Wednesday, June 19, 2013

Pakatan Rakyat Boleh Jatuhkan Najib Menerusi Tengku Razaleigh

RENCANA KHAS                                                                               

Sama ada memang benar berlaku penyelewengan dan ketidak-adilan (melampau) dalam pilihan raya KE-13 lalu, hakikatnya parti UBN masih berkuasa dan Najib Razak masih menjadi perdana menteri. Dalam permainan politik yang berpaksikan kepada 4C (teori saya) sebagai rukunnya, penegakkan kebenaran dengan segala macam fakta 'akli' atau bayangan tidak merubahkan keadaan.

Rakyat apa lagi rakyat berbangsa Melayu tidak mudah untuk digerakkan mengikut apa yang diagendakan. Bukan mereka cerdik atau pintar tetapi begitulah sifat dan ciri-ciri yang ada kepada mereka, Bangsa Melayu adalah bangsa separuh masak - kebaratan pun tidak ketimurtengahan juga pun tidak. Sebahagian besar orang Melayu masih berfikir secara ortodoks.

Taraf SPR Samalah Dengan Taraf FAM

ISENG PAGI                                                                                 

Berbagai pihak telah mendesak supaya Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf dan timbalannya Wan Ahmad Wan Omar supaya meletak jawatan. Perletakan jawatan perlu untuk meredahkan kemarahan orang kepada SPR yang didakwa tidak adil dan bersikap berat sebelah.

Alasan kenapa mereka perlu meletak jawatan ialah kerana mereka (SPR) sendiri mengakui akan kesilapan yang dilakukan. Untuk lebih 'lendik' lagi seluruh kakitangan SPR letak jawatan. Ada juga yang mencadangkan supaya suruhanjaya itu dimansuhkan dan diganti dengan sebuah badan bebas yang baru.

Kerajaan juga secara tidak langsung memperakui kelemahan SPR. Pengumuman untuk meletakkan dibawah jawatankuasa khas parlimen yang dianggotai oleh parti pembangkang menjelaskan hakikat itu. Perubahan atau menjelaskan bahawa apa yang dituduh pembangkang ke atas SPR adalah benar. Kalau SPR memang perfect seperti mana didakwa penerajunya kenapa badan itu perlu dialihkan untuk diletakkan di bawah jawatankuasa khas?

Tuesday, June 18, 2013

Moleklah Kalau Pusat, Kelantan Bina Lebuh Raya

SUARA JIWA                                                                                     

Kerajaan Kelantan menerusi Exconya, Hanifa Ahmad menjelaskan projek Lebuh Raya Rakyat (LRRK) dari Kota Bharu ke Kuala Krai sepanjang 73 km akan diteruskan sekiranya kerajaan Persekutuan enggan membina lebuh raya berkenaan.

Projek yang digagasan oleh bekas Exco kanan Husam Musa itu dilancarkan tahun lepas dan fasal pertama pembinannya di Kampung Sat Machnag sudah pun bermula yang dilakukan oleh bekas MB Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurut Hanifa lebuh raya itu akan teruskan secara berperingkat-peringkat. Fasal kedua akan disambung sehingga ke Kampung Damar Kuala Krai. Penjelasan itu menunjukkan kerajaan Kelatan serius untuk membina lebih raya bagi kemudahan rakyat serta memenuhi janji yang dibuat sebelum pilihan raya. Tidak timbul kini kerajaan Kelantan memungkiri janji untuk membina lebuh raya berkenaan.

Sunday, June 16, 2013

Masa Untuk Pas, Umno Bela Rakyat

ULASAN SORE                                                                                      

Jaminan dan kesanggupan Pegerusi Umno Kelantan, Mustapa Mohamed untuk menjadi orang tengah bagi menjalinkan hubungan kerjasama di antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Negeri Kelantan sesuatu yang dialu-alukan oleh rakyat Kelantan. Bagi rakyat yang dahagakan pembangunan fizikal sudah tentu menyambut baik jaminan Mustapa itu. Jaminan itu merupakan satu sinar baru untuk rakyat Kelantan dan diharap akan menjadi kenyataan.

Jaminan atau pun tutur demikian juga pernah kedengaran sebelum ini di kalangan pemimpin Umno terdahulu terutamanya semasa berada di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, tetapi malangnya ia tidak pernah menjadi kenyataan. Kenyataan lunak dan jaminan sedemikian seakan sengaja ditaburkan untuk mengambil hati pihak tertentu saja. Ia tidak lebih daripada retorik politik untuk menunjukkan kononnya masing-masing komited untuk rakyat Kelantan.

Tetapi kali ini kita berharap apa yang dilafazkan oleh Mustapa itu akan menjadi kenyataan. Walaupun Mustapa juga pemimpin Umno biarlah Mustapa pemimpin Umno yang tidak bermulut busuk. Perkembangan politik hari ini khasnya yang melanda orang Melayu di seluruh negara perlu dijadikan iktibar.

Saturday, June 15, 2013

"Musim Arab Mengawan di Bogor"

OLE-OLE PERJALANAN                                                            

Mungkin anda merasa anih dengan istilah di atas itu yang saya jadikan tajuk catatan ini? Sebenarnya saya juga baru mendengar istilah ini; musim Arab mengawan di Bogor. Sudah kerap saya ke kawasan berkenaan tetapi baru inilah pertama kali saya mendengarnya. Kerana ia satu istilah baru menyebabkan saya jadi minat untuk mengetahuinya lebih lanjut sebegitu mendengarnya.

Salah satu lokasi menjadi tempat lepak anak Arab.
Istilah asal ialah "Musim Arab" tetapi saya yang tambah perkataan 'Arab mengawan' jadilah ia Musim Arab Mengawan di Bogor. Agak bambastik.

Ia bermula apabila saya melalui kawasan atau daerah setelah menurun dari Puncak untuk menuju ke Jakarta melalui Bogos. Semasa bersesak di lereng bukit semasa hendak turun kerana jam saya ternampak beberapa orang bocah, kanak-kanak yang sedang menjaja sejenis kueh kepada pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Friday, June 14, 2013

Biarlah Idris Paten Asam Pedas, Ustaz Mat Jangan Patenkan Budu Sudahlah...

TAZKIRAH JUMAAT                                                                             

Kehebatan seseorang pemimpin itu bukan ditilik kepada kekuatan body dan fizikalnya saja, atau besar kecil kemas atau tidak srban dan ikatannya, tetapi ia akan diukur kepada kecanggihan ideanya. Kemunasabahan buak fikirnya dan apa yang dilontarkan boleh menyebabkan orang 'terkanyak' - terkejut.

Terkanyak di sini bukan dalam erti kata lain 'gelak' atau lucu dengan buah fikiran itu tetapi merarasa 'aduhhh' dan 'wah'- hebatnya. Cara begitulah baru orang mengata pemimpin itu hebat dan ada keupayaan idea dan berpotensi untuk menjadi pemimpin membawa perubahan dan pembaharuan. Pemimpin yang baik dan ada idea juga akan memandu perjuangan dan wadahnya ke depan bukan berselibah dengan ekor serban dan kaki jubah.

Ada juga sesetengah orang bila pemimpin itu berfikir di luar kotak kemampuan dan 'kelontong' politik, ia akan dianggap sebagai khayalan dan impian. Dijehkan (persendakan) sebagai pemimpin yang tidak ada arah. Semisalnya bekas Exco Kelantan Husam Musa yang melontarkan beberapa idea untuk menjana pembangunan untuk rakyat Kelantan sedangkan keupayaan kewangan negerinya tiada, orang beranggap idea Husam sebagai angan-angan dan impian kosong. Ia digelar sebagai angan-angan Mat Jenin.

Thursday, June 13, 2013

Kehadiran Husam Mengubat Rindu

LAPORAN LEWAT                                                                      

Sejak tidak dilantik menganggotai barisan kabinet Kelantan yang dibentuk dalam tempoh tidak sampai 60 jam  selepas pilihan raya umum lalu, malam tadi Husam Musa telah muncul dalam majlis orang ramai apabila beliau hadir dalam majlis Himpunan Black505 yang diadakan di Ketereh, Kota Bharu Kelantan.

Husam muncul bersama isterinya, Rohana.
Husam merupakan tetamu jemputan yang tiba paling akhir dengan berpakian serta hitam dan berkopiah putih ditemani isterinya Rohana Abdul Rahman.

Husam tiba setelah kira-kira 10 minit ketibaan Menteri Besar Ahmad Yaaob bersama Nasaruddin Daud dan lima minit kemudian diikuti ketibaan Anwar Ibrahim yang juga berpakaian serba hitam.

Ketibaan Husam menjadi perhatian umum kerana sejak selepas pilihan raya lalu malam tadilah beliau muncul dalam majlis orang ramai di Kelantan. Beberapa majlis yang diadakan sebelum ini tidak kelihatan wajah Husam kerana beliau berada di luar negara ini menjadi para penyokong tertanya-tanya dan merinduinya.

Monday, June 10, 2013

Wajarkah Penjenayah Yang Ditembak Dibiarkan...

PERSOALAN                                                                                     

Sejak semalam telah tersebar secara meluas rakaman video di facebook dan blog bagaimana seorang penjenayah yang ditembak polis menggelepar kesakitan di atas aspa. Penjenayah itu dipercayai cuba merompak sebuah kedia emas di Kota Bharu Kelantan. Dari video berkenaan nampaknya lelaki itu ditembak dipaha sebelah kanan.
Penjenayah yang ditembak diambil dari sebuah blog.

Ada beberapa versi video mengenai kejadian itu. Saya percaya ia dirakam oleh orang ramai yang menyaksikan video berkenaan menerusi handphone. Lelaki itu akhirnya telah meninggal akibat tembakan itu kerana berlaku pendarahan yang banyak.

Apa yang menjadi persoalan saya, berdasarkan rakaman video berkenaan kenapa penjenayah itu dibiarkan menggelupar kesakitan tanpa ada bantuan segera. Memang menjadi prinsip polis tidak akan membantu penjenayah yang diburunya. Polis juga tidak berani mendekati kerana bimbang penjenayah memiliki senjata merbahaya yang boleh mengakibatkan sesuatu yang tidak baik.

Harun Taib Tidak Faham Politik

SINGGUNGAN RASA                                                                      

Kata Harun Taib beliau tidak setuju kalau himpunan diadakan untuk melakukan revolusi, sebaliknya dia setuju kalau himpunan secara aman dengan mengadakan ceramah. Kerana ujarnya cara itu pernah dibuat oleh Pas.

Kenyataan beliau ini seperti dia menarik balik kenyataannya sebelum ini yang tidak setuju dengan himpunan politik seperti Black505 bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13 yang didakwa tidak ada dan jahat. Justifikasinya untuk menarik kenyataan itu ialah kerana parti (Pas) bersetuju dengan himpunan Black505.

Semalam mesyuarat jawatankuasa Pas membuat keputusan semua ahli Pas diarah menghadiri himpunan Black505 pada 15 Jun ini di Padang Merbok Kuala Lumpur.

Untuk Apa Ahli Parlimen Sabah, Sarawak Jumpa Tengku Razaleigh

BERITA KECIL                                                                                     

Dua minggu lepas khabarnya beberapa orang ahli parlimen dari Sabah dan Sarwak telah mengunjungi Tengku Razaleigh Hamzah di kediaman ahli parlimen Gua Musang itu di Langgak Golf, Jalan Ampang.

Kunjungan itu katanya ada kena mengena dengan perkembangan mutakhir politik di kedua buah negeri itu selepas pilihan raya ke-13. Ahli parlimen yang hadir adalah mereka yang tidak dilantik menjadi anggota kabinet Najib Razak.

Untuk apa dan apa tujuan tidak diketahui dengan jelas. Saksi mata memberi tahu pertemuan itu berlaku di mana sekurang-kurang lima atau enam orang yang hadir bertemu Tengku Razaleigh. "Mereka berbual panjang sampai lebih dua jam," beritahu saksi.

Bagaimana pun mereka tidak hadir serentak tetapi berasingan. Khabarnya selepas ini akan ada satu lagi pertemuan di antara ahli parlimen itu dengan Tengku Razaleigh. Mengenai tujuan pertemuan itu ada juga yang menjangkakan mereka mahu meminta nasihat Tengku Razaleigh mengenai kedudukan dan pendirian mereka dalam BN.

Difahamkan mereka mahu Tengku Razaleigh berbuat sesuatu agar kepincangan ataupun lebih tepat meredakan perasaan kurang senang mereka dengan Najib. Bagaimana pun Tengku Razaleigh khabarnya memberi masa untuk mereka menyelesaikan apa yang kurang senang itu terlebih dahulu baru beliau akan memberi kata dua. Tengku Razaleigh tidak terburu-buru menerima pandangan atau memenuhi kehendak ahli parlimen berkenaan. [wm.kl. 7:37 am 10/06/13]