Sunday, March 2, 2008

Susupan Pagi

Jawatan Baru Annuar Sebagai Menager Kempen Bakal MB Kelantan

MSO

MALAM tadi telah berlangsung majlis Perhimpunan Anak-Anak Kelantan Di Perantauan dengan Perdana Menteri di stadium Juara, Bukit Kiara Kuala Lumpur. Majlis ini dianjurkan oleh Maufatakat Majlis Kemajuan Kelantan (MKK). Tv juga ada membuat siaran langsung majlis berkenaan.

Walaupun dalam keadaan tidak selesa (kerana gigi sakit), saya hadir juga untuk melihat majlis itu dengan mata dan kepala sendiri.

Saya ingin bandingkan dengan apa yang bakal berlaku malam nanti, iaini satu lagi perhimpunan yang hampir sama bentuk dan maksudnya yang akan diadakan di Hotel Nikko, di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Majlis yang dimaksudkan itu ialah Perhimpunan Anak-Anak Kelantan Perantauan dengan MB Kelantan.

Saya mahu tengok majlis siapa yang lebih ramai dan menyakinkan. Apakah majlis di stadium Juara Bukit Kiara itu ataupun majlis di hotel Nikko malam ini?

Dengan berlakunya dua majlis seumpama itu di Ibu Kota ia juga dapat dijadikan kayu pengukur siapakah paling popular antara Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi.

Duduk sepentas

Kesemua pemimpin utama Umno Kelatan (orang tiga botak) hadir pada malam tadi. Annuar Musa, Mustapa Mohamed dan Awang Adek Hussin duduk sepentas dengan Abdullah. Abdullah adalah hos pada majlis berkenaan.

Beberapa tokoh korporat dan pendidik berasal dari Kelantan juga turut sama hadir mempamirkan diri atau menunjuk muka.

Kehadiran majlis malam tadi tidak begitu memuaskan. Khabarnya penganjur menganggarkan 5,000 orang yang bakal hadir tetapi ternyata di dalam dewan hanya kira-kira 2,220 orang sahaja. Banyak kerusi kosong. Bas juga disediakan untuk mereka yang tinggal di luar Kuala Lumpur.

Jika dilihat kepada kehadiran itu ia menunjukkan majlis malam tadi tidak berjaya dan mengecewakan penganjur. Apa lagi jika diambil kira majlis itu dihoskan sendiri oleh seorang Perdana Menteri. Dalam keadaan sekarang tidak seharusnya majlis dihadiri Perdana Menteri terdapat kerusi kosong.

Angka tidak rasmi jumlah anak-anak Kelantan yang berada di Kuala Lumpur dan Selangor ialah kira-kira 400 ribu. Jika 10% daripada mereka merupakan pengundi di Kelantan bermakna yang hadir semalam tidak sampai 0.01 %.

Mungkin menyedari kehadirannya kurang, Setiausaha MKK Suhaimi Yaacok ketika berpapasan dengannya membisikan kepada saya; majlis ini dirancangkan tiga hari saja.

Membina Kelantan

Berdasarkan kepada apa yang berlaku malam tadi kalau Umno mengharapkan pengundi Kelantan di Kuala Lumpur untuk menjatuhkan Pas bagi membina Kelantan baru, harapan itu sia-sia saja. "Kalaulah setara ni, nampakannya tak jadi apa.. tak pecah keberas!" begitulah komen salah seorang yang hadir yang mengakui dia hadir kerana ingin makan dan dengan dikir barat.

Bagaimana pun majlis malam tadi memberi kegembiraan dan signifiken tersendiri kepada Awang Adek Hussin yang diwar-warkan sebagai MB Kelantan kerana malam tadi Annuar secara ikhlas dan terbuka mengistyharkan bahawa beliau kini adalah Pengurus Kempen kepada Awang Adek.

Pengumuman Annuar itu sedikit merujakan para hadirin kerana tindakan Annuar itu secara tidak langsung merendahkan kedudukannya. Mungkin beliau ingin gambarkan keikhlasan dan kesungguhan beliau untuk merampas Kelantan serta menunjukkan kepada Abdullah akan ketulusannya dan kesungguhnya.

Dengan pengumuman itu ini bermakna Annuar kini bekerja dan menjadi kuli untuk Awang Adek. Dan Awang Adek adalah taukehnya. Apakah tindakan itu diambil kerana beliau suka memegang jawatan seumpama itu kerana sebelum ini selain menjadi Ketua Umno beliau juga adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), ataupun kerana beliau sudah kehilangan kuasa-kuasa mengarah dalam politik Umno Kelantan.

Apabila mengenang kata-kata Annuar itu saya teringkat kepada kata-kata yang bernada sama dilapazkan oleh Tengku RAzaleigh Hamzah ketika beliau hendak meleburkan parti Semangat 46 dan bersekongkol semula dengan Dr Mahathir Mohamad. Katanya, "kalau saya dilantik jadi gurka pun tidak mengapa, gurka... gurka la..." Apakah Annuar juga kini seperti Tengku Razaleigh, kalau tidak jadi MB jadi menager kempen pun jadilah...

Sebagai rekod, Pengarah Pilihanraya BN Kelantan hari ini ialah Awang Adek Hussin.
Malam tadi juga Abdullah selaku Presiden Umno diserahkan manifesto khas Umno Kelantan yang bertemakan "Kelantan Baru Kelantan Maju:. [wm.kl 6:30 am 02/03/08]

No comments: