Thursday, January 15, 2009

Dari Kuala Ke Kuala 8

GPM Serah Memorandum Kepada Calon Pas

PAGI tadi bertempat di perkarangan pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Terengganu telah berlangsung majlis penyerahan memorandum memansuhkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) dalam bahasa Inggeris oleh sebuah NGO Gerakan Memansuhkan PPSMI atau GMP kepada calon Pas Abdul Wahid Endut.

Memorandum itu diserahkan oleh Prof Sharir Mohamad Zain yang juga selaku Timbalan Ketua GMP sebagai mewakili ketuanya Hassan Ahmad yang tidak dapat hadir. Hassan yang mulanya dilaporkan akan hadir untuk menyerah memorandum itu. Semua kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat dari Pas dan PKR hadir termasuk Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, Penasihat PKR Anwar Ibrahim. Turut hadir sama pemimpin DAP.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim juga kebetulan berada di Terengganu untuk memberi sokongan kepada calon Pas juga turut hadir sama.

Memorandum itu juga sebagai simbolik sebagai tugasan pertama Abdul Wahid sekiranya beliau terpilih menjadi ahli Parlimen pada Sabtu ini.

Perjuangan mendesak kerajaan agar memansuhkan PPSMI digerakan oleh pelbagai NGO yang merasakan PPSMI membunuh kedaulatan bahasa Melayu. Berikut disiarkan gambar di sekitar penyerahan memorandum berkenaan yang dirakam oleh Zamazarina dan dikirimkan lewat petang ini. [wm.kl 4:00 pm 15/01/09]




No comments: