Tuesday, May 12, 2009

Perkembangan Dari Ipoh

Daripada Bawah Pokok Ke Bangunan Batu

BUKAN mimpi tetapi realiti. Selepas bersidang di bawah Pokok Demokrasi, kini Menteri Besar Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin bersama para Exconya dan bekas spekaer Sivakumar telah memasuki semula ke bangunan batu di mana tempat urusan pentadbiran kerajaan Perak yang mereka duduki sebelum ini.

Nizar bersama Exco dan speaker memasuki bangunan itu bagi menjalankan tugas rasmi sebagai MB jam 8:15 pagi tadi. Ratusan polis mengawal bangunan berkenaan sejak pagi semalam bagi menghadapi kemungkinan tidak di ini akan berlaku.

Malam tadi Nizar bersama Exco mengadakan mesyuarat Exco pertama pasca rampasan kuasa di pejabat Pas yang terletak berdekatan SUK. Mesyuarat itu dibuat selepas kurang 10 jam selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengistharkan Nizar adalah sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Nizar hanya memasuki seketika saja ke pejabat dan kini beliau berada di istana Iskandariah untuk menghadiri majlis penganugerahan pingat dan bintang oleh pemangku Raja. Adalah dijangka beliau juga akan memohon untuk menghadap Sultan Perak hari ini.

Sekenbali semula ke pejabat hari ini Nizar dijangka memperbetulkan semula beberapa keputusan yang dibuat oleh bekas Menteri Besar UBN, Zambry Abdul Kadir sejak dua bulan lalu.

Agenda utama Nizar pagi ini ialah memohon untuk menghadap Sultan Perak, bagi memohon agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya diadakan.

Permohonan untuk membubarkan DUN adalah antara resolusi yang diputuskan dalam sdiang DUN dibawah pokok demokrasi tempoh hari.

Sementara itu ada baiknya juga bagi Nizar dan Exconya yang kini mempunyai kuasa penuh terhadap pentadbiran Perak memasang kembali plak pokok demorkasi yang dirobohkan oleh kerajaan pimpinan Zambry tempoh hari.

Pembinaan itu akan menjadi kenangan kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan menandakan kerajaan Pakatan Rakyat berkuasa semula di Perak. [wm.kl. 9:20 am 12/05/09]

No comments: