Thursday, August 14, 2008

Berita Kecil

Bekas Pemimpin Pelajar Uitm Serah Warkah Kepada Yang di-Pertuan Agong


SEKUMPULAN kira-kira 60 orang bekas pemimpin pelajar Universiti Teknologi Mara (Uitm) Shah Alam, Selangor bersama beberapa badan NGO Melayu lewat petang ini telah menyerahkan warkah kepada Yang di-Pertua Agong yang memaklumkan kegelisahan mereka mengenai beberapa isu semasa yang timbul dilihat mencabar maruah orang Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Antara isu-isu itu ialah mengenai cadangan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang mahu IPTA itu membuka pintu kepada pelajar asing, tindakan Majlis Peguam yang mengadakan forum yang menyentuh mengenai Artikel 121(1A) dan juga isu pemecatan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak dan Pulau Pinang baru-baru ini.

Dalam warkah itu kumpulan berkenaan meminta Yang di-Pertua Agong memberi amaran keras kepada pihak berkenaan agar tidak membangkitkan isu-isu berkenaan di masa akan datang.

Sebeluam penyerahan warkah berkenaan kumpulan berkenana berhimpun di hadapan masjid di belakang Istana Negara bermula jam 3:00 petang sambil membawa beberapa sepanduk yang menjelaskan sikap dan pendirian mereka.

Beberapa orang bekas pemipin pelajar Uitm turut sama hadir, antara mereka Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali, Mohd Rais Zainuddin, Kamarulzaman Yunus, Zawawi Mohd Zain, Mohammad Nazri Ahmad dan Ahmd Zaini Ismail, kesemua mereka adalah dari Pertubuhan Almuni Kelab-Kelab Umno Luar Negara.

Turut sama kelihatan ialah beberapa orang ahli Gabungan Pelajar Semenanjung (GPMS) yang lengkap memakai pakaian seragam dan ahli Persatuan Persaudaran dan Kebajikan Islam (Perkida) Wilayah Persekutuan.

Sebelum warkah itu diserahkan berlaku sedikit ketegangan semasa Ibrahim Ali berucap, bila mana polis meminta agar Ibrahim berhenti memberi ucapan.

Ibrahim yang akur dengan permintaan itu kemudian membuat sidang akhbar ringkas mengenai beberapa isu yang dikatakan kurang disenangi oleh orang Melayu ketika ini.

Warkah sebanyak tujuh muka surat itu diserahkan kira-kira jam 4:05 petang dan diterima oleh Pegawai Istana di pondok pengawal pintu belakang Istana Negara. [wm.kl 6:00 pm 14/08/08]

1 comment:

cucumatsalleh said...

Salam...
Cucu pun hadir dalam perhimpunan tersebut dan menyedari kehadiran saudara MSO-(yg bercapal).
Cuma, Cucu agak terkilan sedikit apabila pihak penganjur tidak mengutarakan atau menghantar memorandum cadangan yang dibuat oleh seorang Pak Menteri berhubung pemberian biasiswa 45% kepada kaum bukan Bumiputra. Pada hal, isu ini juga termaktub dalam perlembagaan sebagai hak istimewa org Melayu dan Bumiputra.
Apakah, hanya isu ini dibuat oleh seorang Pak Menteri dari UMNO lantas membiarkan sahaja isu ini bermain-main di dada-dada akhbar tanpa sebarang tindakan seperti berdemonstrasi atau menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong.
Sepatutnya NGO'S Islam yang kononnya memperjuangkan hak dan nasib umat Melayu Islam jgn bersikap 'Double Standard'
CUCU : baru nak belajar merangkak

www.cucumatsalleh.blogspot.com