Friday, August 15, 2008

Berita Penas

Saiful Bukhari Azlan Lapaz Sumpah
Di Masjid Wilayah Persekutuan KL


SATU sms masuk ke dalam telefon saya memaklumkan Saiful Bukhari Azlan, baru selesai melapazkan sumpah dengan menyebut Walahi, Wabilahi, Wathalahi mengakui berhubung dakwaan beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim pada 26 Julai lalu.

Persumpahan itu dilakukan di masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebaik selepas solat Jumaat.

Persumpahan itu disaksikan oleh imam-imam masjid berkenaan. Beliau memulakan persumpahan itu dengan membaca al-Fatihah kemudian menyebut; "saya dan keluarga sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke khimatnya. Sumpah ini sesuai dengan format sumpah syariah Masjid Wilayah.

Saiful kini dikatakan dalam perjalanan ke sebuah hotel di Kuala Lumpur untuk mengadakan sidang akhbar. Berita seterusnya akan menyusul! [penang 7:10 pm 15/08/08]

No comments: