Saturday, February 16, 2008

Fokus Peribadi

Politik Stail Kampung Menyelesakan Abdul Halim

KERUSI Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok dalam kawasan Parlimen Pasir Mas mungkin salah satu kawasan paling tenang dan selamat bagi penyandangnya sekarang Abdul Halim Abdul Rahman (Pas) untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

Ketika kawasan lain gegak gempita dengan soal pemilihan calon dan perebutan, Chetok tenang seperti air dalam cawan. Tidak ada ombak dan tidak ada riak yang kedengaran mengatakan kawasan berkenaan bermasalah.

Di kawasan berkenaan juga tidak ada nama-nama lain yang dibawa ke atas untuk dipilih dan disaring menjadi calon melainkan nama guru pondok berkenaan saja.

Abdul Halim Abdul Rahman juga tenang dan tidak keluh kesah. Beliau releks seolah-olah baginya semuanya sudah beres dan tidak perlu digaduhkan. Beliau seakan menyerahkan semua ketentuannya kepada Allah s.w.t.

Walaupun Abdul Halim dilihat bukan seorang ahli politik yang lincah dan material sebagai Menteri Besar Kelantan namun beliau ada kelebihan tersendiri. Kalau tidak masakan beliau boleh releks dan bersahaja dan tidak perlu mudik ke hulu ke hilir untuk bertanya khabar apakah namanya naik atau pun tidak.

Dalam masa pemimpin Pas kawasan Pasir Mas berhati-hati untuk mendekati bekas Ketua Umno Bahagian Pasir Mas, Ibrahim Ali yang diberi laluan bertanding di Pasir Mas atas tikit Pas, Abdul Halim sudah pun duduk sepentas dan berjalan seiringan dengan Ibrahim Ali.

Beliau sedikit pun tidak merasa kekok dan bersedia membantu Ibrahim dan sebaliknya Ibrahim kepadanya. Abdul Halim dapat membaca keuntungan yang bakal diraihnya kalau Ibrahim bertanding atas lambang Pas di Pasir Mas.

Abdul Halim anak kepada Tok Guru Abdul Rahman Sipul, Tok Uban ada kelebihan sendiri. Khbarnya beliau sangat disenangi rakyat menerusi pendektan ala kampung yang bersahaja. Beliau tidak main wang dalam politik, sebaliknya menyerahkan dirinya kepada rakyat untuk dimanfaatkan sedikit ilmu agama yang ada kepadanya.

Beliau juga tidak menawarkan projek seperti pohon debu, kambing jamnapari atau wang dinar bagi mempopularkan dirinya. Sebaliknya cukup dengan memesrai rakyat dengan menziarahi dan menghadiri jemputan sembahyang hajat atau bertahlil.

Beliau juga tidak suka glamour dan cukup menaiki motosikal saja untuk masuk ke kampung menemui rakyat. Beliau juga tidak memilih masa, bila-bila kesempatan beliau akan singgah bertanya khabarkan rakyat. Sebaiki selepas bersembahyang di mana-mana surau atau masjid beliau akan mengambil kesempatan menanya khabar rakyat.

Kalau ada kematian beliau bukan saja menampilkan diri bersalam dengan keluarga si mati menghulurkan sampul berwang kemudian pulang, sebaliknya beliau akan tunggu untuk menguruskan jenazah, kafan, bersemabhayang kemudian bawa masuk ke liang lahad.

Jarang wakil rakyat boleh melakukan seperti apa yang Abdul Rahman lakukan.
Khabarnya Umno (BN) cukup takut dengan pendekatan itu. Wang yang banyak tidak dapat menjamin untuk mengabui mata pengundi Chetok daripada melihat sosok dan keistimewaan Abdul Rahman.

Sehingga kini Umno dikatakan sedang mencari calon sesuai untuk diadukan dengan Abdul Rahman. Beberapa nama yang disebut seperti Pegawai Khas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dr Suhaimi, bekas calon Umno Kamaruzaman Che Harun dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Pasir Mas, Rosdi dikatakan tidak begitu gemar untuk diletakkan di Chetok.

Calon-calon berkenaan dikatakan saling tolak menolak dari diletakkan di Chetok. Pendekatan dan stail Abdul Rahman khabarnya bukan mudah untuk dipatahkan. Dalam pilihan raya lalu Abdul Rahman menewaskan calon ulama Hadhari Umno berimej Barat, Mustapa Taib dengan kelebihan undi sebanyak 512 undi.

Mustapa yang kini Pegawai Khas kepada Menteri Pengajian Tinggi, Mustapa Mohamad dikatakan tidak kedengaran langsung selepas kekalahan dalam pilihan raya lepas. [wm.kl 7:45 pm 16/02/08]

No comments: