Saturday, August 11, 2007

Catatan Dari Jakarta 2

Fauzi, Prijanto Gebenur dan timbalan Gebenur DKI Jakarta.

Perkiraan awal keputusan Pilkada (pemilihan) Gebenur DKI Jakarta menunjukan pasangan Fauzi dan Prijanto telah berjaya menenangi Pilkada (Pemilihan Ketua Daerah) berkenaan yang berlangsung kelmarin 8 Ogos dan ini menepati perkiraan awal beberapa badan survey di sini yang membuat kajian terhadap Pilkada berkenaan.

Fauzi – Prijanto mendapat kira-kira 52 peratus undi berbanding pasangan Adang – Dani Anwar yang mendapat kira-kira 48 peratus. Boleh dikatakan kesemua badan bebas yang membuat quit count (perkiraan pantas) memberi kemenangan kepada pasangan Fauzi – Prijanto dengan kelebihan antara 2 hingga 5 peratus undi sahaja.

Keputusan itu berdasarkan kepada data hasil kapitulasi pemiluan di KPUD Jakarta pukul 9.00 malam (9 Ogos) dari 1,664,601 undi kepada Fauzi – Prijanto dan 972,545 undi kepada pasangan Adang – Dani Anwar.

Kesemua badan bebas yang membuat penilian terhadap Pilkada itu memihak kepada pasangan Fauzi – Prijanto dengan mengambil sample pemilih antara 2,500 hingga 3,000 orang.

Bagaimana pun menurut badan survey peratus keluar mengundi amat rendah di mana tidak sampai 60 peratus daripada 5.7 juga pemilih yang layak keluar mengundi.

Kajian juga mendapati terdapat golongan yang keluar mengundi tetapi tidak ‘menjeblos’ (memangkah) mana-mana calon. Golongan dikenali ‘golput’ – golongan putih ini membuat protes kerana tidak yakin Pilkada itu dapat membawa sebarang perubahan terhadap sistem pemerintah dan juga sosio-politik di DKI Jakarta.

Keputusan rasmi akan dikeluarkan oleh pihak pemerintah Indonesia pada 18 Ogos depan. [jkt 9/8/07]

Catatan: Saya mohon maaf kepada penjenguk blog saya kerana lewat posting berita berhubung keputusan pilkada DKI Jakarta ini kerana tidak ada kemudahan internet di tempat penginapan saya pada masa ini di Puncak, Bogor.

No comments: