetahui dan mengenalinya. Dia adalah seorang munafik politik nombor wahid.

Apa yang Murai rasa bingung bercampur lucu, macam mana dia boleh duduk serakit pula dengan Mustapa dan Awang Adek Hussein. Bukankah sebelum ini dia telah memaki hamun Mustapa berbakul-bakul ekoran dia kena lucut jawatan Ketua Umno Pasir Mas tahun 2004. Apa yang Ibrahim tidak kata dan kecam Mustapa ketika itu. Semuanya termaktub dalam sebuah buku berjudul "Delima Neraca Retak".

Begitu juga dengan Awang Adek. Semasa dia berceramah atas pentas Pas di Bachok apa yang dia tidak kecam dan baham Awang Adek. Ibrahimlah yang membuka cerita Awang Adek sukakan ceruk dan.... . Gara-gara dia membuka ceritalah menyebabkan rahsia Awang Adek terbongkar dan dijadikan isu menyebabkan Awang Adek kalah di kedua-dua kerusi yang ditandinginya.

Dalam minda orang biasa adalah anih dengan apa yang berlaku itu. Seorang yang mengkritik hebat seseorang yang lain boleh duduk atas satu pentas untuk menghadapi musuh besama. Tetapi bagi ahli politik dan dunia politik keadaan itu sudah biasa. Bergaduh dan berbaik sudah jadi budaya macam anak-anak kera atas hutan gelang. Orang politik tidak menyimpan dendam sesamanya asalkan 'rancangan' baru mendapat keuntungan bersama.

Sebab itu bagi Murai, Murai tidak percaya kepada orang politik! Sebahagian besarnya munafik.

Bagaimana pun dari moral politik, Murai rasa tindakan Umno itu tidak begitu praktikal. Kalau pun Ibrahim dapat memberi sumbangan modal ceramah kepada Umno, kalau Umno menilai dari sudut moral parti itu tidak spatutnya mengundang Ibrahim berceramah sekali dengannya. Hanya parti yang tidak ada moral saja akan menggunakan orang yang buruk moral.

Umno lebih mengetahui akan perangai dan tindak tanduk Ibrahim. Umno tahu di mana busuk dan di mana bernanah. Kalau Umno tetap juga sudi menggunakan Ibrahim sebagai modal, maka nampak benarlah Umno tidak ada moral sampai sanggup menjadi bangkai sebagai umpan ceramah.

Apakah Umno mengira dengan mengudang Ibrahim ia mampu menarik pendengar? Rasanya penilaian ini salah. Kehadiran Ibrahim dalam ceramah seperti itu menyebabkan orang ramai merasaa geli untuk hadir kerana mereka sudah tahu dan kenal sangat dengan diri Ibrahim.
Kalau di negera luar, Uganda, Nepal ataupun Surinam mungkin mereka dapat menerima Ibrahim kerana kebanyakan orang di negara berkenaan belum mengenali latar belakang Ibrhaim yang sebenarnya. Tetapi kalau di Malaysia Ibrahim bukan saja menjadi liabiliti kepada Umno tetapi kepada semua parti politik yang didekatinya.

Murai rasa adalah baik untuk Umno memikirkan semula untuk menggunakan Ibrahim sebagai umpan. Umno juga perlu tahu kalau bangkai dijadikan umpan yang akan memakannya nanti hanya biawak dan buaya sahaja. Apakah ahli Umno kini sudah bertukar menjadi species itu?

Murai: Akan hadir ke Stadium untuk dengar Tengku Razaleigh bersyarah.

1 comment:

bat8 said...

Tuan MSO

Begitulah hebat dan tak cerdiknya pemimpin-pemimpin UMNo Kelantan.Beginilah stail politik mereka,macam budak-budak tadika.

Ambo difahamkan ceramah mereka adalah untuk menerangkan dan belawok mengapa kelantan tak berhak mendapat royalti petronas. Bijak!...bijak! puok UMNO Kelantan.

Kalau inilah stail politik UMNO kelantan, kira cop jarilah UMNO kelantan jadi pembangkang selamanya. Dan tempat paling sesuai untuk mereka hanya menjadi pembangkang.

Jika diberi peluang menubuhkan kerajaan negeri, malanglah rakyat kelantan. Arah dan halatuju negeri tampak jelas yang kelantan akan mengantikan sabah sebagai negeri paling miskin di negara ini.

bat8