Friday, December 11, 2009

Berita Pagi

Adun Melor Di Bawa Pulang Hari Ini

ADUN Melor, Wan Ismail Wan Jusoh yang dimasukkan ke hospital Azaziah di Makkah akan dibawa pulang ke Malaysia hari ini.

Menurut Adun Semerak, Wan Hassan Ibrahim yang menghubungi saya untuk mengundang kenduri kahwin anaknya besok sekejap tadi, memaklumkan Wan Ismail akan tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa dari KLIA, kira-kira jam 12:00 tengah hari ini.

Menurutnya Wan Ismail akan terus dibawa ke hospital Kota Bharu sejurus tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu.

Wan Ismail yang menunaikan fardu Haji serang Hepatatis B semasa mengerjakan rukun Islam kelima itu. Beliau dimasukan ke hospital Azaziah di Makkah. Wan Ismail antara lima orang Adun Kelantan yang menunaikan haji tahun ini. Mereka termasuk Sepaker, Nasaruddin Daud (Meranti), Drs Zainuddin Awang Hamat (Limbongan), Abdul Latiff Abdul Rahman (Mengkebang), Abdullah Yaacob (Air Lanas).

Keadaan Wan Ismail yang uzur itu telah dimanipulasikan oleh pihak tertentu beberapa minggu selepas ini.

Sehinggalah ia dijelaskan oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat yang memaklumkan keadaan Wan Ismail terkawal. [wm.kl.10:25 am 11/12/09]

No comments: