Friday, March 13, 2009

Selingan Rasa

Senang Hati Tengok Azmil Pakai Jubah

KERANA ghairah mengintip gerak geri Abdullah Ahmad Badawi dan Anwar Ibrahim selama berada di Madrasah Zuwiyah Nurul Iman, Selasa lalu menyebabkan saya terlupa untuk mencatat sesuatu mengenai seorang insan artis bernama Azmil Mustafa. Sebenarnya perkembangan pada diri Azmil lebih istimewa dan lebih berharga daripada pertemuan antara kedua negarawan itu.

Azmil pelakon popular tahun-tahun 80-an pernah menjadi pasangan ideal bersama Fauziah Ahmad Daud (Ogy) dalam filem Ali Setan, 1, juga hadir sama ke majlis berkenaan. Azmil yang diberitakan sudah meninggalkan seni lakonan dan mengubah corak kehidupan dan gaya pakaian (berjubah dan berserban) dengan mendekati diri kepada Allah dan menerjunkan diri ke alam dakwah.

Saya bernasib baik pada hari itu ditempatkan sebaris dengannya di ruang tetamu khas kemudian bertemu pula di meja makan yang sama. Kesempatan yang ringkas itu sempatlah saya bertanya serba sedikit mengenai perkembangan dirinya kini. Penilaian spontan saya mengenai Azmil dia seorang yang ramah dan mudah diajak berbual. Dia juga berterus terang mengenai dirinya.

Azmil kini tinggal di Damaskus, Syaria. Menurutnya beliau ke sana dalam rangka mendalami ilmu agama serta belajar bahasa Arab. Menurutnya tidak ada sesiapa yang membiayai beliau di sana dan semuanya, makan minum dan perbelanjaan lain ditanggung oleh Allah taala.

"Tidak ada sapa-sapa sponsor, semuanya saya serahkan kepada Allah. InsyaAllah kalau kita yakin semuanya selesai. Serah diri kepada Allah," ujarnya.

Saya kagum dengan pendirian dan keyakinan Azmil kepada Rahman dan Rahim Tuhan. Beliau di Syaria bukan bersendiri sebaliknya anak dan isteri turut dibawa sana. Calang-calang orang dapat melakukan seperti apa yang dibuat Azmil itu. Dia bukan saja menjaga nyawanya seorang tetapi nyawa anak-anak dan isteri juga.

Untuk beberapa hari ini beliau berada di Malaysia, pulang semata-mata untuk menyertai himpunan para wali di Zuwiyah Nurul Iman di Hulu Langat itu.

Ditanya apakah beliau akan terus meninggalkan dunia lakonan yang memperkenalkan dirinya itu, Azmi menjelaskan: "kalau ada tawaran untuk filem yang sesuai dengan cara hidup saya kini, insyaAllah saya akan menerimanya."

Mudah-mudahan Azmil akan istiqamah dengan ciri kehidupannya hari ini. Dan didoakan juga selepas kembali ke tanah air apabila menamatkan pengajian beliau akan mendapat tawaran berlakon dalam filem yang secocok dengannya itu. Orang berbakat macam Azmil rugi kalau meninggalkan senbi lakon kerana seni lakon juga merupakan medium untuk berdakwah. [wm.kl 3:45 pm 13/03/09]

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah Azmil telah berubah wajah dan haluan hidup daripada seorang pelakon kepada orang yang suka mendalami ilmu Allah.

Saya pernah bertemu beliau di Kompleks PKNS Shah Alam. Alhmamduillah orangnya peramah dan cukup mesra.

Harapan saya semoga beliau terus istiqamah dengan cara hidup yang macam ini. Jangan jadi macam pasangan beliau (Ogy Ammad Daud) dalam filem dulu terus hanyut dengan dunia hiburan, dulu pandai pakai tudung labuh tapi sekarang hanya pakai mini tudung sahaja untuk tutup rambut. Telinga dan leher terus bogel...



So good luck for Sdr. Azmil....

En.Ilyasak said...

Alangkah bagus jika ada gabungan tenaga Erma Fatimah, Ahmad Yatim, Azmil Mustafa dan lain-lain karyawan untuk mengangkat dan membersih filem Melayu dari noda-noda maksiat.

Cuma sedih sikit bila dapat reaksi Erma Fatimah terhadap teater Sirah Rasulullah: Munajat Cinta masih kurang khalayak katanya. Mungkin kurang promosi dan sokongan media berbanding dengan teater PGH oleh Tiara Jac.

Bangga dengan Filem Sang Murabbi, jika kena gaya filem dakwah dapat menembusi pasaran dunia Islam kerana sentimen Islam ialah mesej dan kualitinya bukannya medium itu semata. Lihatlah bagaimana Raihan terkenal seantero dunia, kalau di Indon kumpulan Raihan sudah diterima dengan meluas - Raihan tidak menghadapi masalah seperti artis-artis Melayu yang lain terlalak-lalak mahu menyekat artis Indon lantaran kerana filem Melayu tidak dapat menembsui pasaran Indon.

WaLlahua'lam