Wednesday, May 6, 2009

Berita Panas

Mohammad Sabu Dicekup Polis

NAIB Presiden Pas, Mohammad Sabu ditangkap polis kira-kira jam 3:00 petang tadi. Tangkapan dilakukan oleh sepasukan polis yang berpakaian biasa di hadapan sebuah restoran berhampiran hospital Tawakal di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Mohammad dikatakan baru saja keluar dari sebuah kedai mamak selepas makan tengah hari dan ditangkap sebaik beliau ingin menyemberang untuk menuju ke pejabat Setiausaha Agung Pas, Kamaruddin Jaafar yang terletak kira-kira 300 meter dari situ.

Tangkapan itu menjadi perhatian para pelanggan dua restoran berdekatan. Orang ramai juga panik dan terkejut dengan cara polis memberkas Mohammad.

Ketika kejadian itu, berkebetulan Ketua Pemuda Pas, Sallahuddin Ayub bersama seorang rakan bernama Ali Maidin berada di restoran berdekatan dan bergegas mendapatkan Mohammad apabila mendengar jeritannya yang menmberi tahu ditangkap polis.

Menurut saksi mata, dua orang anggota polis berbadan tegak menarik tangan Mohammad dan menolak masuk ke dalam kereta Toyata berwarna putih. Di dalam kereta sedia menunggu dua orang anggota lain termasuk perempuan.

Sallahuddin dan Ali cuba menyelamatkan Mohahmmad tetapi gagal.

Sallahuddin yang ditemui selepas itu menceritakan kejadian ala-ala drama itu dalam tempoh tidak sampai lima minit. Beliau yang sempat bertarik tangan dengan polis untuk menyelamatkan Mohamad menunjukkan lengannya yang merah dan lebam.

Penangkapan Mohammad dipercayai ada kena mengena dengan rencana tunjuk perasaan memprotes sidang DUN Perak esok. Malam tadi seorang aktivis sosial Wong Chin Huat telah ditangkap di bawah akta Hasutan 1948 dikatakan berhubung tunjuk perasaan berkenaan. [jln pahang 4:14 pm 06/05/09]

No comments: