Wednesday, August 1, 2007

Cerita Sebuah Papan Tanda

Tidak faham dan Bagaimana Untuk Menjelaskannya?

USAHA Kerajaan Kelantan khususnya Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BI) untuk mencegah kemungkaran dan menegakkan kebenaran sangat dialu-alukan. Salah satunya ialah penguatkuasan ke atas pem
asangan papan iklan. MPKB-BI telah mengenakan syarat tertentu kepada syarikat yang ingin mengiklankan jenama barangan keluaran masing-masing agar memastikan penampilan model atau wajah di papan iklan itu menutup aurat.

Jika diperhatikan papan tanda atau iklan di Kota Bharu dan di Kelantan berbeza dengan bandar-bandar lain. Gambar perempuan yang mendedahkan aurat tidak dibenarkan. Semuanya mengenakan tudung.

Nampaknya peraturan itu tidak menjadi masalah. Syarikat seperti telekomunimkasi, kosmetik, sabun, syampu dan sebagainya bersedia mematuhi peranturan itu.

Paragawati atau model yang ditampil untuk mengayakan jenama keluaran syarikat masing-masing semuanya menutup aurat. Indah dan menawan pula model-model berkenaan dengan berpakaian sopan begitu.

Bagaimana pun ada sesuatu yang tidak mudah difahami mengenai sebuah papan iklan yag terletak di persimpangan lampu isyarat Jalan Kebun Sultan – PCB berhampiran Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu. Papan iklan (foto di atas) berkenaan menampilkan tiga orang perempuan, Melayu, Cina dan India.

Kita faham maksud dan mesej penampilan tiga kaum Hawa dari tiga kaum itu. Ia menunjukkan pesefahaman dan muhibbah antara kaum begitu erat. Kerajaan Kelantan yang memerintah secara Islam dan dianggap ekstrim, jelas terbuka dan liberal dengan iklan berkenaan.

Tetapi apa yang menjadi kemusykilannya, mengapakah perempuan Cina dan India itu tidak menutup aurat? Kenapa perempuan Melayu sahaja menutup aurat. Memang wanita Islam wajib menutup aurat. Namun dari segi iltizam untuk mencegah orang ramai daripada tersaut dosa kerana terpandang aurat perempuan itu nampaknya iklan itu kurang bermakna!

Kerana kalau pun mereka tidak dapat melihat aurat orang Melayu itu tapi mereka dapat melihat dua lagi aurat dua lagi perempuan Cina dan India itu. Apakh bezanya aurat perempuan Melayu berbanding dengan aurat Cina dan India?

Pehatikan juga mungkin lelaki yang berbasikal dan bertopi ( foto itu) yang sedang memerhatikan papan iklan berkenaan juga tidak faham apakah makna papan iklan berkenaan dan dimanakah relevannya dengan usaha MPKB-BI untuk memperkenalkan iklan menutup aurat atau lebih tepat lagi mencegahkan mata daripada terpandang aurat perempuan? [mso.kb]

No comments: