Tuesday, October 7, 2008

Rencana Khas

Abdullah Perlu Sokong Tengku Razaleigh Lawan Najib

MSO

DENGAN meletakan Abdullah Ahmad Badawi akan mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno yang dianugerahkan Mahathir Mohamad kepadanya itu ia membuka ruang pertarungan menarik. Pertarungan kelak membuka dimensi baru kepada Umno yang sangat memerlukan perubahan menyakinkan.

Sekiranya Abdullah benar tidak yakin beliau akan mendapat pencalonan, dan bagi mengelakkan ditimpa malu besar pasti beliau akan mengaku kalah sebelum menjejak kaki ke gelanggan esok – beliau umum tidak akan mempertahankan jawatan Pressiden.

Bagaimana pun ada berita mengatakan Abdullah cuba menjaga maruah dan kuasanya pada saat-saat akhir. Sewaktu rencana ini ditulis para pendokong Abdullah dikatakan masih berusaha keras untuk memastikan pencalonan untuk Abdullah mencukupi. Kerja memujuk ataupun menyakinkan Abdullah juga sedang dilakukan.

Perkembangan dan maklumat awal menunjukkan Abdullah seakan bersetuju mengikut bujukan dan yakin dengan jaminan itu. Beliau akan mengumumkan bersedia untuk bertanding jawatan presiden.

Seperti yang sudah saya sifatkan Abdullah melakukan beberapa kesilapan teknik dan tektik awal-awal lagi. Kesilapan pertama ialah apabila beliau akur dengan pelan peralihan kuasa cadangan Muhyiddin Yassin dan menyebut akan berundur tahun 2010.

Kedua beliau sekali lagi silap bila tidak tahan dengan desakan lalu mempercepatkan peralihan kuasa itu dari tahun 2010 kepada pada 3 Mac depan.

Musuh-musuhnya, iaini pendokong Mohd Najib Razak berpegang kepada janji dan sumpah itu. Sebaliknya mereka sendiri juga tidak berpegang kepada janji itu (mereka) dan terus membuat desakan dan silap mata agar Abdullah berhenti awal.

Tektik dan strategi ini tidak difahami Abdullah. Barainya dalam hal ini penasihat politik tidak rasmi beliau Khairy Jamaluddin tidak nampak memainkan peranan sewajarnya untuk mempertahankan bapa mertuanya dan seakan membiarkan saja apa takdir akan berlaku.

Mungkin Khairy sendiri tahu keadaannya. Kalau beliau campur tangan menambahkan lagi keburukan politik bapa mertuanya. Bagaimana pun sebagai menantu yang baik dan berambisi mahu menumpang tuah bapa mertua beliau seharusnya berusaha mempertahan Abdullah tanpa membiarkan hanyut dalam arus yang sama.

Keadaan kini seolah Khairy menyerahkan nasibnya kepada takdir dan rela hanyut bersama bapa mertua tercinta!

Sebenarnya Abdullah masih ada masa tersisa untuk menyalamatkan maruah dirinya. Cara atau tektik ini juga akan diterima oleh kebanyakan ahli Umno. Misalnya untuk mencukupkan pencalonannya beliau bokeh merombak sistem kuota yang diamalkan dalam parti berkenaan.

Lupuskan kuota 30 peratus 20 peratus dan 10 peratus itu. Kalau beliau bubarkan itu masalah bimbangkan tidak cukup pencalonan tidak timbul.

Langkah itu juga akan dihormati. Lagipun banyak ahli Umno yang tidak senang dengan sistem berkenaan yang diperkenalkan oleh Mahathir. Abdullah harus faham sistem itu tidak boleh menjamin beliau seperti mana Mahathir lakukan. Apabila arus dan desakan bawah sudah kuat tidak mahukan seseorang, apa juga sistem tidak boleh mempertahankan lagi.

Usahkan sistem kuota sistem komunis dan kuku besi sekali pun akan hancur kalau rakyat sudah mengamuk.

Jadi elok kalau beliau hapuskan sistem berkenaan. Masa masih ada untuk memanggil persidangan khas Umno bagi menghapuskan sistem non demokratik berkenaan. Kalaupun beliau mendapat pencalonan dan kalah dalam pertandingan nanti setidak-tidaknya orang akan mengenang beliaulah yang merombak tirai besi dalam Umno dibuat oleh Mahathir.

Ahli Umno akan mengenang keterbukaan Abdullah seperti mana beliau lakukan ke atas sistem khakiman dan BPR yang ditutup atau dikuasi oleh kuasa Perdana Menteri di zaman Mahathir.

Selain dari itu ada satu lagi jalan untuk Abdullah menyelamatkan dirinya dari diaib kerana tidak mendapat cukup pencalonan. Caranya ialah beliuau harus menebalkan muka untuk berunding dengan Tengku Razaleigh. Tidak ada guna bagi Abdullah untuk menjaga hati atau dilihat sebagai bersih kepada mereka yang tidak setia dan reti membalas budi yang diberikan dan sedia menikamnya dari belakang.

Alang-alang berdakwat biar hitam! Abdullah harus mengajar orang berkenaan. Abdullah boleh team up dengan Tengku Razakeigh ataupun melepaskan terus pecalonan kepada Tengku Razaleigh Hamzah. Abdullah perlu sokong Tengku Razaleigh. Biarlah Tengku Razaleigh mengadukan kekuatan secara tunggal dengan Mohd Najib.

Kemenangan Tengku Razaleigh nanti sedikit sebanyak akan mengubati hati Abdullah yang terluka. Lagipun Tengku Razaleigh adalah regu lama semasa dalam team B dulu. Jika Abdullah mampu melakukan itu nescaya beliau akan dilihat melakukan satu tindakan terpuji dan juga sebagai pemulihan Tengku Razaleigh sebagai pemimpin unggul yang dimusnahkan oleh Mahathir yang kini bersekongkol dengan Mohd Najib. [wm.kl 12:00 pm 07/10/08].

1 comment:

Anonymous said...

Sebagai rakyat, marilah kita sama-sama memberi sokongan kepada Pak Lah agar beliau mempertahankan kedudukan beliau sekarang kerana tidak ada gunanya jika kedudukan beliau digantikan sekarang ini. Keadaan tetap akan sama jika beliau digantikan..

Beliau masih menjadi PM sehingga sekarang kerana undian rakyat dalam Pilihanraya lepas. Jadi beliau adalah pilihan terbaik rakyat.

Mengapa sekarang kita beriya-iya sangat ingin Pak Lah undur diri sedangkan kita sendiri yang memilih beliau? Jangan terpedaya dengan dakyah-dakyah politik orang-orang yang ingin menjatuhkan beliau, termasuklah pemimpin-pemimpin dalam UMNO sendiri..

Marilah kita memberi sokongan kepada Pak Lah agar mengekalkan kedudukan beliau sekarang...