Wednesday, May 27, 2009

Celoteh Murai 47

Dari Mogok Lapar Lebih Baik Berpuasa

MURAI tidak sempat untuk terbang ke Ipoh untuk tengok aksi mogok lapar yang dianjurkan oleh Adun Pakatan Rakyat semalam. Murai dok sibuk dan menanti-nanti rancangan Hujah di sebuah setesen tv yang melibatkan dua orang Naib Presiden parti politik terbesar di Tanah Melayu ini. Jadi peristiwa di Ipoh itu terlepas, dan harapan pada rancangan Hujah itu juga terlucut (kecewa) kerana kedua ahli panelnya takut untuk berdepan!


Cerita mengenai mogok ini Murai tahu apabila membaca surat khabar pagi ini. Katanya 19 orang ditangkap kerana mengadakan mogok lopar disebabkan tidak ada permit. Apa... nak ada mogok lapar pun perlukan permit juga ke? Kalau Murai jadi polis, Murai akan biarkan saja, sebab sejauh mana sangat orang lapar nak bertindak, mengganas dan menganggu orang lain.

Tangkap orang lemah tidak hebat dan tidak bersohor sebaliknya al dayusi!

Paling-paling tidak, mereka boleh mengganas beberapa jam saja, lepas tu bila tubuh lemah longlai dan tengok haus maus, maka jatuh bercelabahlah mereka.

Tapi Murai sendiri pun tidak faham dengan acara mogok lapar ni. Apakah dia seperti puasa? Kalau seperti puasa ia kena menahan lapar dan dahaga dari Imsyak sampailah ke waktu Maghrib. Dan orang berpuasa tidaklah pula digalakkan melakukan kerja-kerja seperti tunjuk perasaan, tetapi lebih dianjurkan agar beribadat membaca Quran atau pun mengunjungi tanah-tanah perkuburan supaya menginsafkan diri.

Adapun tujuan mogok lapar itu maksudnya untuk mendesak agar DUN Perak di bubarkan. Pelik juga Murai mengira hal ini. Kenapa harus kena buat mogok lapar baru DUN nak dibubarkan. Apakah pihak Sultan akan kesian apabila melihat ramai orang berlapar sehingga terpaksa membubarkan DUN. Macam mana kalau Sultan buat-buat buta saja...

Pada Murai kalau tujuan mogok itu untuk menimbulkan belas kasihan Sultan sehingga memaksa bubar DUN kenapa diadakan 72 jam saja. Sebaliknya biarlah bermogok selama selagi DUN tidak dibubarkan. Rasanya itu lebih afdal dan banyak pahalanya kalau berbuat begitu.

Barang kali para ulama boleh memberi pandangan atau mencari kaedah bagaimana hendak margekan antara mogok lapar dengan puasa. Dengan berbuat begitu dua kebaikan serentak didapati; DUN dibubarkan, pahala di akhirat pula diperolehi.

Makanya bagi mereka bukan beragama Islam boleh mogok dan bagi Adun beragama Islam pula boleh juga mogok berserta dengan puasa sekali!

Murai: Menanti fatwa dari Nik Aziz mengenai perihal mogok lapar dan puasa ini!

1 comment:

Syah said...

Mogok lapar adalah mogok yg plg lawak pernah sy dengar seumur hidup sy dan hari ini pakatan yg sy sokong dah buat perkara tu. Sungguh tak bijak.

Menahan diri dari mendapatkan sumber tenaga kerana mendesak terhadap sesuatu. Kalau dah takda tenaga nanti, nak buat apa pun payah. Memang lawak. Mogok kencing yang macam Shin Chan buat taknak cuba ke?

Puasa sunat memang bagus. Tapi kalau niatnya untuk mendesak pembubaran DUN, masihkah boleh dianggap bagus? Mulut boleh kata niatnya ibadah tapi yg sebenarnya?

Pakatan rakyat sedang dapat simpati dan sokongan rakyat sekarang. Namun, tindakan2 seperti ini buatkan pakatan ini seperti sangat kurang matang.

Sekian, dari rakyat biasa yang biasa makan dan minum kat kedai2 murah je ni. Bukannya kt hotel2.

Wassalam.