Friday, August 1, 2008

Perhatian

Penjelasan Dari Saya

DI BAWAH ini saya sertakan salah satu tulisan penjenguk blog saya yang tidak berani menyatakan identitinya.

"Sdra penulis cukup lah membuat andaian yang boleh memecahbelahkan perpaduan PAS dan PR. saya bimbang sdra ini sebenarnya "musuh dalaman yang ingin menghancurkan PR" dan sdra juga tidak berani menyiarkan komen komen sebegini.

Jelas penjenguk ini tidak mengenali siapa saya sebenarnya. Untuk makluman beliau dan orang sejenis dengannya yang sering menceroboh blog saya, saya tidak berpihak kepada mana-mana kumpulan siasah. Saya juga tidak berwalad kepada mana-mana tokoh politik bukan saja berbaju petak merah, kuning, biru ataupun hitam. Dan saya juga tidak berada baik didalam atau di luar mana-mana parti politik.

Dan kepada penjenguk yang tidak senang dengan catatan saya mulai saat ini sila melayari blog lain yang sesuai dengan jiwa anda. Jangan rosakkan hati anda dengan blog saya. Lebih elok anda boleh buka blog sendiri dan isilah dengan apa-apa yang mengembirakan anda.

Perhatian, mulai saat ini saya tidak akan membuka mana-mana catatan yang dikirimkan tanpa nama dan berselidung di sebalik Anonymous. Maaf! Terima kasih - MSO

12 comments:

karami said...

rakyat mau pakatan rakyat kuat untuk memberi pengajaran pada bn

atap_aje said...

Memang patutla sdra tak masuk dan tak sokong politik. Ramai orang macam ni. termasuk gak aku.

Takde pekdah nya berpolitik kepartian ni. Semuanya merosakkan hati dan amalan kita je.

Semoga saya, tuan dan semua ummat islam diberi taufik untuk mengamalkan sunnah nabi saw dengan sempurna.

painah said...

tahniah ustaz kerana menyatakan siapa sebenarnya diri ustaz.

Sebagai seorang yang berjuang dengan mengunakan pena tidak sepatutnya meletakkan emosi mengatasi segalanya. Memang tiap manusia ada pandangannya sendiri, begitu juga dengan ustaz dan saya menghormati pandangan ustaz itu tetapi bagi saya tiap pandangan yang tidak 'nampak' seperti pandangan ustaz tidak wajar dipinggirkan kerana tiap pandangan punya maknanya sendiri.

Jika ustaz mahu setiap komen dlm blog ini 'menyamai' 'mengiakan' 'menyetujui''mengangguk' dan 'melihat' sebagai mana ustaz 'melihat' tentulah mustahil samasekali.

Apapun spt komen saya sbl ini (tak lepas kot) tiap manusia punya kepentingan sendiri dan ustaz pun janganlah menafikannya.

maskadove said...

Assalamualaikum...
Saya ada satu kemuskilan mengenai mrkas PAS di Pokok Sena Kedah. Sejak kebelakangan ini aktiviti yang berkaitan politik sudah tidak dibenarkan dilangsungkan di markas tersebut.. khabarnya Anak kepada Hj Fadzil Noor yang tidak memberi izin.. apakah ini benar berlaku... sekiranya benar, apakah sebabnya, mengapa, kenapa?

yiemega said...

Tuan MSO,

Izinkan saya komen sedikit berkenaan komen sedikit berhubung komen yang diberikan Anonymous di dalam Blog Tuan, Saudara Anonymous Allah tuhan seru sekian alam menganugerahkan manusia dengan akal untuk membolehkan kita berfikir dengan waras, jangan biarkan emosi menguasai diri.

Saya turut menyanggah komen saudara Anonymous ini di blog saya http://www.suaragenerasimuda.com

syphoon said...

Tuan MSO,

Bagi saya tulisan tuan amat diperlukan oleh jemaah PAS dalam menganalisa titik buta atau dalam hal yang terlepas pandang. Selain daripada lawan, PAS memerlukan satu pandangan luar kotak, yang membolehkan pengkajian & pemajuan (R&D) dilakukan & memuhasabah apa yang menjadi kesilapan. Check & balance orang kata.

Sudah tentu, seorang yang punyai etika kewartawanan, seharusnya menaqalkan & melaporkan tanpa ada rasa hipokrit & berat sebelah.

Tidak seperti akhbar-akhbar 'penjilat buntut' seperti yang tuan katakan.

Wallahua3lam.

Anonymous said...

Salam, sdra MSO saya telah lama mengikuti perkembangan blog saudara, boleh dikata kn dlm byk2 blog yg sy kunjungi blog saudara lah yg pertama skali akn sy layari.

Cuma kebelakangan nie byk pendapat saudara yg tidak sy setuju, akan tetapi kita mempunyai kebebasan tuk bersuara dan menyata kn pendapat, terus kn usaha sdra.

Apa yg saya harap dlm menyata kn pendapat, sdra harus lah beretika serta memikir kn kesannya kepada semua lapisan masyarakat, bkn sume individu mampu menilai sesuatu pendapat dgn cara positif.

Sdra sebagai org yg berilmu harus bertanggungjwb dlm setiap penulisan sdra agar tidak menjadi salah paham serta permusuhan dalam masyarakat.

segala usaha saudara amat sy hargai, moga malaysia menjadi sebuah negara yg lebih aman dan makmur.

Wallahua3lam.

cucumatsalleh said...

Salam....
ana merupakan diantara penjenguk setia blog anta.... dan secara peribadi ana amat mengkagumi lontaran idea anta yg kekadang boleh dijadikan sebagai bahan rujukan dan hujah.... Dan tidak dinafikan, ada sesetengah tulisan anta yg boleh disanggah dan boleh dibahaskan. Walau apa pun, tahniah kepada anta kerana memberikan suatu bentuk penulisan yang menyegarkan kepada setiap penjenguk blog anta....

ANA " RAKYAT BERJIWA MERDEKA"

nakomatsue said...

USTAZ MSO, SAYA PERNAH DITANYA OLEH SEORANG PEJUANG PAS YANG JUGA RAKAN SEJAWAT SAYA DI SEKOLAH TEMPAT SAYA MENGAJAR, "DEMO NI DOK ALIK MANO? PAS KO UMNO?". SAYA JAWAB, SIAPA SAHAJA YANG MEMBAWA KEBAIKAN SAYA AKAN SOKONG, TAK KIRA PAS ATAU UMNO. MAKSUDNYA SAYA TAK MASUK MANA-MANA PIHAK. KAWAN SAYA TU KATA,"DEMO AHLI NERAKO". SAYA HANYA TERSENYUM KERANA SAYA JUGA BELAJAR AGAMA. APA YANG SAYA INGIN NYATAKAN DI SINI IALAH AHLI PAS TAK SUKA ORANG YANG DUDUK ATAS PAGAR. OLEH KERANA USTAZ BUAT BEGITU MELALUI ARTIKEL-ARTIKEL USTAZ, MAKA USTAZ JUGA TIDAK DISUKAI OLEH AHLI PAS. SIFAT INI TAK DAPAT DIBUANG DARI ORANG YANG SUKA MEMBERONTAK TERMASUKLAH PENYOKONG-PENYOKONG PKR.

Anonymous said...

Assalamu alaikum...
Penjelasan yang JELAS, NYATA DAN TERANG (Macam ilmu tajuwid Idzhar Halqi pulak). Sudah terang lagi bersuluh. kalau tak puas hati tu tidak mengapa tapi nyatakanlah nama saudara tu. Tunjukkan rasa tanggungjawab anda dalam melahirkan pendapat.

Anonymous said...

salam.....muqabalah.!!!

Pandangan saudara amat di perlukan kerana ianya dapat mengimbangi media arus perdana..

kekadang saudara mendahlui maklumat terkini..!!!itu yang ada pada saudara,teruskan usaha saudara

Ruang DAKWAH amat luas saudara adalah diantaranya.....mesti baca 2 x sehari

PENAWAR HERBA said...

saya lebih suka membaca blog saudara kerana saudara tidak menyebelahi mana-mana pihak, bercakap benar dan membuat pemikiran saya lebih terbuka