Monday, July 28, 2008

Berita Pagi

Anwar Umum Tanding Di Kulim - Bandar Baru

PENASIHAT PKR, Anwar Ibrahim telah membuat pengumuman rasmi malam tadi beliau telah memilih kerusi Parlimen P 18 Kulim - Bandar Baru sebagai platform beliau untuk memasuki Parlimen.

Ketika berucap di hadapan kira-kira 10,000 orang di Pusat Rekreasi Cina di Kulim Anwar menjelaskan parti telah membuat keputusan beliau akan bertanding di kerusi berkenaan sekiranya petisyen terhadap kerusi diterima dan kerusi berkenaan kosong.

Katanya ada dua kerusi yang diura-urakan akan dikosongkan untuk memberi laluan kepadanya Permatang Pauh yang diwakili isterinya Dr Wan Azizah dan Bandar Tun Razak yang diwakili Khalid Ibrahim.

Bagaimana pun menurut Anwar, parti telah membuat keputusan agar beliau bertanding di kerusi Kulim - Bandar Baru.

Kerusi Kulim - Bandar baru yang dimenangi Zulkifli Nordin kini menghadapi petisyen yang dikemukakan calon BN Abdul Aziz Sheiikh Fadzir yang meminta mahkamah mengistyharkan kemenangan itu dibatalkan.

Ketika Anwar membuat pengumuman itu, Zulkifli juga turut sama hadir!

Kerusi berkenaan mempunyai 51,995 dengan komposisi Melayu 69.5%, Cina 18.6%, India 11.7% dan lain-lain 0.2%.

Pada pilihan raya lalu Zulkifli menang dengan manjoiri 5,583 dengan mendapat 22,255 mengalahkan Abdul Aziz Sheikh Fadziz yang mendapat 16,672.

Keadaan Anwar kini sangat terdesak untuk berada di Parlimen memandangkan tempoh yang diuar-uarkan untuk membentuk kerajaan baru hanya tinggal 49 hari saja lagi. Anwar bercadang untuk berada di Parlimen sebelum pembentangan Bujet 2009. [wm.kl. 8:45 am 28/07/080

2 comments:

Anonymous said...

Ni memang tindakan yang sangat 'rude' dari pihak Anwar. Tak fikirkan rakan perjuangan yang lain langsung. Yang di letakkan dihadapan adalah keinginan, cita-cita dan kepuasan beliau.Mana boleh main umum sahaja,sedangkan kes Zulkifli tu pun belum keluar keputusan lagi dah Anwar gah buat 'announcement' di sini sana.
macam mana nak jadi PM kalo teammates sendiri tak nak hormat?
Memang tak patut.

Anonymous said...

Anwar sudah makin terdesak kerana beliau mensasarkan untuk memegang tampuk pemerintahan negara pada bulan september nanti.adakah beliau bakal berjaya terutama sekali dengan kes liwat terhadap beliau sekarang ini?.

kita tunggu dan lihat!