Wednesday, March 18, 2009

Selepas Subuh

Luapan Kemarahan Kepada Lembaga Disiplin Umno

“Keputusan Lembaga Disipin gila babi? Begitulah hembur seorang ahli Umno disebuah kedai kopi sekejap tadi. “Kenapa pula?” tanya kawannya yang baru menarik kerusi untuk duduk dan sedikit terkejut.

“Gila babi,” ulang lagi. Suaranya agak kuat menyebabkan dua tiga orang yang minum terkejut lalu menoleh ke arahnya. Wajahnya juga nampak sebam, kesal dan marah sungguh.

Saya tergaman dan hanya diam sambil curi menjeling ke arahnya untuk melihat reaksinya. Ahli Umno itu terus membebel sesuka hatinya tanpa mempedulikan orang ramai. Mungkin dia adalah penyokong calon timbalan presiden Umno Mohd Ali Rustam yang dihalang bertanding jawatan itu minggu depan.

**

Sampai di rumah seorang kawan telefon. “Apa nak jadi Ti dengan Umno ni, nampaknya semakin kacau... dah ni,” kata pemanggil itu juga merujukkan kepada keputusan Lembaga Disiplin Umno petang tadi.

“Apakah ada orang tertentu di sebalik keputusan itu? I tidak fikir begitu keputusan lembaga itu,?” pemanggil itu cuba mempersoalkan dan menimbulkan spekulasi lain. Dia mahu menarik perhatian saya.

“You agak-agak siapa di belakangnya?” tanya pemanggil itu lagi menduga akal saya. Saya tidak menjawab dan membiarkan dia memberi andaiannya.

“I fikir Tun Mahathir di belakang lembaga disiplin itu. Tenguklah apa yang berlaku kepada Khiry Jamaluddin... didapati bersalah tetapi dibenarkan bertanding. Cara itu jelas untuk memburukkan imej dan reputasi Khairy. Manakala anaknya pula (Mukhriz) akan dilihat bersih sebersihnya," kata pemanggil itu yang juga kawan bloger. Saya tidak berhajat untuk komen dan terjerumus dalam spekulasi beliau itu.

Saya mahu membaca kupasan dan ulasannya dalam blognya mengenai hal itu.

**
Selepas itu masuk pula satu lagi penggilan. Kali ini jauh dari Kota Bharu Kelantan. “Kawan nak minta demo tulis apa yang kawan nak kata ni. Demo tolong royak kepada pemimpin Umno bubar saja Lembaga Disiplin itu, tidak guna lagi....”

“Untuk apa kalau ia (lembaga disiplin) setakat nak jadi wak yek... kepada pihak tertentu, bertindak tidak adil. Tidak guna langsung. Hari ni orang dah malu nak mengaku dia ahli Umno dengan apa yang berlaku itu,” katanya semacam tidak ada nokhtah untuk bercakap.

"Ali seorang saja ke main duti, orang lain tak main duit, Muhyiddin, Mukhriz dan lain-lain," soalnya.

Pemanggil ini yang juga ahli Umno tegar marah sungguh dengan keputusan lembaga disiplin itu dengan menyifatkan ia tidak adil dan satu tektik untuk mengalahkan calon lain dan memenangkan calon lain.

“Kalau Umno nak sangat Khairy Jamaluddin kalah, kenapa diberikan amaran dan dibenarkan bertanding, halang terus.... tak payah diberikan amaran. Dengan cara beri amaran itu adalah cara halus yang boleh difahami semua orang yang Umno bencikan kepada Khairy?” ujarnya.

Soalnya pula bila Khir Toyo disiasat tetapi didapati tidak bersalah ia cuba menampakkan Khir Toyo yang bersih manakala Khairy jahat.

“Demo tulis kata kawan kata, kalau Umno tidak mahu bubar lembaga displin itu, Umno sendiriyang kena dibubarkan. Hancurkan Umno....," katanya.

Beliau lantas mencadangkan perhimpunan agung Umno minggu depan hendaklah mengemukakan usul tergempar supaya diadakan perhimpunan khas untuk membubarkan Umno.

"Umno tak payahlah ada lagi, kawan sebagai ahli Umno malu kalau hendak mengaku ahli Umno hari ini," jelasnya.

**

Ketiga versi atau cerita itu semuanya menunjukkan isi hati kemarahan dan rasa tidak puas hati kepada keputusan lembaga disiplin Umno. Semua dapat merasakan bahawa tindakan lembaga disiplin yang sepatutnya adil, telah menjadi tidak adil dan menjadi brua kepada satu pihak.

Saya pasti pertikaian itu akan meluas lagi hari ini. Ia tidak akan reda sehingga menjelang perhimpunan agung Umno. Ramalan saya mengatakan perhimpunan agung Umno kali ini huruhara nampaknya akan menjadi kenyataan.

Apakah Mohd Ali Rustam yang menjadi mangsa lembaga itu akan tenang? Apakah beliau akan merasa terpujuk dengan harapan Najib Razak yang meminta secara diplomasi agar beliau menerima keputusan itu?

Kata Najib, Ali seorang ahli yang setia kepada parti. Kata-kata dan pujukan Najib itu menjelaskan ada sesuatu yang tidak kena yang Umno lakukan menerusi lembaga disiplin kepada Ketua Menteri Melaka itu.

Sama-samalah kita tunggu perkembangan seterusnya esok. [wm.kl. 3:00 am 18/03/09]

No comments: