Monday, August 11, 2008

Merawat Jiwa

Ramah Mersa Penduduk Enam Kampung Traidisi Melayu
Yang Ternacam Dengan Pengarah DBKL

SEBELAH pagi semalam saya sempat menghadiri majlis sambutan Ramdhan dan ramah mesra penduduk enam buah kampung Melayu tradisi; Kampung Chubadak, Puah, Sungai Merali, Sungai Mulia, Bandar Dalam dan Padang Balang dengan Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusup di Gombak.

Penduduk kampung berkenaan kini dalam kegelisahan kerana bimbang kampung mereka akan diancam pembangunan seperti mana diracangkan dalam deraf pelan Bandaraya 2020 (KLCP 2020) yang dipamerkan dua bulan lalu.

Menurut deraf pelan berkenaan sebahagian kampung mereka akan jadi mangsa pembangunan yang dirancangkan itu. Sebuah bandar metropolis bertaraf antarabangsa akan dibina membelah kampung-kampung berkenaan.

Rupa diri dan keaslian kampung berkenaan yang masih utuh dan mesra alam akan lenyap kalau pembangunan menurut deraf pelan berkenaan dijalankan.

Paling menyayukan sebuah sekolah Tahfiz –Darul Furqan dikatakan akan turut menjadi mangsa bila mana sebuah setesen LRT akan dibina bertepatan dengan tapak sekolah berkenaan. Kalau ini menjadi kenyataan institusi pendidikan ala Rasulullah yang dibina tahun 1992 itu akan lenyap.

Selain itu menurut deraf pelan berkenaan sebuah gereja dan tempat pembakaran mayat (Hindu) juga bakal dibina di kampung Puah. Cadangan ini sungguh membingungkan penduduk memandangkan penduduk kampung berkenaan seratus peratus Melayu. Penduduk berkenaan mempersoalkan apakah keperluan institusi itu dibina?



Jadi pertemuan pagi semalam bertujuan untuk menunjukkan sokongan dan bantahan orang ramai terhadap pelan berkenaan dan sekaligus memberi gambaran sejelas-jelasnya kepada pihak atasan (DBKL) mengenai apa yang dihadapi penduduk kampung-kampung itu dan sekaligus cuba meraihkan simpati daripada orang ramai agar membantu mereka.

Nampaknya majlis itu disusunatur begitu rupa. Ia lengkap dengan makan tengah hari. Namun itu tidak penting. Yang menarik ia ikut sama mengadakan jualan dan pelancaran buku "Kasih Bunda" karya Siri Zainon Ismail oleh A Samad Said, pameran kraf tangan hasilan kerja anak-anak penduduk kampung berkenaan. Satu pameran kesenian warisan peninggalan datuk nenek mereka juga turut diadakan.

Aktiviti-aktivi yang disajikan itu membawa mesej tersendiri. Ia bagi menunjukkan kepada pihak atasan mengenai keistimewan kampung berkenaan; sejak ia wujud 140 tahun lalu meninggalkan banyak budi dan jasa serta warisan pusaka nenek moyang mereka sejak lebih setengah abad lalu.

Kehadiran juga sungguh menggalakan. Lebih 2,000 hadir terdiri daripada penduduk enam kampung berkenaan termasuk lebih 200 pelajar Maahad Tahfiz Darul Furqan. Turut sama hadir memberi sokongan ialah wakil badan-badan NGO dan aktivis politik Umno dan Pas serta tokoh-tokoh ternama yang dilahirkan oleh kampung berkenaan.

Antara mereka ialah bekas Menteri Pertanian, Tan Sri Sanusi Junid, bekas Ahlijawatankuasa Agung Pas, Subky Latiff, sasterawan dan penyair Ahmad Kamal Abdullah (Kemala), Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal dan lain-lain.



Mulanya majlis itu agak suram dan tidak berapa mencapai matlamatnya apabila Pengarah DBKL yang menjadi tetamu khas itu tidak berada di barisan dif jemputan. Yang ada hanya wakil beliau saja. Bagaimana pun kekecewaan itu hilang apabila Salleh muncul setelah separuh majlis berlangsung. Beliau memberi alasan lewat kerana terpaksa menghaidri majlis konvensyen Gabem di PWTC.

Harapan penduduk kampung berkenaan begitu besar kepada Salleh. Mereka mahu sesuatu jaminan daripada Salleh berhubung masalah mereka. Namun Salleh yang berdiri atas sifatnya sebagai teknokrat tidak dapat memberi apa-apa jaminan konkrit selain daripada meminta penduduk kampung berkenaan mengemukakan bantahan dan bersedia untuk berhadapan dengan jawatankuasa khas yang dibentuk oleh DBKL untuk mendengar rintihan dan bantahan rakyat.

“Saya tidak mempunyai apa-apa kuasa dan hanya menjalankan tugas saja. Pihak yang boleh menentukan apakah pelan ini dilaksanakan atau tidak hanya menteri Wilayah Persekutuan, Zulhasnan Rafique,” begitulah kata-katanya.

Dengan kata-kata dan penjelasan itu memberi gambaran bahawa kedatangan Salleh itu tidak dapat menimbuskan rasa gelisah penduduk berkenaan melainkan hanya dapat mengenalinya dari dekat saja dan 'berjois' bernama politik (Umno) jugalah yang akan menentukan apakah kampung mereka terus wujud ataupun hilang.

Di hujung majlis itu wakil penduduk yang juga Pengerusi Kampung Tradisi Melayu Kuala Lumpur (Maufakat), Ishak Surin menyerahkan memorandum bantahan penduduk berkenaan terhadap pelan KLCP 2020 kepada Salleh. [wm.kl 6:30 am 11/08/08]

No comments: