Tuesday, September 16, 2008

Berita Baik

Hashim Jasin Diistyhar Menang, Harun Taib Kekalkan Kemenangan!

KEBENARAN mengatasi kebatilan! Hari ini Mahkamah Persekutuan mengistyharkan Pesuruhjaya Pas Perlis, Ustaz Hashim Jasin (foto) sebagai pemilik sah kerusi Dewan Undangan Negeri Sanglang Perlis. Pada pilihan raya 8 Mac lalu calon BN Abdullah Hassan diumumkan sebagai pemenang kerusi berkenaan dengan kelebihan undi sebanyak 140 undi.

Kerana tidak berpuas hati dengan keputusan itu Hashim membuat petisyen di Mahkamah Tinggi dan mahkamah berkenaan pada 18 Jun lalu mengistyharkan kerusi itu kosong. Berikutan itu Hashim mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan mahakamh itu dan meminta beliau diistyharkan sebagai pemenang sah.

Dengan pengistyharan itu Pas kini mempunyai dua orang wakil di DUN Perlis. Satu lagi kerusi ialah Simpang Empat diwakili Rus'sele Eizan.

Sementara mahkamah yang sama juga pagi ini telah menolak petisyen yang dikemukakan calon BN, Wan Sagar Wan Embong dengan kos terhadap kerusi Manir yang dimenangi oleh Harun Taib. Dalam pilihan raya lalu Harun menang dengan majoriti 432 undi.

Wan Sagar membuat petisyen kerana mendakwa berlaku rasuah politik semasa pilihan raya. Mahkamah Persekutuan menolak petisyen Wan Sagar kerana gagal mengemukakan bukti bersabit tuduhannya.

Keputusan hari ini menggembirakan Pas dan keputusan itu adalah sebagai hadiah sempena hari penubuhan Malaysia 16 September. [wm.kl 1:30 pm 16/09/09]

1 comment:

Anonymous said...

Salam MSO dan pembaca sekalian.
Sebagai rakyat Malaysia saya bersukur kpd Allah dengan kemenangan berada dipihak yang berhak.
Kedua saya bersyukur kerana jutaan Ringgit duit rakyat/negara terselamat dari penggunaan yang meragukan.
Ketiga kedua2 kerusi dimenangi oleh PAS selaku pembangkang di Dun maka adalah sangat diharap mereka dapat memainkan peranan menegur,menyumbang dan mencadang idea demi agama,bangsa,dan negara.
Keempat PAS perlu mempersiapkan diri dari segi ilmu (dunia/akhirat),
keperibadian, jatidiri,ketahanan mental dan fizikal,kecekapan/kebijaksanaan bertindak, dan kesabaran yang tinggi untuk bersedia menggalas amanah umah untuk memacu pemerintahan negara.
Kelima PAS dengan dasar Islam akan diberi amanah untuk memerintah negara kerana ideologi selain dari Islam telah terbukti gagal,sedah sampai masanya umat manusia mencuba dasar2 Islam dalam sistem kehidupan mereka.
Menanti berbuka puasa Nuzul Quran.
afja02.