Sunday, February 15, 2009

Ulasan Isu

Mansuhkan PPSMI
Kenapa Gapena Tidak Bergabung Dengan GMP?


TAHNIAH dan syabas diucapkan kepada Gabungan Pernulis Nasional (Gapena) kerana telah mengotakan kata-katanya semalam untuk membuat laporan polis hari ini berhubung desakan memansuhkan PPSMI. Gapena dengan diketuai Ketuan 1, Ismail Hussein dan diiringi 20 tokoh bahasan dan penulisan telah membuat laporan polis berhubung penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik (PPSMI).

Laporan itu dilihat langkah paling berani dan serius Gapena setakat ini berhubung usaha bagi memansuhkan PPSMI. Sebelum ini Gapena bercadang untuk membawa kerajaan ke mahkamah berhubung PPSMI. Gapena memberi tempoh sehingga 31 Disember untuk kerajaan memansuhkannya jika tidak kerajaan akan berhadapan dengan mahkamah.

Bagaimana pun cadangan itu diralat oleh Gapena dengan alasan pihaknya ada cara tersendiri. Sebagai badan yang berhubung rapat dengan kerajaan (dan juga mendapat kontrak kerajaan) Gapena nampaknya berlunak dalam menyentuh apa-apa juga isu yang membabitkan kerajaan. Laporan polis itu mungkin adalah langkah yang tersendiri dimaksudkan Gapena.

Sewajarnya kalau Gapena mengambil tanggungjawab ini memandangkan badan itu mempunyai tanggungjawab sosial dan menjadi badan yang dipercaya tinggi masyarakat dalam hal ehwal bahasa dan sastera di negara ini. Ia juga mempunyai pengaruh luas memandangkan kerabat gabunganya wujud di seluruh negara.

Gapena patut memperjaungnya sejak awal-awal lagi. Tetapi sayang selama ini Gapena tampak teragak-agak dan lebih banyak memerhati sejauh mana keberkesanan dan bahayanya PPSMI itu kepada kedaulatan bahasa Melayu.

Dengan laporan polis hari ini, yang saya kira sebagai formaliti sahaja Gapena terus menggerakan perjuangan untuk memansuhkan PPSMI. Segala kelemahan dan kepincangan serta implikasinya sudah pun diketahui ramai. Adalah diharap selepas ini Gapena tidak akan surut ke belakang lagi. Waima Gapena mendapat teguran dan ancaman dari mana-mana pihak atau mendapat tambahan kontrak Gapena hendaknya terus dengan niat sucinya itu. Para pendokong Gapena harus meletakkan kepentingan bahasa jauh lebih penting daripada hal-hal lain!

Mungkin dalam memastikan PPSMI ini akan dihapuskan Gapena boleh bergerak serentak dan duduk sekali dengan NGO bernama Gerakan Memansukan PPSMI - GPM yang diketaui oleh bekas Pengarah DBP, Dr Hassan Ahmad.

GMP telah pun mernancang untuk mengadakan perarakan 100,000 ala Bersih pada 7 Mac depan. Adalah elok kalau Gaperna ikut sama atau bergabung dengan GMP. Sudah tentu kalau Gapena bergabung perarakan itu akan menjadi lebih besar dan ia akan lebih menggerunkan lagi pihak kerjaaan dan ini akan mempercepatkan lagi pemansuhan PPSMI itu.

Saya tidak faham kenapa mereka tidak boleh bergabung di antara satu sama lain, ataupun ia satu strategi politik orang-orang sastera?

Cuma apa yang membimbangkan saya bila wujud dua kumpulan takut ia akan dijadikan alasan oleh kerajaan untuk melengah-lengkah desakan itu. Mungkin kerajaan akan menjadikan alasan dengan menyifatkan dengan wujud dua kumpulan itu menyebabkan desakan itu tidak sekata atau perlu disegerakan.

Begitu juga masyarakat di luar, mungkin tertanya-tanya kenapa ada dua kumpulan yang nampak berbeza dalam hal ini. Sekilas pandang kedua badan itu GMP dan Gapena semacam sedang bertarik tali pula untuk menonjolkan diri merekalah yang wira dalam desakan itu.

Saya rasa saya seorang beranggapan demikian. Hendaknya kedua usaha badan itu ikhlas dan benar dan ia akan mencapai maksudnya seperti mana dirancangkan. Kalaulah selepas ini PPSMI masih diteruskan juga ini bermakan dua ekor gajah tidak boleh menumbangkan seekor kancil yang cerdik. [d' kota kl 5:40 pm 15/02/09]

2 comments:

Anonymous said...

As-Salam MSO,

Isu bahasa ni sepatutnya dari dulu telah di bangkang sehabis-sehabisnya. Tapi mengapa baru kini suara membantah tu baru kuat? Mengapa tidak dulu semasa Dr. M memperkenalkannya dulu? Sekarang ni dah tak boleh nak buat apa-apa le. Di telan mati emak, diluah mati bapak. Duit dah beribu dan berjuta dalam menghasilkan projek ni. Hasil pulak kelabu asap. Yang susah anak-anak bangsa. Bila dah tergantuk baru nak terngadah. Apa ke barangnya?

Anonymous said...

Salam.
PPSMI perlu dimansuhkan. Gapena dan GMP usaha sungguh-sungguh.Jangan ubah suai dasarnya, bukan mansuh namanya. Ikut sunah nabi. Nabi membangunkan rakyat dengan bahasa Arab yang difahami oleh bangsanya.