Sunday, August 17, 2008

Ulasan Muktamar

Tahniah Kepada Barisan Kepimpian Pas

BARANG kali saya adalah antara jutaan rakyat Malaysia yang terharu dan sebak apabila menyaksi dan mendapat tahu muktamar Pas ke -54 yang di Ipoh Perak selama empat hari berakhir dengan selamat, jaya dan berlangsung dalam suasana penuh semangat keIslaman yang tinggi.

Tidak ada apa-apa kontroversi yang berlaku pada muktamar berkenaan.

Di sinilah unit dan istimewanya Pas sebagai jemaah Islamiyah. Dalam apa keadaan dan suana sekalipun Pas dapat mengekalkan rekodnya sebagai jemaah profesional yang berpegang pada prinsip ukhwah Islamiyah sejati dan tidak mudah diganggu gugat oleh anasir luar yang senantiasa mencemburui Pas.

Sebenarnya tahap politik dan ukhwahan Islamiyah para pemimpin dan seluruh ahli sangat tinggi!

Semua isu yang sebelum ini dikira boleh menghagatkan muktamar berkenaan dan dikatakan berpotensi untuk menimbulkan pergeseran sesama sendiri diselesai dengan baik dan jaya. Empat tunggak prinsip dan dasar Pas seperti mana termaktub dalam perlembagaan asal Pas benar-benar dihayati dan dilaksanakan oleh ahli Pas. Pas mencari penyelesaian kepada maslaah dan kekeliruan yang timbul seperti menarik rambut dalam tepong. Syabas.

Secara ikhlas saya nyatakan, saya begitu bimbang pada muktamar kali ini takut ada sesuatu insiden tidak elok akan berlaku. Desas desus yang kedengaran sebelum ini sangat mewalangkan hati. Kerana itulah sebelum bertolak ke Ipoh saya berdoa agar tidak akan tercetus apa-apa insiden pada muktamar itu. Saya tidak mahu melihat kuntuman bunga kejayaan dan kewangian yang mula merebak dalam Pas kini musanah di tengah jalan.

Justeru itu sebelum Muhammad Daund Iraqi membaca doa selamat untuk muktamnar, selepas ucapan perasmian oleh Presiden Abdul Hadi Awang, saya awal-awal lagi sebaik melangkah masuk ke dewan muktamar pada hari perasmian telah berdoa panjang. Mengharap biarlah muktamar itu dibimbing Allah s.w.t. dari awal hingga akhir. Allah menyejukkan hati dan mendamaikan semua yang hadir.

Betapa ketika berada dalam dewan muktamar hati saya begitu terharu bercampur bahagia apabila melihat kepada para perwakilan dan pemerhatian yang memenuhi dewan. Saya jadi terkutik dan diam! Mereka saya anggap sebagai bunga-bunga dan putik Islam yang sedang berkembang dan bertunas bakal mewangi ke seluruh alam. Di bahu merekalah tergantungnya harapan nusa, bangsa dan agama!

Di pentas pula saf kepimpinan Pas berada segak dengan pakaian tersendiri. Dari wajah mereka yang terpamer seolah terpancar cahaya keimanan dan ketakwaan yang tinggi. Saya yakin dan percaya hati-hati mereka yang berada di dalam dewan khasnya di pentas sudah ditapis oleh Allah. Kalau hati mereka tidak ditapis tidak mungkin mereka terbuka hati dan betah (kalis) untuk bersama Pas.
Kerana itu saya yakin barisan kepimpinan yang ada hari ini mampu untuk mengemudikan Pas sebagai wadah siasah yang progresif dan sesuai untuk rakyat dan negara ini. Mereka sedikit sebanyak telah diuji dengan pelbagai cabaran, kuasa, pangkat dan bujukkan namun akhirnya mereka tetap menggunakan akal dan formula yang menjadi amalan parti mereka sejak setengah abad lalu. Mereka tidak mudah terjuna dengan tawaran madiyyah itu.

Dalam barisan kepimpinan hari ini bermula dari Mursyidul Am, Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua Dewan Pemuda, Ketua Dewan Muslimat tidak ada siapa yang terkurang satu pun. Semuanya relevan dan unggul sebagai pemimpin Pas dan pemikul ad-den. Demikian juga dengan barisan Ahli jawatankuasa Agung serta pegawai-pegawai parti, Setiauaha Agung, Bendahari Agung adalah pemimpin terpilih yang ikhlas, jujur dan gigih berjuang untuk Islam menerusi Pas. Komitmen dan iltizam mereka tidak boleh dipertikaikan.

Kerana itu kalau muktamar yang berlangsung selama empat hari itu berjalan dengan baik adalah kerana kebijaksanaan saf kepimpinan Pas. Tidak ada sesiapa antara mereka yang cuba menonjolkan kepentingan diri atau pun mencari pangkat melainkan ikhlas dan jujur menggerak parti untuk mencapai mardthatilah. Setelah masing-masing berusaha akhirnya mereka bersedia menyerahkan kepada ketentuan jamak. Inilah baik dan bijaknya Pas.

Sekali lagi tahniah dan syabas kepada Pas. Semoga mereka akan terus mengekalkan rekod tanpa kalah - rekod tidak boleh diadu dombakan oleh musuh, rekod persefahaman yang tinggi dan rekod bersedia ditegur oleh sesiapa jua. Saya bersetuju dengan kata-kata Setiausah Agung, Kamarudin Jaaffar, muktamar adalah medan tempat berbalah mencari kebenaran dan kebaikan. Hendaknya Pas akan kekal dengan amalan dan prinsip ini.

Sesudah muktamar berakhir dan semuanya akan kembali bekerja semula mengikut peranan dan tugas masing-masing. Perjuangan jauh dari berakhir! Jabatan salam di hari perpisahan hendaknya tidak akan terlepas dan kehangatan telapak tangan kawan masing-masing akan terus kekal abadi di dalam jiwa. Dan persefahaman di Ipoh hendaklah dijadikan titik tolak kepada menjanakan semangat bukan saja menguatkan Pas tetapi menjadikan Pas sebagai peneraju politik negara Malaysia di masa akan datang. Yakinlah dan bersiap sedialah Islam akan menang akhirnya. [d'kota.kl 6:30 am 18/08/08]

1 comment:

Anonymous said...

Sdra MSO. Sdra di antara yang bimbang muktamar PAS minggu lepas akan berakhir dengan perpecahan di antara faction yang bersetuju menjalinkan kerjasama dengan UMNO dan faction yang menolaknya. Sdra amat terharu bila muktamar telah berakhir dengan baik dan di dalam suasana ukhuwah di kalangan pemimpin dan perwakilan PAS dari seluruh negara.

Sehingga minggu lepas, PAS masih kelihatan bersatu di belakang pemimpin tertinggi yang dipelupuri para ulama seperti Nik Aziz, Hj Hadi dan Harun Din. Persoalannya, apakah panas akan sampai ke petang? Terdapat tanda-tanda bahawa hujan akan tiba di tengah hari.

Apa yang amat ketara, ramai dari perwakilan, terutama pemuda, mula berani mempersoalkan peranan PAS dalam PR, dan di mana kedudukan Presiden PAS. Apakah PAS hanya pemerhati sahaja dlm PR dan membiarkan Anwar dan Lim Kit Siang menentukan dasar-dasar PR. Sedangkan PAS lah parti yang paling tersusun jentera pilihanrayanya dan penyumbang utama di dalam kemenangan PR di beberapa negeri.

Belum seminggu muktamar PAS berakhir, giliran DAP pula mengadakan National Convention hujung minggu ini. Hari ini, Lim Guan Eng, selaku Setiausaha Agung DAP, merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, dengan TERANG DAN JELAS menegaskan bahawa DAP menolak sebarang bentuk THEOCRATIC STATE samada Negara Islam atau Negara Kristian. Dan beliau dengan jelas mengumumkan bahawa DAP hanya menerima Anwar sebagai Ketua PR dan bakal Perdana Menteri.

Kenyataan Lim Guan Eng bukan sahaja menggambarkan keangkuhan DAP, ia sekali gus menunjukkan DAP tidak lansung cuba mengambil hati perasaan perwakilan PAS yang diluahkan seminggu lepas. Lim Guan Eng sudah tentu memikirkan semasak-masaknya implikasi kenyataannya, tetapi nampaknya jelas, DAP bersedia menerima apa sahaja tindak balas dari PAS. Bagi DAP, konsep 'Malaysian Malaysia' dan 'Malaysia Negara Sekular' lebih penting dari kerjasama berkekalan dengan PAS.

PAS sekarang berdepan dengan satu DILEMA yang besar. Terus bekerjasama dengan DAP dan tutup mulut tentang Negara Islam, ATAU meninggalkan PR dan kembali semula ke landasan perjuangan Islam yang telah menjadi sumber kekuatannya selama ini.

PAS adalah sebagai seorang SUAMI yang beristerikan seorang JANDA KAYA liberal, yang tidak mahu dikongkong, dan secara terbuka mengaku ada hubungan sulit dengan
lelaki lain. Si suami cuba mendakwah isterinya, tapi si isteri tidak ambil peduli, malah si isteri pula yang menggesa si suami tinggalkan sembahyang.

Apakah PAS sudah menjadi seperti seorang suami yang DAYUS?